Saturday, March 12, 2011

Tentang PAS dan undi Melayu : Beberapa Renungan

Politik dalam kebanyakan halnya ialah persepsi. Fakta yang salah tetapi dengan propaganda yang sistematik, boleh menjadikan sesuatu fakta itu suatu kebenaran yang tidak dapat diragui lagi kepada kebanyakan rakyat.

Propaganda UMNO untuk mewujudkan persepsi-persepsi berikut terhadap PAS telah mula dipercayai oleh orang melayu;

PAS dipergunakan oleh DAP.
PAS menggunakan agama untuk capai cita-cita politik.
PAS derhaka kepada Sultan.
PAS dilihat terlalu berlembut dalam mempertahankan hak istimewa orang melayu.
PAS memilih agama, tetapi tidak pedulikan bangsa.
PAS asyik nak bangkang sahaja.
PAS tak langsung sebut kebaikan UMNO.
PAS suka mengutuk orang.
PAS tak sesuai dengan jiwa belia dan beliawanis muda.
PAS tiada kredibiliti kerana menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan dosa liwat.
Bila UMNO berjaya mewujudkan persepsi-persepsi sebegini, bermakna PAS gagal mengatasi teknik dan sistem propaganda UMNO yang menggunakan seluruh saluran media milik kerajaan dan swasta bagi tujuan tersebut. PAS perlu menjawab dan memberikan fakta-fakta ringkas atau jawapan kepada persepsi-persepsi di atas dengan cara yang diulang-ulang dan ditonjolkan dalam media cetak, elektronik, kenyataan akhbar dan lain-lain saluran maklumat yang menyokongnya pada setiap masa.

Fakta-fakta di bawah perlu disemat dalam pemikiran rakyat secara cermat, berhemah dan berterusan bagi menghilangkan persepsi-persepsi palsu. Isu PAS membela Orang Melayu Islam perlu dipertegaskan kepada pengundi tradisional PAS bagi mengelakkan mereka termakan dengan propaganda UMNO dan BN.

PAS dan DAP bekerjasama dalam bentuk menentang kezaliman dan penyelewengan politik yang melampau-lampau oleh UMNO dan MCA. PAS akan ganti UMNO, DAP akan ganti MCA dan tidak timbul DAP ganti PAS.
PAS menggunakan saluran politik untuk menegakkan agama Islam. Tanpa kuasa politik, agama Islam hanya terbatas di pejabat agama
PAS hormat dan ada hubungan baik dengan Sultan-Sultan. UMNO nampak saja baik dengan Sultan, tetapi sebenarnya menghapuskan kuasa Sultan dan sampai ada UMNO yang kata ‘menatang’ kepada Sultan.
PAS bertegas untuk mempertahankan hak istimewa orang melayu sebagaimana 12 janji PAS kepada orang melayu satu dalam konvensyen baru-baru ini. Orang melayulah rakyat yang paling ramai dhaif dan perlu dibantu secara lebih bersepadu. UMNO bukan membantu bangsa Melayu, tetapi mengagihkan projek-projek secara pilih kasih kepada kroni-kroni mereka berbangsa melayu mengikut kaedah ‘ali baba’. Sebenarnya UMNO mempunyai siri pengkhianatan yang panjang terhadap bangsa melayu yang kononnya sering dipertahankan.
PAS menekankan agama untuk menguatkan bangsa melayu, kerana dengan menjaga prinsip-prinsip agama Islam, bangsa melayu akan kembali kuat dan dihormati.
PAS membangkang pembaziran seperti monsoon cup, gejala rasuah dan ketidak-cekapan kerajaan yang melampau sehingga stadium, sekolah dan masjid pun boleh runtuh.
PAS sentiasa menghargai inisiatif kebaikan yang dibuat oleh kerajaan tetapi mengecam inisiatif-inisiatif kebaikan itu disalah-gunakan untuk tujuan lain seperti pembahagian dana kebajikan untuk ugut dan tarik undi semata-mata, dan kontrak e-book dengan harga yang sepatutnya jauh lebih murah.
PAS bukan mengutuk tetapi mengecam secara keras semua kezaliman yang dilakukan secara terang dan tanpa berselindung seperti penarikan royalti Terengganu oleh Kerajaan Pusat.
PAS mempunyai aktiviti belia yang lebih sihat dan lebih membina jati diri belia masakini berbanding dengan aktiviti belia UMNO yang hanya bertujuan hiburan dan imbuhan semata-mata.
PAS menyedarkan orang Islam terutamanya bangsa melayu, bahawa menuduh dan terlibat dalam menyebarkan tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa saksi-saksi yang adil, adalah satu dosa besar yang sangat dimurkai oleh Allah.
Dalam dunia maya pula, blogger-blogger yang terkenal menyokong PAS sudah kurang menjana nilai positif kepada PAS.

Ada blogger yang cuba menghakis kredibiliti Presiden PAS dalam blog masing-masing, dengan alasan untuk mendapat kepimpinan baru yang lebih cekap dan dinamik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ada blogger yang terus menerus menghentam kerajaan perpaduan yang telah ditutup buku dengan terus-menerus menuduh Timbalan Presiden PAS sebagai anasir yang paling jahat yang akan membawa PAS ke pangkuan UMNO.
Ada blogger yang terlalu banyak menggunakan bahasa kesat kepada pihak lawan di dalam blog mereka, menyebabkan rakyat atas pagar berundur daripada mendapat maklumat bernas daripada blog tersebut.
Hasilnya, persepsi berikut yang timbul;

