Saturday, February 7, 2009

Aqidah

2.1 AQIDAH
2.1.1 Asas Kefahaman
a. Aqidah ~asal drpd prkataan ‘aqada bererti simpulan @ ikatan (dr segi bhs) / ikatan maknawi seseorg dgn Islam / semua kegiatan muslim sentiasa diikatkan dgn aqidah & dipastikan tdk terkeluar drpd landsan aqidah.
b. Tauhid ~kalimah Rabb yg mengandungi makna Sayyid, Raja, Pentadbir, Penjaga / beri’tiqad bahawa Allah
Rububiyah Tuhan yg mencipta alam, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala2nya di bwh pengetahuan kehendak dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga
c. Tauhid ~ juga dikenali sbg Tauhid Ubudiyah / ber’itiqad bhw hanya Allah yg berhak disembah, ditumpui,
Uluhiyah dipatuhi dgn keyakinan mutlak kekuasaan Allah atas segala sesuatu alam ini.
d. Tauhid Asma’~ beri’tiqad bhw Allah memiliki nama dan sifat yg sempurna (Kamaliyah) / mengakui sgl nama
wa Sifat dan sifat yg layak bg Allah dgn menafikan sepenuhnya yg tdk layak bagiNya.
e. Iman ~m’benarkan dgn hati, pengucapan dgn lidah, amal dgn anggota, iman hendaklah dibuktikan dgn amal
f. Islam ~segi bhs-penyerahan diri kpd Allah / takrif utama spt jawapan Rasulullah kpd Jibril a.s.
g. Ihsan ~ mengabdikan diri kepada Allah seolah-olah melihatNya (konsep musyahadah) / meyakini Allah melihat sgl perbuatannya (konsep muqarrabah)
h. Kufur ~ perbuatan mengingkari dan menolak Islam sgb ad-Deen
i. Syirik ~menyekutukan Allah dgn sesuatu yg lain / terbahagi kpd syirik khafi dan syirik jail
j. Fasiq ~org Islam yg mneruskan diri bergelumang dgn dosa kecil / melakukan dosa besar walau sekali spt minum arak atau berzina.
k. Munafiq ~org yg berpura-pura Islam tetapi dalamnya kufur kpd Allah
l. Murtad ~org yg terkeluar drpd Islam akibat perbuatan, kata2, I’tiqad yg menyalahi Islam scr sedar dan redha.
m. Perkara yg membatalkan syahadah ~ melalui perbuatan, perkataan, hati.
Jawapan umum;
~bertawakkal dan bergantung selain Allah
~ingkar nikmat Allah sama ada secara terang atau sembunyi, yang mudah difikirkan atau memerlukan kajian
~menggubal undang2 mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah
~bekerja atau berkhidmat dgn tujuan selain Allah kerana Allah tidak menyukainya.
~mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan Akhirat dan jadikan dunia ini sbg matlamat utama dalam hidup
~melantik org2 kafir atau munafiq menjadi pemimpin serta tidak mencintai org2 yg beraqidah Islam dan mukmin.
2.1.2 Ciri-Ciri Khusus Islam
a. Rabbaniyah: sumbernya drpd Allah semata-mata / manhaj dan matlamatnya juga kpd Allah
b. Syumuliah: merangkumi sgl keperluan, keadaan dan anasir2 kehidupan / kehidupan manusia terangkum dalam 3 teras iaitu aqidah, akhlak, syariah, (ibadah,muamalat, munakahat, jenayah)
c. Alamiyah: utk seluruh manusia & makhluk / zaman & ketika / tempat
d. Thabit wa Murunah: thabit (tetap) dr segi prinsip@dasar / murunah (fleksibel) dr segi pelaksanaan
e. Waqi’iah: bersesuaian pelaksanaannya dgn kehidupan manusia dr segi lahir & batin
f. Inqilabiyah: Islam ditegakkan atas keruntuhan jahiliyah dan bukan tempelan / Islam tdk diterapkan dlm suatu sistem jahiliyah dan rosak

2.2 IBADAH
a. Pengertian ibadah: penyembahan terhadap Allah / terbahagi kepada ibadah khusus dan umum
b. Syarat sesuatu pekerjaan diiktiraf ibadah:
~ikhlas niat krn Allah
~tidak bercanggah dgn syara’ dr semua segi
~amalan itu dibuat dengan selok2nya bg menepati apa yg diterapkan oleh Rasulullah
~hendaklah sentiasa mengikut hukum syara’ dan ketentuan batasnya dalam amalan, tidak menzalimi org lain, tidak khianat, tipu, menindas dan merampas hak org lain.
~tidak mencuaikan ibadah khusus

2.3 AKHLAK
a. Madiyyah ~ ideology kebendaan / materialistic
b. Ananiyah ~ individualistic
c. Adil ~meletakkan sesuatu pada tempatnya
d. Riya’ ~berbuat sesuatu untuk menunjuk-nunjuk pada org lain
e. Ujub ~rasa bangga, hairan, kagum terhadap kemampuan diri sendiri
f. Sum’ah ~buat sesuatu untuk mendapatkan pujian drpd org lain
g. Takbur ~meninggi diri, bongkak
h. Qanaah ~berpada-pada, cukup dan redha wlupun sedikit
i. Wasatiah ~bersederhana

2.4 PENGENALAN USRAH
a. Pengertian usrah ~ bermakna keluarga. Segi istilah, kum. individu Islam yg beriman pd Allah, berusaha utk tlg-menolong sesama mereka utk memahami ajaran Islam.
b. Rukun usrah ~ Taaruf, Tafahum, Takaful
c. Peranan naqib/ah untuk ~jgn jadikan majlis sehala
jayakan usrah ~kandgn usrah mnepati marhalah anggota
~bina suasana ukhuwwah
~majlis tdk dikuasai seorg shj
~tdk pinggirkan anggota tertentu
~jangka masa usrah tdk terlalu panjang
~tdk jadikan majlis usrah majlis senda gurau
~salurkan arahan-arahan jemaah
~peruntukkan sedikit ruang di dalam usrah
d. Peranan usrah dlm ~beri kefahaman yg bnr dan jelas terhadap Tasawwur Islam spy dpt tentukan sikap atau
pembangunan Islam hukum terhadap sesuatu perkara atau masalah
~tingkatkan penghayatan amal Islami dan hidupkan rasa tanggungjwb utk pertahankan Islam svr peribadi atau berjemaah
~jalin dan kukuhkan ukhuwwah persaudaraan dan pupuk semangat bertindak dan bekerja scr berjemaah
~bina ‘aqliyah jama’iyah kalangan anggota agar mrk sentiasa beri keutamaan grk krj scr jama’ie atau bertindak mengikut kaedah2 atau keputusan yg dibuat oleh jemaah
~salurkan arahan2 jemaah dlm rangka pembinaan anggota dan prog islah msyrkt.
~giat dan selaraskan usaha utk pelajari selok-belok perjuangan dr pengalaman gerakan Islam seluruh dunia
~didik, pupuk bakat serta keluarkan aktivis yg benar2 mampu, teguh pendirian, sihat tubuh badan sempurna dlm pemahaman ilmu dan akhlak
~pastikan bhw yg bkl menempati saff pimpinan ialah org yg layak, jujur, ikhlas.
~pastikan barisan perjuangan tdk dimasuki oleh pemikiran sumbang atau musuh
~usaha tingkatkan bentuk penyusunan organisasi yg piawai atau mampu hadapi thp prjuangan tnp diserapi anasir pemecah yg menggugat harakah

2.5 PENGHAYATAN JAMAIE
a. Ukhuwwah ~persaudaraan
b. Tarbiyah ~pendidikan, pengasuhan
c. Amal jamaie ~gerak kerja Islam dilakukan scr jemaah
d. Wala’: ~taat setia, patuh
e. Thiqah ~dipercayai
f. Jihad ~usaha yg bersungguh2 utk mencapai kebaikan dan keredhaan Allah
g. Istiqamah ~berterusan (melakukan sesuatu dgn bersederhana ttpi berterusan)
h. Tasamuh ~tolak ansur, berlapang dada, keluasan fikiran, kesabaran
i. Tadhiyat ~pengorbanan
j. Bai’ah ~kesetiaan, perakuan sumpah setia kpd seseorg yg diberi kuasa
k. Sir ~kerahsiaan
l. Hazar ~berhati-hati

2.6 GERAKAN MAHASISWA NASIONAL
a. GAMIS ~Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (under PAS)
b. BBMN ~Badan Bertindak Mahasiswa Negara (under PAS)
c. PKPIM ~Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (under ABIM) (Zaid Kamaruddin)
d. GPMS ~Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (UIAM) (Dato Suhaimi Ibrahim)
e. KARISMA ~Kelab Rakan Islah Mahasiswa (under JIM)

TEMPATAN / ANTARABANGSA
a. JAKIM ~Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
b. PAS ~Parti Islam Semalaysia
c. IKIM ~Institut Kefahaman Islam Malaysia
d. PUM ~Persatuan Ulama Malaysia
e. OIC ~Organization of Islamic Country

2.7 PERTUBUHAN / JEMAAH
a. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
~ditubuhkan pd 1971 dlm Muktamar Samawi ke-10 PKPIM – Pres, Dr Razali Nawawi, Anwar Ibrahim, Dr. Siddiq Fadhil, Prof Madya Muhammad Nor Manutty, Ahmad Azam Abd Rahman, Yusri Mohamad – awal 70-an bergerak bersama PAS perjuangkan Islam sehingga apabila Anwar Ibrahim sertai UMNO – lancarkan reformasi bersama JIM, PKPIM, ASASI

b. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
~ditubuhkan pd 1989 oleh sekumpulan ahli IRC, MISG USA dan Mesir di Malaysia – pres pertama Hj Saari Sungib (Abu ‘Urwah), sekarang Zaid Kamaruddin. Sebelum ini Dr. Mohd Hatta Shaharon – sebilanagn ahli terdiri gol intelek, professional, tenokrat – masih berorintasikan kerahsiaan dalm dakwah wlupn skrg sudah menuntut keterbukaan – keterlibatan dlm REFORMASI dan ADIL – kebanyakan bekas pemimpin sertai keADILan spt Abu ‘Urwah sbg MPT dan Fuziah Salleh sbg Ket. Wanita PKN.


c. Jemaah Tabligh
~pelopor, Maulana Zakaria – bermula di India – sebilangan ahli yg berpegang pada fahaman menolak politik krn beralasan politik kotor yg diimport dr Barat (demokrasi) – lebih bersifat pengamalan rohani spt amalan tarekat
d. Jamaat e-Islami
~Pelopor utama Abul A’la Maududi – ditubuh di Pakistan – memperjuangkan ketulenan Islam dan mengkritik hebat isme2 yg rosak drpd Barat melalui tulisan – sekitar akhir 60-an dan awal 70-an sering berutus srt dgn Margaret Marcus (Maryam Jameelah) –
e. Ikhwanul Muslimin
~ditubuh pd 1928 slp kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah pd 1924 – diasas oleh Syeikh Hassan Al-Banna di Mesir – slp itu, kpimpnn bertukar tgn kpd Sayyid Qutb yg akhir hayatnya berakhir di tali gantung (pd zaman Gamal Abd Nasser) – skrg ini terdapat lebih di 70 buah negara (kelahiran harakah/jemaah) yg berorientasikan manhaj/uslub Ikhwanul Muslimin – tujuan utama, ingin melahirkan fardhu muslim, baitul muslim, mujtama’ muslim, negara Islam, Kilafah Islamiyah dan akhirnya menjadikan Islam is Master in d World.
f. Harakatul Muqawwamatul Islamiyah (HAMAS)
~sayap kiri Ikhwanul Muslimin di Palestin – pengasas Syeikh Ahmad Yassin (seorg yg lumpuh, rabun mata kanan, buta mata kiri, amat digeruni. Terbunuh slp tunai Solat Subuh melalui serangan udara pd 22 Mac 2003) – diganti oleh Dr Abdel Aziz Rantisi (turut terbunuh hanya slp lebih krg sebulan memimpin HAMAS. Slp itu, pemimpin HAMAS terus dirahsiakan identitinya) – 7 ideology HAMAS dinyatakan dlm perlembagaan dan diisytihar pd 18/8/1988

2.8 IDEOLOGI
a. Nasionalisme ~ perasaan cintakan bangsa & ngr sendiri yg mendalam
b. Hedonisme ~ pegangan @ pndngn hidup yg mementingkan keseronokan hidup
c. Kapitalisme ~ sis ekonomi politik yg pemilikan harta benda, industri dan perniagannya lbh byk tertumpu pd sector swasta drpd kerajaan dan syarikat2 digalakkan bersaing antara satu sama lain utk keuntungan
d. Sekularisme ~ fahaman yg menolak nilai2 keagamaan dan kehidupan sosial manusia
e. Zionisme ~ dasar atau pergerakan politik yg bertujuan menegakkan sebuah negara Yahudi di Palestin
f. Feminisme ~ gerakan atau fahaman yg menuntut persamaan hak wanita spt yg dinikmati kaum lelaki
g. Liberalisme ~ fahaman yg liberal / fahaman @ pendirian yg mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi

2.9 SEJARAH ISLAM
Pengajaran:
a. Dakwah Rasulullah ke Thaif
~kesabaran hadpi tentangan penduduk Thaif – sifat & akhlak Rasulullah terpuji yg sayangkan umat.
b. Hijrah Nabi s.a.w ke Madinah
~kekemasan perancangan hijrah Rasulullah dr segi (Saidina Ali gantikan tmpt tidur / menuju arah selatan (Yaman) dan bkn utara (Madinah) dll) – pertolongan Allah sewaktu peristiwa di Gua Thur
c. Perang Badar
~peranan syura dalam Islam – siasah syar’iyah dalam soal peperangan – bantuan Allah berupa penurunan tentera malaikat
d. Perang Ahzab / Khandak
~gol kuffar bersatu tentang Islam – taktik guna parit (umat Islam peril ada perancangan )
e. Perang Hunain
~Jgn rasa bangga dengan bil org Islam yg ramai ttpi tdk berkualiti
f. Perang Uhud
~pentingnya wala’ dalam mengatur strategi – hak seorang ketua yg mesti dlindungi oleh org bwh pimpinannya.
g. Keruntuhan Khilafah Islamiah di Turki pada 1924
~kelalaian umat Islam drpd amalan syariat menyebabkan musuh dpt menghancurkan Khilafah / perselisihan di kalangan ulama dan umara pd zaman itu yg melekakakn mereka drpd perihal umat Islam

MURTAD

ISU MURTAD (Riddah) UMAT ISLAM DI MALAYSIA

MUQADDIMAH

Maksud hadith;
Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"
(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.

Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Sinagpura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedila pelurun serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka…

Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara…

Apa pendirian kita…?
Gejala RIDDAH ataupun tindakan individu Muslim memohon untuk mengisytiharkan dirinya keluar dari Islam ataupun MURTAD merupakan suatu gejala yang semakin menonjol dan ketara sejak akhir-akhir ini.

Diperkatakan Malaysia hampir mencapai kedudukan sebagai sebuah Negara Islam, kalau tidak kerana campur tangan kuasa penjajah dan ketibaan orang-orang bukan Muslim. Apakah kita sekarang ini sedang menyaksikan negara kita mundur semula menjadi negara sekular dengan Islam sebagai hiasan politik semata-mata?!



BERMULA ……..

Dengan pendedahan Y.Bhg Dato’ Mufti Perak bahawa terdapat ratusan ribu rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu yang terlibat dalam gejala ini, kebimbingan mula menular dikalangan rakyat dan individu Muslim yang prihatin.

KEMUDIAN TIMBUL ………

Kumpulan Artikel 11 mendakwa Malaysia bukan negara Islam sebaliknya negara yang mengamalkan undang-undang sekular dan menentang usaha menjadikan Malaysia negara teokrasi.

Realiti
Malaysia yang merdeka sejak 1957 telah melaksanakan dasar dan program ke arah menjadi sebuah negara yang maju dan makmur berteraskan Islam menjelang tahun 2020. Sehubungan ini Malaysia telah diistiharkan sebagai negara Islam pada tahun 2001 oleh Tun Mahathir Mohamed.

Perlembagaan Malaysia
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah ugama bagi Persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Adalah anggapan umum bahawa Islam wujud buat pertama kali di Malaysia pada abad ke-10 di Terengganu yang merupakan negeri Melayu pertama untuk memeluk Islam. Dapatan ini berdasarkan Tugu Peringatan Batu yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu.
Pada tahun 1303, Sultan Muzaffar Shah I (abad ke-12) dari Kedah memeluk Islam dan menjadi raja Melayu pertama yang diketahui untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, adalah pemelukan Islam oleh Sultan Megat Iskandar Shah, sebelum itu dikenali sebagai Parameswara, yang merupakan peristiwa penting dalam pemelukan Islam oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Baginda telah memeluk Islam selepas perkahwinannya dengan seorang puteri dari Pasai.


Suruhanjaya Reid

Kita dapati Suruhanjaya Reid yang diberi tugas mencadangkan Perlembagaan bagi Malaysia telah menolak cadangan memasukkan peruntukan mengenai "Islam sebagai agama Persekutuan" itu. Dalam Laporan mereka di perenggan 169 mereka berkata maksudnya –
"Kami telah menimbangkan soal sama ada perlu diadakan kenyataan dalam Perlembagaan yang bermaksud Islam hendaklah menjadi ugama Negara. Telah dipersetujui oleh semua pihak bahawa jika mana-mana peruntukan seperti itu dimasukkan dalam Perlembagaan hendaklah dijelaskan bahawa ia tidak sekali-kali menjejas hak-hak sivil orang-orang bukan Islam.

Malaysia is in actual fact an Islamic state
Kes Ramah lwn Laton (1927) 6 FMSLR 128

In that case a majority of the Court of Appeal in the Malay States held that Islamic Law is not foreign law but it is the law of the land and as such it is the duty of the courts to declare and apply the law and it is not competent for the courts to take evidence on what the Islamic is. If the judges of the civil courts had put into practice what they declared in that case, it would have meant that the Islamic Law will have to be administered in the civil courts.

Soalan yang timbul apa sebabnya Perikatan dalam cadangannya mengatakan peruntukan tidak bermakna negara bukan negara sekular. Sayugia diingati bahawa cadangan itu dibuat oleh Perikatan iaitu gabungan antara parti UMNO dan parti bukan Melayu dan Islam yang bergabung dengan UMNO. Mungkin pada masa itu Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan ahli-ahli UMNO berpendapat supaya tidak menjejaskan perpaduan antara parti-parti itu tidaklah perlu menyebutkan negara sebagai negara Islam. Dari segi maslahah adalah baiknya untuk perpaduan parti-parti itu hanya menyebutkan Islam sebagai ugama Persekutuan.Walaubagaimana pun tidak disebut dalam Perlembagaan bahawa negara adalah negara sekular (seperti disebutkan di India umpamanya) dan oleh kerana itu tidak ada halangan dihujjahkan kemudian bahawa oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan, ini membolehkan ajaran Islam dimasukkan dan diterapkan dalam politik negara, apabila masanya sesuai.

Telah diperingatkan dan dipesan oleh Allahyarham Tun Razak apabila beliau menyatakan:
Kita perlu melakukan sesuatu agar generasi akan datang tidak menyalahkan kita di atas apa yang kita lakukan hari ini, sebagaimana sebahagian dari kita menyalahkan generasi lampau di atas kesilapan mereka!

Kata-kata Allahyarham Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim
Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan itu tidak digubal sebagai Perlembagaan Negara Islam dia boleh dipakai dan dilaksanakan supaya ia sesuai atau sekurang-kurangnya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Perlembagaan Persekutuan itu ialah ciptaan manusia dan dia tidak bebas dari kekurangan dan kesilapan.

Ada cara memindanya. Jika orang lslam ingin Perlembagaan itu dijadikan lebih dekat dengan Islam, mereka harus mengikhtiar supaya mereka mempunyai kuasa memindanya, iaitu dengan mendaftar diri sebagai pemilih dan memilih wakil-wakil rakyat yang boleh ada majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya pindaan itu dapat diterima. Inilah
perlunya kita sepakat supaya kita boleh mencapaikan hasrat agama, bangsa dan negara kita.
Kita orang Islam hendaklah yakin bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang yang terbaik dan sesuai untuk kita. Sungguhpun boleh dikatakan semua sistem undang-undang berusaha untuk mencapai keadilan akan tetapi oleh kerana undang-undang Islam berpunca dari wahyu dari Allah Subhanahu wataala, yang lebih mengetahui keperluan manusia dan apa yang terbaik untuk mereka, Undang-undang Islam mempunyai keutamaan atas undang-undang lain. Seperti yang disebutkan di dalam al-Quran maksudnya –
"Tidakkah Allah yang mencipta sekalian makhluk itu mengetahui segala-galanya? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.
(Surah Al-Mulk (67) : 14)

Apakah itu Suruhanjaya Antara Kepercayaan /Interfaith Commission (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) - adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).

Kita MEMBANTAH cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan/Interfaith Commission (IFC)

Oleh itu ianya menjadi tanggungjawab dan kewajiban semua orang Muslim di Malaysia untuk :-
1.Faham dan maklum apa itu yang disebut sebagai Suruhanjaya ini dan implikasinya terhadap agama Islam dan ummat Muslimnya

2.Berusaha memaklumkan serta memberi kefahaman kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakannya dan ahli masyarakat lain berhubung penubuhan IFC dan bahayanya

3.Berusaha menyatakan bantahan yang keras dan bersungguh agar usaha penubuhan IFC ini dibatalkan

4.Berusaha dengan bersama-sama dengan suara yang padu memintakan wakil-wakil rakyat mereka menyekat usul penubuhan Suruhanjaya ini dari di bawa ke Parlimen

5.Menyuarakan bantahan melalui pelbagai media massa serta memberi pendidikan yang sewajarnya agar seluruh warga negara faham dan maklum sebab-sebab ummat Islam di Malaysia membantah penubuhan Suruhanjaya

6.Memaklumkan serta menyebar maklumat kepada ummat Islam seluruh dunia dan berusaha mendapatkan sokongan mereka untuk turut bersuara melalui pelbagai kaedah dan ruang.
THE HIDDEN AGENDA

1.The IFC attempts to bypass and usurp the powers of State Islamic Religious bodies

2.The IFC will bypass the Shariah Courts

3.The IFC wants to use Civil Courts to decide on Islamic Religious Matters

4.The formation of IFC is an interference in Intra-Muslim Affairs (NOT the Inter-Religious Affairs)

5.The IFC will eventually infringe the Muslims' rights to practice Islam in accordance with the Teachings of the Holy Qur'an and the Hadith

Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.Satu kes yang sedang menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang berkaitan dengan kes MURTAD ini adalah kes melibatkan seorang wanita Melayu Islam Azlina Jailani ataupun Lina Joy yang memohon agar mahkamah mengisytiharkan beliau berhak menggugurkan Islam dari kad pengenalannya kerana telah pun memeluk Kristian dan sudah pun mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki Kristian.

