Tuesday, April 21, 2009

Aurat Dari Perspektif Fizik

tilmiizah menulis "
Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam.
Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.

Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan.
Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J = haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m = jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c = keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha = perubahan suhu.

Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan : Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis : Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan
spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali.

Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan...

TUNTUTAN AMAL ISLAMI MELALUI WASILAH HARAKAH ISLAMIAH

Pengertian

Dari segi bahasa, Amal Islami ialah kerja Islam. Namun mengikut erti kata yang sebenar,amal Islami ialah suatu amal atau geraak kerja dalam melahirkan individu yang mencerminkan aqidah dan akhlak Islam, melahirkan masyarakat yang berpegang teguh dengan pemikiran dan cara hidup Islam, menegakkan sebuah daulah atau pemerintahan yang melaksanakan Islam sebagai syariat perundangan, peraturan dan perlembagaan hidup, serta memikul amanah dakwah yang menjadi petunjuk dalam menegakkan kebenaran dan keadilan di alam ini. Kewajipan ini tidak gugur melainkan setelah tertegaknya satu kuasa yang dapat mengendalikan tanggungjawab ini dan memelihara urusan kaum muslimin.

Hukum Beramal Untuk Islam

Hukumnya adalah wajib berdasarkan beberapa sandaran iaitu:

1) Wajib dari sudut prinsip dan mabda’. Kerana bekerja adalah tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada setiap khalifah yang menghuni bumi ini. Malah tugas ini telah pun dipikul oleh para nabi dan rasul yang terdahulu

2) Wajib dari sudut hukum. Umat Islam wajib bekerja untuk menegakkan masayarakat Islam dan mengembalikan cara hidup Islam. Tugas utama untuk melahirkan masyarakat Islam yang tunduk hanya mengabdikan diri kepada Allah di dalam i’tiqad keyakinan, akhlak dan sistem hidup mereka berdasarkan daripada petunjuk Allah.

3) Wajib dari sudut darurah atau tuntutan itu sendiri yang mana melihat cabaran-cabaran dan serangan bertalu-talu daripada musuh-musuh Islam terutama dari segi serangan ideologi dan fahaman yang merosakkan aqidah umat Islam.

4) Amal jamaie wajib dilakukan sama ada secara fardhi atau jamaah. Kewajipan ini sama seperti jika melakukan akan mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah dan jika meninggalkannya maka akan mendapat dosa dan balasan di Akhirat.

5) Akhir-akhirnya, natijah jika beramal untuk Islam ini akan kembali kepada para pengamal Islami dengan janji ganjaran jihad yang besar daripada Allah. Dengan memahami dengan sebenar-benar kefahaman bahawa beramal untuk Islam sebenarnya adalah satu darurah dan tuntutan daripada diri sendiri yang memerlukan Islam dan bukan Islam memerlukan kita. Maha Suci Allah daripada mendapatkan bantuan daripada sumber lain untuk menegakkan Islam di bumi ini.

