Sunday, January 30, 2011

Hamba Sepi

Hamba Sepi...

Berjalan di bumi yang tandus ini penuh duri,
Tanpa sedar dan penuh lalai,
Usia beredar penuh kejahilan dan kemusnahan....
Mengembara mencari dunia hakiki,
Tiada jumpa arah yang dicari,
Tiada pembimbing penunujuk jalan yang suci,
Hidup terumbang-ambing sendiri....sendiri....

Tuhanku….
Dengarlah bicara hati ini,
Dariku insan sering tersisih,
Di lautan penuh dosa dan noda,
Demi mencari secebis kasih-Mu....

Tuhanku....
Tangan ini menadah sayu,
Keampunan di perjalanan jauh,
Semoga diterima di sisi-Mu,
Sebagai bekalan negeri abadi....

Menempuh sayu perjalanan pahit,
Dalam kembara mencari diri,
Mengharap sinar terangi hati,
Yang sekian lama menutup jiwa....

Wahai Tuhan....
Sukarnya hidup ini dalam menemui keredhoan manusia, tapi....
Andai hidup ini kucari RedhoMu, pasti Engkau akan beri….
Buat hamba-hambaMu yang dikasihi….
Ampunkan dosaku wahai Tuhanku….
Kuatkan hatiku dalam mencari redhoMu….