Kes ini dan banyak lagi kes-kes yang sedang menunggu keputusan sungguh menggempar dan menganggu kedaulatan Islam dan umat Islam dalam negara.Rayuan Lina Joy didengar di hadapan Ketua Hakim Negara bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd. Sheriff.

Pada rayuan itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dinamakan pihak responden pertama, Kerajaan Malaysia (responden kedua) dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (reponden ketiga).

Lina Joy, 42, diwakili peguam Datuk Dr. Cyrus Das, merayu terhadap penghakiman majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan pada 19 September 2005 yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya untuk memadamkan perkataan Islam daripada kad pengenalan.

Beliau mendakwa bahawa pihak responden enggan membuat deklarasi mengenai haknya untuk mengamalkan agama pilihan iaitu Kristian.

PUTRAJAYA 23 Ogos ,2006

Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata, keputusan rayuan Lina Joy atau Azlina Jailani perlu dibuat secara berhati-hati dan tidak gopoh kerana ia membabitkan isu sensitif dan perlu dilakukan mengikut perlembagaan negara.

Katanya, ini kerana kes tersebut membabitkan banyak pihak dan beliau telah mendengar banyak hujah termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta perlu melihat hujah itu dari sudut perlembagaan negara.

‘‘Kami perlu menimbangkan hujah-hujah ini secara berhati-hati dan seperti yang anda katakan, ia adalah isu sensitif. Kami juga perlu membuat pertimbangan daripada pandangan perlembagaan. Kami perlu dilihat dari sudut tersebut dan anda juga perlu ingat, saya bersidang dalam panel tiga hakim.

‘‘Oleh itu, kami perlukan sedikit masa. Kami tidak boleh tergopoh-gapah dalam perkara ini. Kami perlu berhati-hati dalam menulis alasan (berhubung rayuan ini),” katanya di sini, hari ini.

Kes Azlina Binti Jelani @ Lina Joy ;
kesannya terhadap Islam di Malaysia.

Ramai di kalangan umat Islam di negara ini tidak mengetahui apakah sebenarnya kes Azlina Binti Jelani iaitu anak kepada pasangan Melayu Islam bernama Jelani dan isterinya Umi Kalsom.

Kes ini adalah berkaitan permohonan Azlina Binti Jelani untuk mendapat 'pengiktirafan' yang beliau berhak untuk menukar agamanya dari Islam kepada Kristian. Azlina Binti Jelani ini telah 'berkahwin' dengan seorang lelaki beragama Kristian sejak 6 tahun yang lalu.

Permohonan Azlina Binti Jelani untuk tidak dirujuk sebagai orang Islam dalam kad pengenalannya telah ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara atas alasan soal Islam atau tidak Islam seseorang Islam adalah dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Azlina Binti Jelani anak kepada Jelani dan Umi Kalsom ini sekarang ke Mahkamah Persekutuan atas alasan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang untuk menganuti agama pilihannya.

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyebut :-

Setiap orang berhak menganut apa-apa agama pilihannya.Oleh itu Azlina Binti Jelani menghujah melalui peguamnya bahawa seseorang yang telah mencapai usia 18 tahun ke atas adalah berhak menganuti apa-apa agama tanpa sekatan oleh mana-mana undang-undang atau peraturan di negara ini.

Sekiranya hujah ini diterima dan dipersetujui oleh Mahkamah Persekutuan beberapa kesan besar akan berlaku ke atas kedudukan undang-undang Islam dan orang Islam di Malaysia.
Antara lain :-
1. Akan berlaku berkecamuk dan pelbagai ragam anutan agama dalam sesuatu keluarga yang asalnya Islam bila seseorang anak telah mencapai usia 18 tahun.

2. Tiada mana-mana undang-undang Islam terutamanya yang berkaitan dengan Jenayah Syariah dapat dikuatkuasakan di Malaysia kerana setiap orang boleh keluar dan masuk agama Islam sesuka hati mengikut masa dan kehendak tertentu.

3. Soal nasab seseorang kanak-kanak dan perwarisan harta orang Islam akan menjadi kacau bilau kerana sukar untuk menentukan pegangan agama Islam seseorang pada sesuatu masa berbanding dengan apa yang diamalkan masakini.