Wednesday, April 1, 2009

Safar Mar'ah

Utk mendalami mngenai hukum Safar Mar'ah nie...bolehlah buat rujukan kat kitab2 nie...biarlah kita juga memberi, jgn hanya menunggu suapan dari pimpinan semata2...
- Kaifa Nataamal Maal Sunnah, Dr Yusuf Qhardhawi.
- Al-Islam Fi qafshi Ittiham, Dr Yusuf Qhardhawi.
- Safar Mar'ah, Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari.
- Kertas2 Kerja Di Laman2 Islamik Yg Sahih
PERMUSAFIRAN WANITA
ADAB-ADAB KHILAF
Khilaf di kalangan ulamak berlaku pada masa sahabat yang membincangkan masalah-masalah syarak. Perkara ini tidak berlaku pada masa Rasulullah SAW. Ulamak telah berselisih faham tentang masalah hokum hakam syarak. Contohnya mengenai masalah bersuci, zakat, solat, puasa dan sebagainya. Diantara sebab-sebab terjadinya khilaf diantara ulamak ialah:
1)Satu lafaz yang berkongsi banyak makna seperti lafaz (ÇáÞìÁ). Lafaz ini digunakan dalam bahasa arab dengan dua makna yang berlainan iaitu haid dan suci.
2)Sesuatu hadis sampai sanadnya kepada salah seorang fuqahak digunakan untuk beramal dan hadis yang tidak sampai sanadnya tidak boleh beramal dengannya bahkan beramal dengan umum Quran dan dalil-dalil lain sebagai hujah.
3)Hadis yang sampai kepada semua fuqahak, setengahnya beramal dan seseyengahnya lagi tidak beramal dengan hadis tersebut kerana sesuatu hadis itu dijadiakan hujah kepada yang mahu beramal dan tidak menjadi hujah kepada yang sebaliknya.
4)Sebab-sebab perselisihan dan percanggahan pada zahir ayat diantara dalil-dalil.
Perkara ini dirujuk kepada 4 keadaan iaitu:
1)Apabila wujud perselisihan dalam sesuatu hadis, fuqahak mengambil kira pendapat yang lebih kuat mengatakan wajib kita mendahululan hadis yang lebih rajih dalam perselisihan
2)Apabila bercanggahnya hadis-hadis yang lebih kuat dan tidak memungkinkan kita untuk menghimpunkan diantara hadis-hadis tersebut disisi fuqahak yang mana tidak boleh mengambil hadis yang lebih rajih diantara hadis-hadis tersebut.
3)Sesetengah hadis sampai kepada fuqahak dengan jalan atau tariqah yang sohih dan sesetengahnya sampai kepada yang lain dengan jalan yang dhoif.
4)Sesetengah pendapat mengatakan hadis yang tidak ada syarat mesti diletakkan syarat kepadanya untuk dijadikan hujah dan sesetengah pendapat yang lain mengatakan tidak perlu diletakkan syarat.
SAFAR MAR'AH
Terdapat banyak hadis-hadis yang menerangkan tentang permusafiran wanita tanpa mahram. Sebagaimana sabda Rasulullha SAW yang bermaksud:
" Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat bermusafir tiga hari tiga malam melainkan ada bersamanya mahram."
Berdasarkan kepada hadis ini jelaslah kepada kita tentang hukum musafir seseorang wanita adalah haram sekiranya tidak disertai oleh mahramnya.
PERMUSAFIRAN WANITA
Permusafiran wanita yang harus seperti untuk berniaga, melancong dan sebagainya. Hukumnya harus perempuan musafir untuk berniaga atau sebagainya apabila bersamanya suami atau mahram yang lain. Adapun wanita yang musafir berseorangan ataupun bersamanya perempuan yang thiqah adalah haram.
Sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al Qisas ayat 23 yang bermaksud:
" Dan ketika dia sampai di telaga air di negeri Madyan, dia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum binatng ternak masing-masing dan ia juga dapati di sebelah mereka dua orang perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Ia bertanya: " Apahal kamu berdua? " Mereka menjawab, kami tidak memberi minum kambing-kambing kami sebagai pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya".
Adapun keluarnya wanita untuk bermusafir yang sunat seperti menziarahi maqam Rasulullah SAW, solat di masjid Nabawi dan masjid Aqsa serta melakukan haji (ÊØæÚ) dan umrah mesti disertai bersamanya mahram.
Pendapat ulamak mengenai permusafiran wanita untuk perkara wajib seperti haji, umrah, menuntut ilmu dan sebagainya:- Sepakat ulamak mengatakan wajib haji bagi wanita yang berkuasa dengan syarat ada mahram bersamanya. - Khilaf bagi wanita yang tiada mahramkepada beberapa pendapat:
1)Sufian Thani dan Hassan Al Basri dan pengikutnya mengatakan tidak wajib haji keatas kerana mahram termasuk dalam (ÇÓÊØÇÚÉ ). Kalau tiada mahram bermakan dia masih dikira tidak berkuasa.
2)Mazhab Atha' dan pengikutnya- pngikutnya mengatakan tidak disyaratkan adanya mahram tetapi disyaratkan aman dirinya dari sebarang kemudharatan dan fitnah.
3)Pendapat pengikut Imam Syafie mengatakan wajib bagi wanita yang ada bersamanya wanita yang thiqah samada seorang atau ramai.
4)Dinaqalkan dari pendapat Imam Syafie: boleh musafir perempuan seorang diri apabila perjalanannya aman dan tidak didapati khalwat bersama lelaki.
Wanita boleh bermusafir bersendirian dalam keadaan-keadaan berikut:
1) Pesakit wanita yang tidak menemui sebarang rawatan yang bersesuaian ditempatnya.
2)Wanita yang kematian suami atau mahramnya dalam perjalanannya.
3) Melarikan diri dari Dar al- Harbi ( iaitu negeri atau negara yang telah mengisytiharkan peperangan atau permusuhan ke atas uamt Islam.
4)Melarikan diri dari sebuah negara Islam ke sebuah negara Islam yang lain demi memelihara diri dan agamanya
5)Bermusafir untuk melunaskan hutang atau memulangkan barang titipan (æÏíÚÉ ) jika sipemiutang tidak dapat sampai untuk menemuinya.
6)Melarikan diri dari tawanan musuh.
7) Menurut Al Baghawi, wanita yang terputus dari kumpulannya kemudian menemui seorang lelaki yang tidak dicurigai, maka dia boleh mengikut lelaki tersebut sehinggalah dia bertemu kembali dengan kumpulannya.
8) Kepulangan wanita nusyuz kepangkuan suaminya:-Ijtimak ulamak menurut Al Imam Al ……. Seorang wanita boleh musafir sendirian, maka permusafirannya dalam keadaan terdesak dengan ditemani oleh wanita thiqah atau jamaah manusia.
BANTAHAN-BANTAHAN TERHADAP SYUBHAT
1)Pendapat-pendapat yang menyatakan harus musafir wanita tanpa mahram. Sesetengah Ummahatul Mukminin (ÇãåÇÊ ÇáãÄãäíä ) mereka semua telah pergi menunaikan fardhu haji selepas kewafatan Rasulullah SAW melainkan Saudah Binti Zam'ah dan zainab Al Jahsy tidak didapati bersama mereka mahram. Sahabat tidak mengingkari perbuatan mereka itu. Abu Hanifah telah menjawab:- Isteri-isteri nabi semuanya ummahatul Mukminin ( )ÇãåÇÊ ÇáãÄãäíä dan mereka adalah mahram bagi diri mereka sendiri kerana mereka tidak harus dikahwini oleh orang lain selepas kewafatan nabi.
2)Sejarah telah membuktikan bahawa Aisyah telah keluar daripada Madinah ke Mekah daripada Mekah ke Basrah untuk menuntut bela ke atas kematian Osman r.a. Sekiranya mahram disyaratkan musafir kenapa Aisyah musafir tanpa mahram Jawapannya sama seperti yang Abu Hanifah berikan
3)Hujjah orang yang mengharuskan perempuan musafir tanpa mahram.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : "Katakanlah wahai Muhammad berjalanlah kau di muka bumi perhatikan akibat mereka yang dusta". Berdasarkan kepada ayat di atas menunjukkan kepada wanita dan kaum lelaki.Jawapan :
1)Sebenarnya khusus untuk orang kafir akibat dari mendustai ayat-ayat Al-Quran.
2)Sesungguhnya ayat ini umum.Hadis yang mengkhususkan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
"Tidak halal bagi seseorang perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat musafir sehari semalam kecuali bersama mahram".
PERMUSAFIRAN YANG HARUS ATAU SUNAT SEPERTI BERNIAGA, ZIARAH DAN LAIN-LAIN
1)Ditemani suami atau mahram - Pendapat jumhur Fuqahak
2)Ditemani perempuan-perempuan thiqah Pendapat ini wujud kerana ia telah diriwayatkan oleh para ulamak mazhab syafie seperti Abu Hamid, Al Mawardi, Al Muhamili, Al Qadi Husein, Al Baghani, Al Rafei dan lain-lain. Sebab itulah menurut Al Mawardi sebahagian Mazhab Syafieyyah membolehkannya kerana menyamakannnya dengan permusafiran wajib yang ditemani oleh wanita-wanita thiqah. Al Bandahiji pula menyebutkan 'Qil' yang membolehkan permusafiran musliamh dengan seorang atau beberapa orang wanita thiqah bagi permusafiran yang harus.
