Friday, January 9, 2009

Pemilihan MPP

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada mahasisiwa/i.Alhamdulillah syukur pada Allah kerana sekali lagi kita dapat berpilihanraya bagi memilih pimpinan yang akan menerajui PMUKM pada sesi kali ini.

Pemilihan kali ini dilihat dapat mencipta satu perubahan yang besar dimana 3 kerusi telah dimenangi tanpa bertanding oleh calon dari pro-mahasiswa.Permulaan ini telah memberi tamparan yang hebat kepada kumpulan Aspirasi.

Saya mohd zaki, calon anda no.2 ,yang juga mewakili suara mahasiswa yang bertanding dikerusi umum tahun2 dapat merasakan bahawa pemilihan MPP kali dapat menyaksikan pertarungan yang akan menentukan perubahan yang besar akan berlaku dalam pimpinan PMUKM.

Sahabat mahasiswa yang saya kasihi,

Kami dari pihak pro-Mahasiswa yakin dan percaya bahawa para mahasiswa dapat bersama-sama kami membuat perubahan dan tidak perlu merasa takut lagi dengan apa sahaja ugutan mahupun ancaman daripada pihak-pihak yang tertentu yang telah menyalahgunakan kuasa yang diberi.

Kami menyelar dan mengutuk segala tindakan dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang banyak memperkudakan mahasiswa supaya mengikut segala arahan dan suruhan mereka.kami tahu bahawa kita banyak mengambil langkah mudah untuk lari dari situasi yang itu namun ingatlah sejauhmana pun kita lari hakikatnya kita telah memperbodohkan diri kita dengan mengikut suatu perkara yang kita sendiri tidak suka.

Ingatlah kita bukan kanak-kanak yang boleh dipermainkan dan ditipu dengan mudah tapi kita merupakan pelaja yang mempunyai IQ yang tinggi dan dapat berfikir dengan matang dan jelas.

Akhir kalam,

buah mempelam buah bidara,
dalam sungai ada buaya,
ingat 15 ingat piliharaya,
maka undilah saya,
calon anda no.dua.

Mohon diberi mandat.