4. Agama Islam itu sendiri akan hilang statusnya sebagai agama Persekutuan atau agama rasmi negara bilamana semua perkara 1,2 dan 3 di atas berlaku.

5. Kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri beraja dan Yang Dipertuan Agong di negeri-negeri tidak beraja lambat laun akan lenyap begitu sahaja.


Sekurang-kurangnya itulah antara 5 kesan atau apa yang akan berlaku seandainya kes Azlina Binti Jelani @ Lina Joy diputuskan berdasarkan hujah-hujah peguam Azlina Binti Jelani yang kita bicarakan disini.


LATAR BELAKANG

Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya.
Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.
Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, (rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.

AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.
Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun. tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau. Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.

FAKTA KES
Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000. Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan. Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!

Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;
Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa. Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.Semua badan-badan Islam tidak relevent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama. Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.

MENGAPA KES LINA JOY?

Kes Lina Joy adalah kes yang seduah lama didiamkan, tetapai ianya telah dimarketingkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, adan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.
Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.
Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir. mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.
Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukam yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.
Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam. www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my, www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.

Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;

Malaysian Bar Council
All Women’s Action Society (AWAM)
Sisters in Islam (SIS)
Catholic Lawyers Society
Interfaith Spiritual Fellowship
Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
National Human Rights Society (HAKAM)
Pure Life Society
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Vivekananda Youth Movement, Seremban
Women’s Aid Organization (WAO)
Women’s Development Collective (WDC)

Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.

Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…
Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil peguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut; “…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to constitution…”

Soalnya ialah apakah kita umat Islam sanggup agama kita diceroboh sedemikian rupa? Atau adakah kita tidak sedar bahawa usaha-usaha memurtad dan mengkristiankan individu seperti Azlina Binti Jelani @ Lina Joy merupakan suatu tindakan bersama, tersusun dan terancang yang dilakukan oleh pihak tertentu khususnya gerakan Kristian antarabangsa?

Benarkah orang Islam di Malaysia khususnya orang Melayu telah tidak ambil peduli lagi dengan apa yang berlaku pada nasib agama Islam tercinta ini? Adakah kita terlalu sibuk memikirkan soal ekonomi tanpa perlu memikirkan soal akidah anak bangsa yang diserang dari segenap penjuru ini?

Azlina Jailani atau Lina Joy sememangnya mampu mengkucar-kacirkan senario politik negara yang mula sejuk sejak akhir-akhir ini. Dia mempunyai agenda tersendiri iaitu berperanan sebagai perintis gejala murtad secara besar-besaran di Malaysia.

Kita tidak mahu kes Natrah berulang kembali. Hanya kefahaman Islam yang asas sahaja yang tinggal di dada orang Melayu sekarang. Semoga Islam akan terus diberkati di negara Malaysia.Buat mereka yang berlainan agama, kita ingin berpesan sesungguhnya kita tidak pernah mengganggu rumah tangga agama anda jadi sila hormati agama kami. Jika hendak dianjurkan juga perbincangan mengenai Artikel 11 jangan lupa menjemput semua pertubuhan Islam, mufti-mufti dan pemimpin politik Islam supaya diskusi itu menjadi lebih adil dan berniat baik.

KUALA LUMPUR 22 Ogos,2006

Empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk melaksanakan undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam.

Kesemua negeri itu sedang berusaha untuk mempercepatkan pewartaan undang-undang itu. Pulau Pinang akan membentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini, Sarawak pula akan membincangkan mengenai perkara itu di Kabinet negeri secepat mungkin.
Cabaran semasa dalam pelaksanaan sistem Syariah di negara ini menyatakan rasa bimbang terhadap usaha-usaha pihak yang sedang cuba meminggirkan kedudukan Islam dalam sistem kenegaraan dengan berselindung di sebalik nama kumpulan sekular atas alasan hak asasi . Usaha-usaha ini merupakan satu langkah untuk membelakangkan hakikat sejarah semenjak ratusan tahun lalu di mana Syariah diterimapakaikan di dalam kehidupan individu masyarakat dan institusi di negara kita.

Kita juga bimbang dengan ruang yang diberikan kepada usaha-usaha negatif ini dalam media masa tempatan dan antarabangsa walaupun pandangan ini hanya merupakan suara-suara terpencil dan pinggiran berbanding dengan faham dan penghayatan majoriti umat Islam.

Kita bimbang mungkin usaha negatif ini didalangi oleh unsur-unsur luar negara yang berhasrat melumpuhkan Islam. Situasi ini pasti akan bertambah buruk jika pandangan-pandangan liar ini turut dilayan oleh pihak-pihak yang berwewenang dalam negara kita. Sekiranya masyarakat Islam tidak cukup prihatin dan peka terhadap perkembangan ini mereka akan terus menyalah-gunakan saluran perundangan untuk mencapai matlamat mereka.

“ Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan ( ghurur ) ” Surah Ali Imran : Ayat 185

MANUSIA adalah makhluk Allah daripada dua unsur jasmani dan rohani. Unsur rohani mempunyai dua naluri (penggerak semula jadi) atau dua tenaga.

Pertama ialah naluri yang membina dan tunduk di bawah akal yang waras dan boleh membezakan di antara perkara baik dan buruk, betul atau salah. Tenaga naluri inilah yang boleh mengarahkan kepada kebajikan, keadilan, perasaan kasih sayang, kerjasama dan sebagainya. Ia boleh melaksanakan matlamat damai dan kesejahteraan sama ada bagi individu, keluarga, masyarakat, negara atau dunia amnya seperti dianjurkan Islam.

Kedua ialah naluri yang merosak atau meruntuh yang tunduk di bawah pengaruh runtunan hawa nafsu. Contohnya, kemarahan, keangkuhan, tamak, dengki, keganasan yang mendorong manusia melakukan kerja tidak bertanggungjawab seperti menindas, merogol, menumpah darah, membunuh dan sebagainya. Sifat ini boleh melemahkan dan meruntuhkan kesejahteraan dan kedamaian.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w
"Barangsiapa mencari rezeki yang halal dengan niat untuk menjaga diri supaya tidak minta-minta, dan berusaha untuk mencukupi keluarganya, serta supaya dapat ikut berbelas kasih (membantu tetangganya), maka kelak dia akan bertemu Allah (di akhirat) sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama." (Riwayat Thabarani)
Wajib diketahui oleh semua bahawa seruan ke atas orang-orang kafir umumnya dan ahli-ahli kitab untuk menganuti Islam wajib ke atas orang-orang Islam dengan nas-nas yang jelas dari Al-Qur'an da As-Sunnah. Tetapi dakwah tersebut mestilah melalui kaedah al-bayan ( penerangan ), al-mujadalah ( perdebatan ) dengan cara yang terbaik dan tidak membelakangkan sesuatu yang disyaratkan Islam. Ini semua penting untuk menyakinkan mereka dengan Islam dan seterusnya mereka dapat menganut Islam.


Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Katakan: Hai ahli kitab, marilah kepada satu perkataan yang sama antara kami dan kamu, iaitu bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukan Allah dengan apa jua pun, dan tidak mengambil selain Allah sebagai tuhan, tetapi kalau mereka tidak mahu menurut katakanlah; Akuilah oleh mu bahawa kami ini orang-orang Islam" ( Ali Imran : 64 )

Sesungguhnya jenayah RIDDAH ini tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak. Beratnya jenayah ini sehingga ianya diperangi oleh Abu Bakar r.a di zamannya. Mungkin kerana ianya tidak melibatkan adik-beradik atau kaum keluarga kita maka kita menganggapnya sebagai kecil.

Jika anda orang Islam, jika anda prihatin, jika anda sayang pada agama mulia ini, apakah yang patut anda lakukan?

PENUTUP

Saudara sekalain, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…
Fikir & bertindak. Wassalam.
http://www.pkpim.net/modules/news/article.php?storyid=391
(Yayasan PEKIDA Malaysia)

Sajak

MaaL HiJRaH
Di jiwa yang tertunduk lemah
ukhwah yang terbina..
biarlah bagaikan tasbih
ada awal tiada penghujungnya..
Dicipta utk mengingatiNya
Dibahagi untuk CintaNya
Diratib demi RedhaNya..

Di jiwa yang terasa sayu
Iktikad yang terutuh..
biarlah bagaikan doa
teruntuk jitu pada satu penghujung..
Hijrah hati ke sisiNya
Hijrah nurani pada cinta AgungNya
Hijrah menuju jalan ke pintuNya..

~setiap kelemahan itu adalah kesedaran HambaMu..Ya Allah~

Gaza
Yahudi yang laknatullah itu
terbukti kekejamannya
-orang awam dibunuh
-kuburan dibom
-hospital dan ambulan dihancurkan.

Setiap hari
wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa
bukti pengecut durjana!

Satu hari nanti , satu hari nanti,
hai Yahudi laknatullah
kau akan melihat kekejamanmu sendiri
dipulangkan kepada dirimu sendiri!
Kau akan melihat keadilan Tuhan
terbukti nanti !
Dan Bani Israil akan hilang dari permukaan bumi!

Satu hari nanti, satu hari yang terdekat ini
malah pada saat ini
kezalimanmu akan melingkar ke dalam jiwamu
ruh-ruh ghaib akan memasungmu
ke neraka ciptaanmu!