3)Bersendirian tanpa ditemani oleh suami atau mahram - Sufyan Al Thawri membolehkan untuk perjalanan yang dekat sahaja iaitu kurang dari 3 marhalah (96 batu) - Pendapat Al Qaffal dan ini dipandang baik (ãÓÊÍÓä ) oleh Al Ruyani. Kata Abu Hamid pula sebahagian Ashab kami( Mazhab Syafei) membolehkannya keluar tanpa mahram didalam permusafiarn yang wajib atau selainnya. Barangkali maksud Al Qaffal, Abu Hamid dan Al Ruyani ialah permusafirannya dengan rombongan atau wanita thiqah tanpa ditemani oleh mahramnya.
4)Bersama kumpulan atau rombongan
5)Syeikh Al Khazraji Mufti Emirate( Republik Arab Bersatu) dalam fatawa Al Khazrajiyyah mensyaratkan wanita tersebut mesti dihantar ke lapangan terbang (pergi) dan disambut juga di lapangan terbang (tiba) oleh ahli keluarganya atau mahramnya. Tetapi lahjah fatwa Quwait menambah, tempoh perjalanan mesti kurang dari sehari semalam misalnya dari Norway ke Maghribi dengan kapal terbang. Syeikh Ahmad Al Basyuni menukilkan bahawa ini adalah pendapat sebahagian ulamak mutaakhirin.
6)Pendapat ini telah ditarjihkan oleh Qardhawi iaitu bagi perjalanan yang aman sahaja seperti menaiki kapal terbang dan keretapi. Syeikh Al Qardhawi tidak menyebut permusafiran dengan teksi atau van kecil kerana ia tidak selamat untuk wanita musliamh.
HARUS MUSAFIR WANITA TANPA MAHRAM DALAM PERMUSAFIRAN YANG HARUS (SUNAT)
Diantara dalil-dalil yang mengharuskan perempuan musafir tanpa mahram atau suami apabila didapati dalam perjalanannya aman iaitu:
1)Isteri-isteri nabi SAW telah menunaikan haji pada zaman Saidina Umar r.a dan zaman selepasnya maka tidak mengengkari salah seorang dari mereka diatas perbuatan tersebut.
2)Aisyah r.a telah mengeluarkan fatwa.
TEMURAMAH BERSAMA YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT (MENTERI BESAR KELANTAN)
Soalan: Terima kasih kami ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' kerana sudi meluangkan masa bersama kami demi merungkai permasalahan yang menjadi perselisihan diantara pelajar mengenai rehlah mahasiswi, jadi bolehkah Yang Berhormat Dato' menjelaskan kedudukan sebenar tentang perkara ini?
Jawapan: Terima kasih kembali kerana sudi menemuramah ana, moga-moga ianya memberi manfaat kepada kita semua, ianya juga dapat merungkai permasalahan yang tersirat. Dalam permasalahan ini, terdapat khilaf. Pendapat Jumhur ulamak menyatakan tidak boleh musafir wanita tanpa mahram, samada musafir itu sunat ataupun harus sebenarnya tidak mrnjadi masalah kita berpegangkita berpegang kepada pendapat yang mengharuskan, jangan terlalu kita mentasyadidkan dalam masalah ini. Dalam perkara ini, apabila kita hidup bermasyarakat amalkan sikap sederhana. Sepanjang ana memegang jawatan sebagai Menteri Besar kelantan, dalam permasalahan dari segi menutup aurat ana amat menitikberatkan pemakaian yang mengikut lunas-lunas Islam. Jadi masalah untuk menyempurnakan lagi Syariat Islam seperti memakai hijab dan sebagainya terpulang kepada individu itu sendiri.
Soalan: Apakah pandangan Yang Amat berhormat Dato' mengenai masalah akhawat rehlah ke Sinai, Matruh siwa, Fayyoum, dan sebagainya dengan perjalanan yang begitu jauh sedangkan perjalanan tersebut belum tentu terjamin keselamatannya.
Jawapan: pada pandangan peribadi ana, tidak menjadi suatu masalah yang besar akhawat pergi ke Sinai atau berehlah ke tempat-tempat yang lain, sekiranya sudah terjamin keselamatan dalam perjalanannya seperti menyertai rombongan yang dianjurkan oleh persatuan yang segala-galanya ' bernizom' contohnya mempunyai musyrif dan pasangan yang telah berkahwin yang turut serta mengawasi dan menjaga kemaslahatan rombongan tersebut.

Musafir

Musafir dalam bahasa melayu bermaksud orang yang melakukan pengembaraan atau perjalanan yang jauh daripada tanah airnya. Inilah yang dimaksudkan dengan safar secara bahasa yakni melakukan perjalanan yang jauh.
Adapun secara syaraknya adalah:
الْخُرُوجُ عَلَى قَصْدِ قَطْعِ مَسَافَةِ الْقَصْرِ الشَّرْعِيَّةِ فَمَا فَوْقَهَا
Maksudnya: “Keluar dengan tujuan menempuh jarak perjalanan yang membolehkan qasar (solat) secara Syarak dan lebih”. [al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah, 25/26].
Maka orang yang bermusafir itu adalah seorang pengembara yang keluar mengembara sejauh jarak perjalanan yang pada syaraknya adalah mengharuskan qasar solat. Jarak perjalanan ini pula ditentukan oleh uruf atau keadaan setempat.
Oleh itu, apa-apa perjalanan yang pada adat manusia dianggap musafir seperti perjalanan yang merentas sempadan negeri walaupun dekat dan memerlukan persiapan maka dianggap musafir.
Disyariatkan Bermusafir Secara Jemaah:
عن ابن عمر : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال لو أن الناس يعلمون ما أعلم من الوحدة ما سرى راكب بليل يعني وحده
Maksudnya: Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Jikalau manusia mengetahui apa yang aku ketahui perihal bersendirian tentulah tidak ada penunggang di malam hari seorang diri”. [al-Tarmizi, al-Jihad, no. 1673].
Sabda Nabi s.a.w:
إِذَا خَرَجَ ثَلاَثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ
Maksudnya: “Apabila keluar tiga orang dalam musafir maka lantiklah salah seorang mereka sebagai ketua”. [Abu Daud, no. 2608, Hasan Sahih].
Maka hedaklah seseorang apabila hendak musafir berjalan dalam kumpulan yang sekurang-kurangnya tiga orang berdasarkan hadis di atas dan hadis berikut:
الراكب شيطان والراكبان شيطانان والثلاثة ركب
Maksudnya: “Seorang penunggang itu syaitan, dan dua orang penunggang itu dua syaitan, adapun tiga penunggang itulah yang sepatutnya”. [al-Tarmizi, no. 1674, sahih].
Ulama hadis bersetuju ini adalah pada hak lelaki dalam musafir dan hukumnya sunat. Adapun jika perjalanan itu memerlukan kerahsiaan seperti menghantar utusan rahsia maka dibolehkan berseorangan. [Tuhfatul Ahwazi, 5/138].
Wajib Bagi Wanita Bermusafir Dengan Mahram:
Setelah kita jelaskan bagaimana Islam menjaga kemaslahatan kaum lelaki yang mempunyai kekuatan dan keberanian ketika bermusafir dengan memerintahkan mereka bermusafir secara jemaah, maka demikian juga Islam memberi perhatian yang lebih kepada wanita.
Wanita diciptakan Allah s.w.t sebagai pendamping hidup seorang lelaki dan wanita merupakan tulang belakang sesebuah keluarga, masyarakat dan negara kerana daripada perut merekalah lahirnya manusia dan daripada merekalah anak-anak dan suami-suami mendapat kasih sayang maka mereka dicipta dengan sifat lemah lembut dan kedaifan.
Atas jasa yang besar ini, Islam mewajibkan kepada kaum lelaki yang telah diciptakan dengan kekuatan dan kemantapan untuk menjaga wanita daripada sebarang ancaman bahaya.
Maka terdapat perintah supaya wanita itu apabila hendak musafir perlu ditemani oleh Mahramnya atau suami:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ تُسَافِرَ مَسِيرَةَ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لَيْسَ مَعَهَا حُرْمَةٌ
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w: Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk bermusafir sejauh sehari tanpa mahram”. [al-Bukhari (1088), Abu Daud (1724), Ibn Majah (2899), Ahmad (10583) dan lafaz bagi al-Bukhari].
Dalam riwayat lain menyatakan:
عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لا يحل لإمرأة أن تسافر ثلاثا إلا ومعها ذو محرم منها
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak halal bagi wanita bermusafir selama tiga hari kecuali bersama mahramnya”. [Muslim (1339)].
Dalam riwayat yang lain menyatakan:
عن أبي سعيد الخدري قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لا يحل لإمرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر سفرا يكون ثلاثة أيام فصاعدا إلا ومعها أبوها أو ابنها أو زوجها أو أخوها أو ذو محرم منها
Maksudnya: “Daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat bermusafir selama tiga hari dan seterusnya kecuali bersamanya terdapat bapanya atau anaknya atau suaminya atau saudaranya atau sesiapa yang menjadi mahramnya”. [Muslim (1340), Abu Daud (1726), al-Tarmizi (1169)]
Dalam riwayat yang lain menyatakan pula juga daripada Abu Said al-Khudri r.a kata beliau:
سمعت من رسول الله صلى الله عليه و سلم أربعا فأعجبنني وآنقنني نهى أن تسافر المرأة مسيرة يومين إلا ومعها زوجها أو ذو محرم..
Maksudnya: “Aku mendengar daripada Rasulullah s.a.w empat perkara yang menakjubkan aku: Baginda melarang wanita bermusafir selama dua hari kecuali bersamanya suami atau mahram…(diringkaskan Muslim)”. [Muslim (827), Ahmad (11312)].
Perbezaan tempoh musafir yang mensyaratkan mahram untuk wanita tidak memberi kesan kerana dalam riwayat Abu Hurairah r.a sabda Nabi s.a.w:
لا يحل لامرأة أن تسافر يوما فما فوقه الا ومعها ذو حرمة
Maksudnya: “Tidak halal bagi wanita untuk bermusafir selama satu hari atau lebih melainkan bersamanya mahram”. [Ahmad (9462)]
Dalam riwayat Abu Said al-Khudri pula menyatakan:
لا يصلح للمرأة ان تسافر الا ومعها ذو محرم لها
Maksudnya: “Tidak boleh bagi wanita bermusafir kecuali bersamanya mahram”. [Ahmad (11644)].
Tempoh-tempoh yang dinyatakan sebelum ini adalah tempoh yang menunjukkan satu perjalanan yang dinamakan musafir pada masa tersebut iaitu satu hari satu malam dan lebih dengan unta yang membawa muatan sederhana. Adapun pada masa sekarang, perjalanan yang menggunakan kereta dan kapal terbang, menggunakan jarak masa untuk mengukur sesuatu perjalanan jauh atau tidak, tidak lagi sesuai.
Oleh itu, Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h dan Ibn Hazm r.h menyatakan kaedah yang tepat untuk menyatakan sesuatu perjalanan sebagai musafir atau tidak dikembalikan kepada uruf sesuatu masyarakat. Maka apa-apa perjalanan yang dianggap safar seperti merentas sempadan negeri, perjalanan yang memerlukan persiapan dan seumpamanya dianggap musafir.
Imam al-Nawawi r.h menjelaskan:
قال العلماء اختلاف هذه الالفاظ لاختلاف السائلين واختلاف المواطن وليس في النهي عن الثلاثة تصريح بإباحة اليوم والليلة أو البريد قال البيهقي كأنه صلى الله عليه و سلم سئل عن المرأة تسافر ثلاثا بغير محرم فقال لا وسئل عن سفرها يومين بغير محرم فقال لا وسئل عن سفرها يوما فقال لا وكذلك البريد فأدى كل منهم ما سمعه وما جاء منها مختلفا عن رواية واحد فسمعه في مواطن فروى تارة هذا وتارة هذا وكله صحيح وليس في هذا كله تحديد لأقل ما يقع عليه اسم السفر ولم يرد صلى الله عليه و سلم تحديد أقل ما يسمى سفرا فالحاصل أن كل ما يسمى سفرا تنهى عنه المرأة بغير زوج أو محرم سواء كان ثلاثة أيام أو يومين أو يوما أو بريدا أو غير ذلك
Maksudnya: “Berkata para ulama perbezaan lafaz ini (had masa yang dikatakan musafir) adalah kerana berbezanya pertanyaan yang diajukan dan berbezanya tempat dan tidak dijelaskan dalam hadis yang melarang jarak tiga hari bolehnya bermusafir sehari atau semalam atau setengah hari tanpa mahram. Berkata al-Baihaqi: Seolah-olah Nabi s.a.w ditanya tentang wanita yang bermusafir tiga hari tanpa mahram maka dijawan tidak boleh, kemudian ditanya pula tentang dua hari tanpa mahram maka dijawab tidak boleh dan ditanya pula jika sehari dijawab juga tidak boleh demikian juga setengah hari maka setiap perawi meriwayatkan sesuai dengan apa yang didengarnya dan rawi yang sama meriwayatkan dengan banyak lafaz pula meriwayatkan sesuai dengan setiap tempat yang dia dengar dan semuanya sahih dan tidak ada dalam hadis-hadis ini penentuan sekurang-kurang musafir itu berapa jaraknya dan tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w penentuan sekurang-kurang jarak musafir maka hasilnya setiap perjalanan yang dinamakan musafir dilarang padanya wanita melakukannya tanpa suami atau mahram sama ada tiga hari, dua hari, sehari, setengah hari atau selainnya”. [al-Minhaj, 9/103].
Dalam riwayat Ibn Abbas r.a:
لا تسافر امرأة الا مع ذي محرم
Maksudnya: “Janganlah bermusafir seorang wanita kecuali dengan mahram”. [Muslim].
Jadi riwayat ini menunjukkan semua perjalanan yang dinamakan safar disyaratkan baginya mahram untuk wanita. [ibid].
Hukum Berteman Mahram Bagi Wanita dalam Musafir:
Hukumnya adalah wajib sebagaimana dinyatakan para ulama dengan ijmak dalam kalangan mereka. Ibn Hajar al-Asqalani r.h menyatakan:
وَاسْتُدِلَّ بِهِ عَلَى عَدَم جَوَاز السَّفَر لِلْمَرْأَةِ بِلَا مَحْرَم ، وَهُوَ إِجْمَاع فِي غَيْر الْحَجّ وَالْعُمْرَة وَالْخُرُوج مِنْ دَار الشِّرْك
Maksudnya: “dan hadis ini menjadi dalil bahawa tidak boleh bermusafir seorang wanita tanpa mahram dan ianya ijmak selain ketika melakukan haji, umrah (yang wajib), dan berhijrah dari negeri syirik”. [Fathul Bari, 4/56].
Ulama juga telah berijmak tidak disyaratkan mahram dalam hijrah kerana hijrah bukanlah musafir. Maka seorang wanita yang memeluk Islam di negeri kafir harbi yang menyebabkan dia tidak boleh melaksanakan agamanya diwajibkan atasnya berhijrah walaupun tidak mempunyai mahram. Ini kerana kekalnya dia di negeri tersebut lebih merbahaya daripada ancaman keselamatan dirinya kerana tinggal di negeri kafir harbi itu merosakkan akidah dan ini lebih teruk daripada dibunuh, dirompak, atau dirogol sekalipun. [al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiah, 25/37 & 38].
Demikian juga jika dia keluar bermusafir bersama mahram lalu mahramnya meninggal atau hilang atau bersama suami kemudian berlaku talak bain maka boleh baginya meneruskan musafir untuk ke tempat yang selamat seorang diri atau dia mencari perlindungan sehingga datang mahramnya yang lain untuk menemaninya. [Ibid].
Namun, berlaku khilaf (perbezaan pendapat) jika perjalanan itu adalah haji atau umrah wajib, adakah wajib juga baginya mahram atau boleh diganti tempat mahram itu teman yang dipercayai?
Ulama Syafiiah menyatakan untuk perjalanan haji dan umrah yang wajib sahaja maka boleh baginya berteman dengan sekumpulan wanita yang dipercayai.
Ulama Malikiah pula menyatakan boleh berteman dengan sekumpulan wanita atau lelaki yang soleh lagi dipercayai. Malikiah juga menghubungkan dengan haji dan umrah wajib semua musafir yang wajib ke atas wanita seperti bermusafir untuk menjadi saksi di dalam sesuatu kes mahkamah di negeri lain.
Ulama Hanafiah dan Hanabilah bersetuju untuk mengekalkan hukum asal iaitu mesti juga bersama suami atau mahram. Jika tiada maka gugurlah kewajipan haji dan umrah tadi.[al-Fiqhul Islami wa Adillatuh, 3/423].
Maka perlu diberi peringatan, khilaf di sini dalam masalah haji dan umrah wajib dan perjalanan yang mendesak dan wajib ke atas wanita, adapun perjalanan yang tidak wajib seperti menziarahi ibu bapa dan kaum kelaurga atau menuntut ilmu yang boleh didapati di negerinya, tidak ada khilaf antara ulama wajibnya mahram atau suami dan tidak boleh diganti dengan teman yang dipercayai. [Ibid, 3/424]
Berkata al-Nawawi r.h:
وحاصله أنه يجوز الخروج للحج الواجب مع زوج أو محرم أو امراة ثقة ولايجوز من غير هؤلاء وان كان الطريق أمنا وفيه وجه ضعيف انه يجوز إن كان أمنا (وأما) حج التطوع وسفر الزيارة والتجارة وكل سفر ليس بواجب فلا يجوز على المذهب الصحيح المنصوص الا مع زوج أو محرم وقيل يجوز مع نسوة أو امرأة ثقة كالحج الواجب
Maksudnya: “dan hasilnya, bahawa harus bagi wanita keluar mengerjakan haji wajib bersama dengan suami atau mahram atau perempuan yang dipercayai dan tidak harus dengan selain mereka ini walaupun perjalanan dijangkakan selamat dan terdapat satu pendapat yang daif mengatakan harus wanita berhaji seorang diri jika jalan selamat, adapun haji sunat dan safar untuk ziarah dan berniaga serta semua safar yang tidak wajib maka tidak boleh atas mazhab yang sahih yang dinaskan kecuali dengan suami atau mahram dan dikatakan harus bersama dengan sekumpulan atau seorang wanita yang dipercayai seperti haji wajib”. [al-Majmuk, 8/342]
Imam al-Nawawi dalam pernyataan ini menunjukkan ada dua pendapat syaz dalam masalah ini yang sering menjadi helah puak safih (lihat maksud puak safih ini dalam artikel sebelum ini) membolehkan wanita bermusafir seorang diri iaitu:
1- Pendapat yang membolehkan wanita berhaji seorang diri jika jalan selamat
2- Pendapat yang membolehkan wanita bermusafir dalam musafir yang tidak wajib dengan ditemani sekumpulan wanita siqah (dipercayai).
Dua pendapat ini bertentangan dengan zahir nas hadis yang kita sebutkan kerana jika boleh seorang wanita bermusafir tanpa mahram atau suami tentulah Rasulullah s.a.w akan mengizinkan wanita di zaman baginda berbuat demikian. Dalam sebuah hadis dijelaskan:
لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم، ولا تسافر المرأة إلا مع ذي محرم، فقام رجل، فقال: يا رسول الله ، إن امرأتي خرجت حاجة، وإني اكتتبت في غزوة كذا وكذا، فقال: انطلق، فحج مع امرأتك
