Friday, March 12, 2010

Syura satu ketetapan atau pilihan


Adakah Syura itu diwajibkan ke atas setiap pemerintah

Islam memberi perhatian yang besar kepada mesyuarat, khususnya dalam mengendalikanurusan duniawi yang mesti ditegakkan dengan agama dan menegakkan agama dalam perkara-perkara yang diberi hak kepada manusia untuk memikirkannya sebagai suatu jalan untuk menghadapi perkembangan semasa dan menggunakan kebijaksanaan menurut kemampuan akal yang ada pada mereka dengan menyiarkan pemberitaan di kalangan anggota kepimpinan negara dan digalakkan juga di kalangan rakyat sesama mereka termasuk di dalam keluarga.

Permesyuaratan telah disebut dalam al-Quran sebanyak tiga tempat


Maksudnya: Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka.
(al-Syura, 38)



Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. dan kewajiban ayah memberi makan dan Pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan Karena anaknya dan seorang ayah Karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, Maka tidak ada dosa atas keduanya. dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, Maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. bertakwalah kamu kepada Allah dan Ketahuilah bahwa Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.
(al-Baqarah, 233)



Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Ali Imran, 159)





Dari nas-nas al-Quran tersebut, kita boleh mengambil kesimpulan berikut:

1. Nas-Nas al-Quran berhubung dengan syura itu bersifat anjal dengan tidak ada pengkhususan yang khusus kerana ianya berkaitan dengan masalah semasa
2. Bermesyuarat itu adalah kewajipan yang mesti ditunaikan oleh orang-orang yang beriman dalam semua perkara.

Syura itu tidak diharuskan dalam perkara-perkara yang telah menjadi nas diputuskan melainkan kerana membincangkan bagaimanakah untuk melaksanakan nas tersebut. Syura itu juga tidak diharuskan sekiranya memberi keputusan yang menyalahi nas-nas syarak dan terkeluar daripada roh Islamiyah. Kedua-dua perkara ini menjamin keteguhan Syariat Allah dan kemampuannya menghadapi perkembangan semasa dan situasi yang berubah dan berbagai-bagai di samping memenuhi keperluan di sepanjang zaman dan perubahan berlaku di dalam masyarakat.

Jika dibandingkan dengan amalan permesyuaratan yang ada pada ideologi-ideologi yang lain, kita akan dapati betapa Islam dapat memelihara hikmah-hikmah yang ada di sebalik mesyuarat itu dan yang lain daripada Islam menjadi hanyut sehingga mesyuarat itu disalahgunakan atau tergelincir dari matlamat asalnya apabila dikeluarkan keputusan yang tidak menghormati kebebasan berfikir dan keadilan yang sebenarnya. Dalam sistem demokrasi membawa kepada berlakunya majoriti rakyat yang bodoh keatas pemimpin-pemimpinnya. Sistem diktator pula, ahli-ahli mesyuarat membincangkan perkara yang telah pun ditetapkan dan dipaksa menerimanya.

Umat Islam hendaklah memerhati tindak tanduk ketua negaranya dan memberi nasihat serta pendapat yang membina untuk meninggikan Islam dan kepentingan negaranya. Ketua Negara yang menjadi ketua kerajaan itu mestilah menghormati pendapat dan kemahuan umat selagi perkara teresebut tidak bercanggah dengan Islam.

Al-Syura itu adalah suatu perkara yang wajib diamalkan oleh kuasa pemerintahan Islam. Dalam perkara yang tidak ada nas dalam al-Quran atau sunnah, ia tidak boleh bertindak mengikut kehendaknya tanpa merujuk kepada rakyatnya. Rakyat pula mestilah selalu memberi pandangan dan nasihat kepada pemerintah.

Sabda Rasulullah s.a.w:

الدين النصيحة, قلنا لمن؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمته المسلمين وعامتهم
Maksudnya: Agama itu nasihat. Para sahabat bertanya, kepada siapa wahai Rasulullah? Kepada Allah, Kitabnya, Rasulnya dan pemimpin kaum Muslimin dan kepada orang-orang awamnya.

Dalam hal yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda:

سيد الشهداء حمزة ابن عبد المطلب, ورجل قام إلى إمام جائر فأمره ونهاه فقتله.
Maksudnya: penghulu bagi para syuhada’ ialah Hamzah bin abd al-Mutalib, dan seorang lelaki yang berdepan dengan seorang pemerintah yang zalim, maka dia menyuruh pemerintah tersebut untuk berlaku adil dan melarangnya berbuat zalim, lalu dia telah dibunuhnya.

Orang yang dibunuh oleh pemerintah yang zalim kerana dia memberi nasihat dan teguran kepadanya, maka orang itu dianggap mati syahid

Dari penjelasan di atas maka jelaslah bahawa:

1. Kuasa pemerintahan Islam yang memakai sistem demokrasi berparlimen itu dipegang oleh dua unsur iaitu ketua negara yang tidak bertanggungjawab dan jemaah menteri yang bertanggungjawab kepada parlimen yang mewakili rakyat.
2. Negara yang memakai sistem Collegial Executif pula, kuasa pemerintahannya dipegang oleh suatu lembaga yang dipilih oleh Dewan kebangsaannya seramai tujuh orang sekadar untuk empat tahun sahaja.
3. Negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpresiden pula, kuasa pemerintahannya dipegang oleh presiden yang pada masa yang sama menjadi kepala utama negara.
4. Kuasa pemerintahan Islam adalah dipegang oleh ketua negaranya (Khalifah) yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada ummat, malah bertanggungjawab kepada Allah s.w.t

0 comments: