Saturday, March 20, 2010

Muslimah yang sejati




Yang melindung hati dan perasaannya dgan malu..
Yang melabuhkan sopanya setiap penjuru..
Yang melembutkan suara merdunya,
Yang sentiasa tabah dan cekal hatinya,
Yang tidak pernah patah semangat wajanya,
Yang memberi cinta sejagat maya,
Yang memenuhkan hati dengan keinsafan,
Yang mengosongkan kalbu dari dendam,
Yang menyemarakkan kasturi dickelopak iman…

Muslimah dilahirkan dari rusuk kiri lelaki,
Muslimah dilahirkan layak menjadi suri,
Muslimah diciptakan untuk pasangan si suami,
Muslimah diwujudkan untuk meramaikan umat Nabi…
Muslimah adalah sebahagian kurniaan Ilahi,
Muslimah adalah sebahagian keindahan duniawi,
Muslimah adalah penyeri gelap malam…

Muslimah dipandang dari peribadinya,
Yang tentunya diharap dapat melembutkan….
Hati suami dan keluarga.

Muslimah dilihat dari budi bahasanya,
Yang sepenuh hati mencurahkan khidmat murninya…

Muslimah dinilai dari kesabarannya,
Yang tahu menjaga milik dirinya,
Mengenggam iman penuh ketakwaan…

Muslimah ditinjau dari sifat keibuannya,
Yang sanggup meramaikan umat Nabi,
Bukannya mementingkan kecantika diri…

Kecantikan yang engkau perolehi milik Tuhanmu,
Perjalanan lalumu tidak akan diputar,
Sampainya waktu ketika,
Tanpa tersegera mahupun tertangguh biarpun seketika,
Ianya pasti bertandang jua,
Kerana yang berjiwa itu pasti akan merasai mati..….

Friday, March 12, 2010

Syura satu ketetapan atau pilihan


Adakah Syura itu diwajibkan ke atas setiap pemerintah

Islam memberi perhatian yang besar kepada mesyuarat, khususnya dalam mengendalikanurusan duniawi yang mesti ditegakkan dengan agama dan menegakkan agama dalam perkara-perkara yang diberi hak kepada manusia untuk memikirkannya sebagai suatu jalan untuk menghadapi perkembangan semasa dan menggunakan kebijaksanaan menurut kemampuan akal yang ada pada mereka dengan menyiarkan pemberitaan di kalangan anggota kepimpinan negara dan digalakkan juga di kalangan rakyat sesama mereka termasuk di dalam keluarga.

Permesyuaratan telah disebut dalam al-Quran sebanyak tiga tempat


Maksudnya: Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka.
(al-Syura, 38)



Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. dan kewajiban ayah memberi makan dan Pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan Karena anaknya dan seorang ayah Karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, Maka tidak ada dosa atas keduanya. dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, Maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. bertakwalah kamu kepada Allah dan Ketahuilah bahwa Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.
(al-Baqarah, 233)



Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Ali Imran, 159)





Dari nas-nas al-Quran tersebut, kita boleh mengambil kesimpulan berikut:

1. Nas-Nas al-Quran berhubung dengan syura itu bersifat anjal dengan tidak ada pengkhususan yang khusus kerana ianya berkaitan dengan masalah semasa
2. Bermesyuarat itu adalah kewajipan yang mesti ditunaikan oleh orang-orang yang beriman dalam semua perkara.

Syura itu tidak diharuskan dalam perkara-perkara yang telah menjadi nas diputuskan melainkan kerana membincangkan bagaimanakah untuk melaksanakan nas tersebut. Syura itu juga tidak diharuskan sekiranya memberi keputusan yang menyalahi nas-nas syarak dan terkeluar daripada roh Islamiyah. Kedua-dua perkara ini menjamin keteguhan Syariat Allah dan kemampuannya menghadapi perkembangan semasa dan situasi yang berubah dan berbagai-bagai di samping memenuhi keperluan di sepanjang zaman dan perubahan berlaku di dalam masyarakat.

Jika dibandingkan dengan amalan permesyuaratan yang ada pada ideologi-ideologi yang lain, kita akan dapati betapa Islam dapat memelihara hikmah-hikmah yang ada di sebalik mesyuarat itu dan yang lain daripada Islam menjadi hanyut sehingga mesyuarat itu disalahgunakan atau tergelincir dari matlamat asalnya apabila dikeluarkan keputusan yang tidak menghormati kebebasan berfikir dan keadilan yang sebenarnya. Dalam sistem demokrasi membawa kepada berlakunya majoriti rakyat yang bodoh keatas pemimpin-pemimpinnya. Sistem diktator pula, ahli-ahli mesyuarat membincangkan perkara yang telah pun ditetapkan dan dipaksa menerimanya.

Umat Islam hendaklah memerhati tindak tanduk ketua negaranya dan memberi nasihat serta pendapat yang membina untuk meninggikan Islam dan kepentingan negaranya. Ketua Negara yang menjadi ketua kerajaan itu mestilah menghormati pendapat dan kemahuan umat selagi perkara teresebut tidak bercanggah dengan Islam.

Al-Syura itu adalah suatu perkara yang wajib diamalkan oleh kuasa pemerintahan Islam. Dalam perkara yang tidak ada nas dalam al-Quran atau sunnah, ia tidak boleh bertindak mengikut kehendaknya tanpa merujuk kepada rakyatnya. Rakyat pula mestilah selalu memberi pandangan dan nasihat kepada pemerintah.

Sabda Rasulullah s.a.w:

الدين النصيحة, قلنا لمن؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمته المسلمين وعامتهم
Maksudnya: Agama itu nasihat. Para sahabat bertanya, kepada siapa wahai Rasulullah? Kepada Allah, Kitabnya, Rasulnya dan pemimpin kaum Muslimin dan kepada orang-orang awamnya.

Dalam hal yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda:

سيد الشهداء حمزة ابن عبد المطلب, ورجل قام إلى إمام جائر فأمره ونهاه فقتله.
Maksudnya: penghulu bagi para syuhada’ ialah Hamzah bin abd al-Mutalib, dan seorang lelaki yang berdepan dengan seorang pemerintah yang zalim, maka dia menyuruh pemerintah tersebut untuk berlaku adil dan melarangnya berbuat zalim, lalu dia telah dibunuhnya.

Orang yang dibunuh oleh pemerintah yang zalim kerana dia memberi nasihat dan teguran kepadanya, maka orang itu dianggap mati syahid

Dari penjelasan di atas maka jelaslah bahawa:

1. Kuasa pemerintahan Islam yang memakai sistem demokrasi berparlimen itu dipegang oleh dua unsur iaitu ketua negara yang tidak bertanggungjawab dan jemaah menteri yang bertanggungjawab kepada parlimen yang mewakili rakyat.
2. Negara yang memakai sistem Collegial Executif pula, kuasa pemerintahannya dipegang oleh suatu lembaga yang dipilih oleh Dewan kebangsaannya seramai tujuh orang sekadar untuk empat tahun sahaja.
3. Negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpresiden pula, kuasa pemerintahannya dipegang oleh presiden yang pada masa yang sama menjadi kepala utama negara.
4. Kuasa pemerintahan Islam adalah dipegang oleh ketua negaranya (Khalifah) yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada ummat, malah bertanggungjawab kepada Allah s.w.t