Presiden UMNO adalah lebih baik, lebih cekap dan lebih amanah daripada Presiden PAS.
PAS juga mempunyai klik-klik tertentu dan pimpinan yang tamakkan habuan dunia yang boleh diberikan secara mudah oleh UMNO. Juga menggambarkan Prinsip Islam PAS setengah pimpinan PAS boleh dijual beli.
PAS yang suka maki hamun, bukan blogger-blogger tertentu dan blogger PAS dan UMNO tidak ada beza daripada aspek kutukan melampau-lampau. Dengan itu, rakyat awam lebih cenderung untuk menghadkan bacaan berita daripada Malaysiakini, Malaysian Insider dan sumber rasmi parti seperti Harakah dan Buletinonline sahaja. Satu kerugian yang sangat besar.
Kesimpulannya, dalam PRU ke 13, PAS daripada sudut isu perlu lebih agresif menjawab 10 propaganda UMNO di atas. Orang melayu tidak boleh dibiarkan tertipu oleh propaganda UMNO bahawa orang melayu lebih baik dijaga oleh UMNO daripada dijaga oleh PAS. Dan satu lagi, perkelahian sesama sendiri oleh para blogger yang menyokong PAS dan PR perlukan satu ‘gencatan senjata’, sekurang-kurangnya sehingga berlangsungnya pilihanraya Umum ke -13.

*Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang

Jepun sahkan bangunan konkrit nuklear tumbang

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan berlaku letupan di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi.

Menurut Edano, Tokyo Electric Power Co bercadang mengiisi kebocoron reaktor di pusat tenaga Fukushima Daiichi dengan air laut bagi menyejukkannya dan mengurangkan tekanan unit berkenaan.

"Reaktor nuklear itu dikelilingi oleh bekas reaktor keluli, yang kemudiannya dikelilingi oleh bangunan konkrit,” katanya.

Fukushima nuclear plant meltdown"Bangunan konkrit itu tumbang. Tetapi kami dapati reaktor di dalamnya tidak meletup.”

"Kami juga sahkan bahawa reaktor nuklear tidak musnah. Letupan tidak berlaku di dalam bekas reaktor itu. Oleh demikian, jumlah radiasi yang tersebar luar tidak besar,” katanya di Tokyo.

"Ketika ini, tiada perubahaan ketara berhubung tahap radiasi yang tersebar di luar (daripada sebelum letupan), jadi kami minta orang ramai supaya bertenang,” kata Edano.

Katanya, proses mengisi air laut ke dalam simpanan reaktor akan mengambil masa lima hingga 10 jam dan sekitar 10 hari bagi melengkapkan proses berkenaan termasuk mengunakan asid boric bagi menghalang kritikaliti.

Menurut Edano, pihaknya sedang mengkaji punca letupan itu dan situasinya dan serta akan membuat pengumuman kepada orang ramai apabila mendapat maklumat lanjut.

Sebelum itu pada kira-kira jam 3.30 waktu tempatan, satu letupan kedengaran di sebuah loji nuklear di Sendai, Jepun yang menimbulkan kebimbangan reaktor itu akan musnah dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar.

japan tsunami and earthquake 2011 nuclear power plant fukushima no 1Menurut Tokyo Power Electric Co yang menguruskan Loji Fukushima Dai-ichi di Sendai menyatakan tidak pasti letupan di loji berkenaan yang menyebabkan satu dindingnya runtuh, mengandungi reaktor nuklear.

Bagaimanapun mereka mengesahkan empat pekerja tercedera akibat kejadian itu.

Paparan TV Jepun menunjukkan salah satu dinding bangunan terbakar hangus dengan hanya meninggalkan rangka besinya.

Jurucakap kerajaan, Yukio Edano menyatakan semua penduduk dalam lingkungan 10 kilometer dari loji berkenaan patut dipindahkan.

NONEWalaupun berdepan dengan kemusnahan, wakil Suruhanjaya Keselamatan Nuklear Jepun Ryohei Shiomi berkata ia tidak akan merebak dari lingkungan 10 km dan kebanyakan 51 ribu penduduk di sekitar telahpun dipindahkan.

Pasukan keselamatan Jepun termasuk lebih 50 ribu tentera dikerah membantu bagi memastikan kemalangan dan kebakaran dapat diatasi serta menyelamatkan mangsa akibat bencana alam paling teruk dalam tempoh 140 tahun ini.

Kadar rasmi kematian setakat jam 5 petang waktu tempatan ialah 413 dengan 784 disahkan hilang dan 1,128 tercedera.

Bagaimanapun media tempatan melaporkan lebih dari 1,300 terbunuh.

NONE200 hingga 300 mayat dijumpai di pantai Sendai, bandar paling hampir dengan pusat gempa bumi semalam.

Lebih 215 ribu rakyat kini berlindung di 1,350 pusat pemindahan di lima wilayah berbeza.

Impak sebenar masih tidak dapat dikenal pasti.

Kemusnahan teruk dilaporkan di wilayah Miyagi kerana gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter semalam dan tsunami yang memusnahkan pelbagai kawasan terutamanya di bandar Sendai dan kawasan timur Jepun.

Ukhuwwah

Kadangkala bila kita mengembara,

Kita akan terbang tinggi,

Ke suatu destinasi yang amat jauh,

Cukup jauh hingga kita terlupa,

apa yang pernah kita telah lalui…….

Cukup lama hingga kita terlupa,

siapa yang pernah bersama kita,

Dan sehingga Sampai satu saat,

Kita merasakan perjalanan kita,

Hanyalah sia-sia…

Tapi……

Saat kita tersedar.

Saat masa telah lama berlalu,

Membuat kita seakan menyesal….

Dan akhirnya kita tahu,

Apa yang kita lakukan selama ini,

Cukup BERERTI…kerana,

Pengalaman mematangkan kita,

Kerana perjalanan itu,

Mengenangkan kita erti…..

PERSAHABATAN..

Ukhuwwah Fillah, terus Bersatu….