Maksudnya: “Tidak boleh bersunyi-sunyian seorang lelaki dengan seorang wanita kecuali bersamanya (wanita itu) mahramnya dan janganlah bermusafir seorang wanita kecuali dengan mahram”. Maka bangun seorang lelaki lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku hendak pergi menunaikan haji sedangkan aku telah ditugaskan untuk berperang”. Maka kata baginda: “Pergilah dan buatlah haji bersama isterimu”. [al-Bukhari & Muslim].
Dalam hadis ini menjelaskan bagaimana Nabi s.a.w meletakkan pentingnya suami atau mahram menemani seorang wanita melakukan musafir sehingga mengatasi Jihad. Kita sedia maklum seseorang yang telah ditugaskan oleh pemimpin untuk berjihad menjadi fardu ‘ain atasnya untuk berjihad namun baginda s.a.w menggugurkan kewajipan lelaki tersebut supaya dia boleh menemani isterinya berhaji.
Demikian juga dua pendapat ini bertentangan dengan ijmak yang diriwayatkan para ulama. Berkata Syeikh Wahbah al-Zuhaili h.f:
هذا ويلاحظ أن الخلاف بين الشافعية والمالكية وبين باقي الفقهاء محصور في سفر الفريضة ومنه سفر الحج، فلا يقاس عليه سفر الاختيار بالإجماع
Maksudnya: “dan perlu diberi perhatian di sini bahawa Khilaf antara al-Syafiiah dan al-Malikiah serta ulama lainnya terbatas dalam masalah safar wajib seperti safar haji maka tidak boleh diqias atas safar ikhtiar (bukan wajib) dengan ijmak”. [al-Fiqhul Islami wa Adillatuh, 3/424].
Difahami daripada pernyataan beliau ini, dua pendapat ulama yang kami sebut terdahulu bahawa boleh seorang wanita berhaji wajib seorang diri jika aman perjalanan dan boleh bersafar bukan wajib dengan wanita siqah adalah pendapat syaz bertentangan dengan ijmak. Wallahua’lam.
Syubhat:
عن ( عدي بن حاتم ) قال ( بينا ) أنا ( عند ) النبي إذ أتاه رجل فشكا إليه الفاقة ثم أتاه آخر فشكا إليه قطع السبيل فقال يا عدي هل رأيت الحيرة قلت لم أرها وقد أنبئت عنها قال فإن طالت بك حياة لترين الظعينة ترتحل من الحيرة حتى تطوف بالكعبة لا تخاف أحدا إلا الله قلت فيما بيني وبين نفسي فأين دعار طيىء الذين قد سعروا البلاد ولئن طالت بك حياة لتفتحن كنوز كسرى قلت كسرى بن هرمز قال كسرى بن هرمز
Maksudnya: Daripada Adi bin Hatim r.a katanya: Ketika aku berada di sisi Nabi s.a.w ketika datangnya seorang lelaki mengadu kepada baginda tentang kemiskinan hidupnya dan datang pula seorang lelaki yang mengadu terhalang perjalanannya, maka Nabi s.a.w berkata: “Wahai Adi, sudahkah kamu melihat Hirah?” Jawabku: Belum pernah aku melihatnya tetapi aku mendengar cerita berkenaannya. Kata Rasulullah s.a.w: “Jika panjang umurmu kamu akan lihat seorang wanita (za’inah) mengembara daripada Hirah sehingga dia bertawaf di Kaabah tanpa takut kepada sesiapa pun kecuali Allah”. Kataku kepada diriku sendiri: ‘Ke mana perginya askar-askar Farsi yang selama ini merampas negeri-negeri?’ Sabda Nabi s.a.w lagi: “Jika kamu panjang umur maka (kamu akan lihat) dibuka harta-harta Kisra”. Kataku: ‘Adakah Kisra bin Hurmuz?’ Jawab baginda: “Kisra bin Hurmuz…” [al-Bukhari].
Sesetengah orang safih menyangka hadis ini menunjukkan adanya keharusan wanita yang bermusafir seorang diri jika aman perjalanannya. Namun, dalam hadis ini tidak menunjukkan wanita itu berjalan seorang diri kerana Nabi s.a.w menyatakan: ‘Za’inah’ (الظعينة) yang bermaksud wanita yang berada dalam Haudaj yakni khemah yang dipasang atas unta dan wanita akan duduk di dalamnya sementara ada seorang yang akan membawa unta tersebut. Wanita yang duduk dalam Haudaj tidak akan dapat membawa untanya seorang diri kerana dia dilindungi khemahnya itu. Maka hadis ini sama sekali tidak menunjukkan wanita tersebut berjalan seorang diri tetapi Nabi s.a.w memberitahu nanti kerajaan Farsi akan tumbang sehingga para Musafir yang datang ke Mekah melakukan haji tidak merasa takut lagi kepada kaum kafir. Wallahua’lam.
Maksud Mahram:
Perlu dijelaskan maksud mahram dalam hadis ini adalah mereka yang diharamkan untuk berkahwin dengan wanita tersebut secara muabbad (selama-lamanya) sama ada dari keturunan, susuan, atau perkahwinan seperti bapa, datuk, anak, anak tiri, anak saudara, bapa saudara, bapa susuan, saudara susuan, dan bapa mertua.
Adapun sepupu, suami kepada ibu saudara, dan ipar tidak lah termasuk dalam mahram ini. [al-Fiqhul Islami wa Adillatuh, 4/424]