Zikir berjamaah antara Sunnah dan Bida'ah



1.0 PENDAHULUAN
Islam adalah agama yang amat sempurna yang mana menitik beratkan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan makhluk lain serta manusia dengan pencipta. Rasulullah telah membawa ajaran tauhid sebagaimana nabi-nabi terdahulu dan mempunyai amalan-amalan tertentu sebagai tanda syukur dan taat kita kepada Allah s.w.t.
Bagaimanapun apa yang nak dibincang sekarang adalah berkaitan adakah zikir berjamaah adalah berkara bidaah atau sunnah yang diamalkan oleh masyarakat hari ini. Bukan amalan zikir sahaja yang dikatakan bidaah malah amalan-amalan lain turut di katakan bidaah oleh pihak tertentu yang mengaku mereka dari golongan ahli sunnah wa al-jamaah pada masa yang sama banyak ulamak terdahulu tidak mengikut amalan sebenar nabi dan ada yang sesat. Namun begitu sejauh mana kebenaran yang di perkatakan oleh golongan ini sama-samalah kita kaji kerana seorang yang beriman tidak akan terpedaya dengan pihak yang sengaja mereka-reka sesuatu perkara.

2.0 PENGERTIAN SUNNAH DAN BID’AH
2.1 Definisi Sunnah
Apa sahaja yang bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w, umat Islam umumnya menggunakan istilah sunnah. Jika ditinjau dari sudut etimologi (kebahasaan), sebagaimana yang dikemukan oleh seorang pakar bahasa Arab, Imam Muhammad Abu Bakr Abd al-Qadir dalam kitab kamusnya, iaitu Mukhtat al-Sihhah,Sunnah bererti perilaku (al-Sirah) . Dr Muhammad Ajjaj al-Khatib, seorang pakar Ulum al-Hadis pula menambah, baik perilaku positif ataupun perilaku negatif .
Ulamak bahasa Arab dan Ulum al-Hadis memahami makna Sunnah seperti itu berdasarkan makna Sunnah yang termaktub dalam sebuah Hadis sahih berikut :
عن جرير بن عبد الله رضي الله عنه قال , قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من سن في الاسلام سنة حسنة فعمل بها بعده كتب له مثل أجر من عمل بها ينقص من أجورهم شيء ومن سن في الاسلام سنة سيئة فعمل بها بعده كتب له مثل وزر من عمل بها ولا ينقص من أوزارهم شيء.
Ertinya :
Dari Jarir bin Abdullah r.a berkata rasulullah s.a.w. telah bersabda : sesiapa yang perilaku dalam Islam dengn perilaku yang baik, lalu perilakunya itu ditiru oleh orang sesudahnya,maka diberikan kepadanyapahala seperti pahala orang yang menirunya dengan tidak dikurangi sedikit pun dari pahala orang yang menirunya. Dan sesiapa yang berperilaku dalam Islam dengan perilaku yang buruk, lalu perilaku itu ditiru oleh orang sesudahnya, maka diberikan kepadanya dosa seperti dosa orang yang menirunya dengan tidak dikurangi sedikit pun dari dosa orang yang menirunya.

Daripada hadis sahih di atas, nyatalah bahawa sunnah itu ditinjau dari segi etimologi bererti perilaku, dan kerana dalam Hadis terdapat kata-kata “Sunnah Hasanah “ dan “Sunnah Sayyiah”, bererti nenurut etimologi adakalanya perilaku baik dan ada perilaku buruk. Ringkasnya, perilaku orang itu samada yang baik atau yang buruk, menurut etimologi bererti “Sunnah”.
2.2 Definisi Bid’ah
Pakar bahasa Arab telah menjelaskan definisinya dalam kitab-kitab mereka. Antaranya Imam Muhammad Abu Bakr Abd al-Qadir al-Razi menjelaskan bahawa bid’ah ertinya mengadakan sesuatu dengan tidak ada contoh terlebih dahulu. Manakala Imam Abu al-Husain Ahmad bin Faris mengatakan bid’ah Sesutu perkara yang pertama adanya dan dibuat tanpa ada contoh. Dan Imam Abu Abd al-rahman al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi mendefinisikan bid’ah sebagai mengadakan suatu perkara yang sebelumnya tidak dibuat, tidak disebut-sebut dan tidak dikenal.
Pada prinsipnya, semua kamus bahasa Arab menyatakan bahawa bidaah dilihat dari aspek bahasa ialah suatu perkara baru yang diadakan atau diciptakan dengan tidak adanya contoh terlebih dahulu.
3.0 ANCAMAN PERBUATAN BID’AH
Beberapa hadis yang mengancam sesiapa yang melakukan amalan bidaah ini. Antaranya hidis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Nu’aim :
عن أنس رضي الله عنه قال قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : أهل البدع شر الخلق والخليقة.
Ertinya :
Dari anas r.a beliau berkata : Rasulullah s.a.w telah bersabda,” ahli bid’ah adalah seburuk-buruk makhluk dan seburuk-buruk yang diciptakan

Hadis ini dengan tegas menyatakan bahawa ahli bid’ah itu adalah makhluk ciptaan yang yang paling hina dan rendah di sisi Allah. Dan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hatim al-Khuza’ :
عن أمامة الباهلي رضي الله عنه قال قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : أصحاب البدع كلاب النار
Ertinya :
Dari Abu Umamah al-Bahili r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, orang yang menjadi ali bid’ah itu adalah anjing-anjing neraka.
Apabila diperhatikan dengan saksama, kita tentunya merasa takut dan ngeri, kerana begitu kerasnya ancaman ini ditujukan oleh nabi s.a.w. bagi pelaku bid’ah sayyi’ah, tidak bagi pelaku bid’ah hasanah sebagaimana dikemukakan oleh Imam al-Alqami dan Imam Ali al-Azizi kerana tidaklah semua itu tercela menurut pandangan syariat Islam.

3.1 KATEGORI BID’AH
Banyak ulamak terkenal yang telah membahagi bidaah kepada dua bahagian yakni bidaah hasanah dan bid’ah sayyi’ah. Para ulamak yang mengklafikasikan bid’ah kepada dua bahagian tersebut adalah ulamak-ulamak yang masyhur, bahkan diantaranya ada ulamak yang telah mencapai darjat mujtahid mutlak. Mereka adalah :
1. Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’I beliau mengatakan : bid’ah itu ada dua macam iaitu mahmudah terpuji dan mazmumah tercela. Maka apa yang sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w., namanya bid’ah terpuji dan apa yang tidak sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w., namanya bidaah tercela.
2. Imam Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi ada menyatakan : bid’ah ditinjau dari sisi syariat ialah mengada-ada sesuatu yang tidak terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. dan bid’ah terbahagi kepada bid’ah hasanah dan qabihah.
Oleh yang demikian, tidaklah mudah untuk menyatakan secara sewenang-wenangnya terhadap sesuatu dengan : “ini bid’ah” dan “itu bid’ah”, akan tetapi semua amalan keagamaan yang muncul harus diteliti dan diselidik terlebih dahulu dengan penuh cermat dan tepat. Amalan yang bertentangan dengan isi kandungan al-Quran, Sunnah NAbi s.a.w. , athar sahabat dan ijmak ulamak adalah bid’ah sayyi’ah/dhalalah/qabihah/mazmumah. Namun sebaliknya, semua amalan keagamaan yang baru muncul, sesuai dengan isi kandungan al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w. , athar sahabat dan ijmak ulamak, semua itu termasuk dalam kategori bid’ah hasanah/mahmudah baik dan terpuji.
4.0 ZIKIR BERJAMAAH
4.1 Dalil-dalil pensyari’atan zikir berjamaah
Apabila kita meneliti ayat al-Quran yang ada kaitan dengan permasalahan zikir, nescaya kita akan menemui ayat-ayat yang mengisyaratkan tentang pensyari’atan zikir secara berjamaah, baik bagi kaum lelaki mahupun kaum perempuan, dalil-dalilnya dapat dibaca dalam tiga firman Allah s.w.t. yang berikut :
1.
41. Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya

2.
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka .

3.
35. dan orang-orang lelaki Yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan Yang menyebut nama Allah banyak-banyak,

Terdapat banyak hadis Nabi s.a.w. yang menjelaskan tentang disyariatkan zikir secara berjamaah. Namun disini akan dibahaskan beberapa hadis yang menjelaskan tentang disyariatkan zikir berjamaah.Antaranya adalah :
1. ما جلس قوم مجلسا يذكرون الله عزوجل فيه فيقومون حتي يقال لهم : قوموا قد غفر الله لكم وبدلت سيئاتكم حسنات.
Ertinya : tidaklah duduk sesuatu kaum pada satu majlis ; mereka duduk berzikir pada Allah Azza wazalla di tempat itu. Lalu setelah selesai mereka berdiri, melainkan dikatakan oleh malaikat kepada mereka: berdirilah kamu, sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kamu dan keburukan-keburukan kamu pun telah diganti dengan pelbagai kebaikan.
Daripada hadis di atas dpat difahami, bahawa dosa-dosa dan perbuatan burukorang yang berzikir di majlis zikir, diampuni Allah dan diganti dengan pelbagai kebaikan. Maksudnya, nafs jiwa mereka akan bersih dari fikiran-fikiran yang kotor dan amalan mereka yang negative akan berubah menjadi amalan positif. Ringkasnya, mereka akan memperoleh pencerahan jiwa setiap kali selesai berzikir di majlis zikir.
2. Hadis riwayat Imam Muslim, Imam al-Tirmizi, Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah r.a dan Abu Sa’id Khudri r.a kedua-dua sahabat telah menyaksikan Rasulullah s.a.w. bersabda :
لا يقعد قوم يذكرون الله عزوجل الا حفتهم الملائكة وغشيتهم الرحمة ونزلت عليهم السكينة وذكرهم اله فيمن عنده
Ertinya :
Tidaklah duduk sesuatu kaum berzikir menyebut nama Allah Azza wa Jalla melainkan dinaungi mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan pada mereka, juga Allah menyebut-nyebut nama mereka di hadapan malaikatyang ada disisi-Nya.
Dalam hadis yang tidak diragukan lagi kesahihannya ini jelas, sekali bahawa zikir secara berjamaah beramai-ramai sangat baik dan sangat banyak manfaatnya, yakni mereka dinaungi oleh para malaikat, dipenuhi hidupnya denganrahmat Allah s.w.t., diberikan ketenagan dalam diri dan nama-nama mereka pula disebut-sebut oleh Allah s.w.t. di hadapan para malaikat.

3. Hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam Ibn Hibban dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
يقول الله عزوجل يوم القيامة : سيعلم اهل الجمع من أهل الكرم فقيل ومن أهل الكرم يارسول الله , قال أهل مجالس الذكر .
Ertinya :
Allah Azza wa Jalla akan berfirman pada hari kiamat, “semua golongan akan tahu siapakah golongan paling mulia “. Rasulullah s.a.w. ditanya “siapakah golongan yang paling mulia itu, ya Rasulullah?” Baginda pun menjawab “golongan majlis-majlis zkir”.
Hadis Qudsi ini menyatakan dengan tegas dan jelas, bahawa majlis zikir adalah majlis yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. dan pada hari kelak, seluruh umat manusia akan menyaksikan kemulian yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada orang-orang yang termasuk dalam golongan suka berzikir dalam majlis zikir.

4.2 Fatwa-fatwa Ulamak tentang disyariatkan zikir berjamaah
Disyariatkan zikir berjamaah itu selain terdapat al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. seperti telah dikemukan, maka sebagai pelengkap perlu rasanya untuk dikemukakan fatwa-fatwa ulamak ternama tentang pensyariatan zikir berjamaah sama ada ulamak dari Timur Tengah mahupun dari Asia Tenggara. Mereka adalah :
1. Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf al-Nawawi. Seorang ulamak ternama dari Syiria, beliau berkata :
اعلم أنه كما يستحب الذكر يستحب الجلوس في حلق أهله وقد تظاهرت الأدلة علي ذلك
Ertinya : ketahuilah sebagaimana zikir itu sunat hukumnya, begitu juga sunat hukumnya duduk dalam majlis orang berzikir, kerana begitu banyak dalil-dalil yang menyatakan hal itu.
2. Prof. dr.T.M Hasbi al-Shiddieqy seorang ulamak Indonesia, beliau berkata : sangatlah disukai kita mengadakan halaqah-halaqah (tempat-tempat) yang ditentukan untuk berzikir dan membiasakan berzikir di tempat-tempat itu, mengingat hadis-hadis yang tersebut : sabda Rasulullah s.a.w.:
Tiada berkumpul suatu kaum dalam rumah dari rumah-rumah Allah untuk mengingati Allah dengan maksud hendak mendapat keredhaan-Nyamelainkan Allah memberikan keampunan kepada merekaitu dan menggantikan keburukan-keubukan mereka dengan pelbagai kebaikan.


Apabila diperhatikan hadis diatas , maka kita akan sepakat untuk mengatakan bahawa zikir berjamaah itu sunnah bukan bidaah kerana amalan-amalan tersebut terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang berbentuk sunnah qauliyyah (kata-kata), sunnah fi’liyyah (perbuatan) dan sunnah taqriyyah (persetujuan).
Memang diakui bahawa ada segelintir orang yang kurang mendalami ilmu hadis telah menuduh bidaah yang sebenarnya sunnah. Maka orang yang tersebut akan menerima akibat dan kesan yang tidak baik, antara lain :
1. Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran bahawa orang yang mengatakan sunnah adalah bid’ah akan digolongkan sebagai orang yang berwajah manusia, tetapi berhatikan syaitan seperti dalam hadis berikut :
روي عن النبى صلى الله عليه وسلم أنه قال يأتي على الناس زمان وجوهم وجوه الأدميين وقلوبهم قلوب الشيطان السنة فيهم بدعة والبدعة فيهم السنة
Maksudnya : diriwayatkan dari nabi s.a.w , bahawasanya Baginda telah bersabda, ‘akan datang pada manusia satu zaman wajah-wajah mereka adalah wajah-wajah manusia sedangkan hati-hati mereka adalah hati syaitan, akibat mereka memandang Sunnah sebagai bid’ah dan memandang bid’ah sebagai Sunnah.’ Riwayat Imam al-Syu’airi

2. Orang yang menidakkan Sunnah (inkar al-Sunnah) sebagai dasar syari’at dalam agama Islam, tidak akan diakui sebagai umat Nabi s.a.w. oleh Baginda sendiri, malahan lebih dahsyat lagi dia menjadi kufur. Tersebut dalam sebuah hadis :
عن جابر رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بعثت بالحنفية السمحة ومن خالف سنتي فليس مني
Maksudnya : dari Jabir r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Aku diutus dengan membawa agama yang lurus lagi penu toleransi. Dan sesiapa yang menentang Sunnahku, maka dia bukanlah dari umatku’. Riwayat Imam al-Khatib

5.0 KESIMPULAN
Sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Abdullah bin Umar r,a dengan tegas berkata : sesiapa yang menentang Sunnah, maka sesungguhnya orang itu telah kufur. Demikianlah akibat-akibat buruk dan kesan negatif lantaran menuduh bid’ah kepada amalan yang sebenarnya Sunnah. Oleh itu, dinasihatkan agar kita sentiasa berhati-hati dalam segala hal supaya tidak terjerumus ke dalam hal-hal yang akan merugikan diri kita sendiri.
Marilah kita merenungkan sejenak nasihat yang sangat berharga daripada seorang ulamak yang terkenal dari kalangan tabi’ al-Tabi’in yang bernama Abu Abdullah al-Rahman Abdullah bin al-Mubarak bin Wadhih al-Marwazi yang lebih popular dengan nama Imam Ibn al-Mubarak, beliau telah berkata :
Jika anda hendak melakukan sesuatu perkara, maka hendaklah di fikirkan terlebih dahulu akibatnya. Jika hal itu baik, maka lakukanlah segera. Namun jika berakibat buruk, maka timbangkanlah.
Semoga dengan nasihat yang sangat berharga ini bermanfaat dan dapat memberi keinsafan kepada setiap orang yang beriman.