Friday, December 25, 2009

Demi Islam, orang Kelantan rela undi calon luar

Subky Abdul Latif
Dis 24, 09
6:52pm
Dalam pilihan raya umum yang pertama pada 1959, sama seperti pilihan raya umum sebelumnya pada 1955, pilihan raya peringkat Parlimen tidak dijalankan serentak dengan pilihan raya di negeri-negeri.

Malah pilihan raya negeri-negeri pula tidak serentak. Ia dimulakan di Perlis, kemudian di Kedah dan dari satu negeri ke satu negeri hinggalah yang terakhirnya di Kelantan. Selepas semuanya selesai, barulah diadakan pilihan raya Parlimen.

Hasil daripada pilihan raya-pilihan raya negeri itu, PAS kalah di semua negeri kecuali Terengganu dan Kelantan.

Keputusan itu menyebabkan PAS membuat strategi meletakkan sebahagian daripada barisan pemimpin nasionalnya bertanding di Kelantan dan Terengganu supaya pemimpin-pemimpin pentingnya dapat dihantar ke Parlimen.

Jika tidak dibuat demikian, sukar untuk menempatkan pemimpin-pemimpin penting itu ke Parlimen dan institusi penting itu mempunyai anggota-anggota berkaliber.

Maka keputusan itu dirundingkan dengan PAS di negeri-negeri berkenaan; Kelantan dan Terengganu bersetuju untuk menerima calon dari luar. PAS menghantar empat tokoh bertanding di Kelantan dan tiga di Terengganu.

Mereka yang bertanding di Kelantan termasuklah profesor Zulkifli Mohamad, Datuk Raja Hanifah, Othman Abdullah dan Haji Ahmad Perai. Di Terengganu pula, Dr Burhanuddin al-Hilmi, Hasan Adli dan Khadijah Sidik.

Bukan PAS saja yang membuat strategi demikian. Parti Negara kalah di semua negeri kecuali beberapa orang berjaya di DUN Terengganu telah mengadakan perundingan dengan PAS, maka PAS memberi laluan kepada Datuk Onn Jaafar bertanding di Terengganu.

Onn, sebagai yang dipertua agung Parti Negara, kalah di Batu Pahat dalam pilihan raya umum tahun 1955 dan beliau juga kalah dalam satu pilihan raya kecil di Johor selepas itu.

Dengan beberapa kerusi DUN yang dimenangi oleh Parti Negara belum memungkinkan Onn menang kerana kawasan yang dimenangi partinya itu tidak dalam satu kawasan parlimen.

Oleh sebab kawasan-kawasan sekitarnya dimenangi oleh calon-calon PAS, maka dengan laluan yang diberi oleh PAS itu memungkinkan Onn diterima oleh pengundi di Terengganu.

Onn seorang wira dan putera handal dari Johor tetapi rakyat negeri asalnya tidak menilai ketokohannya; yang menilainya pengundi-pengundi Terengganu. Beliau menang di kerusi Kuala Terengganu.

Semua calon luar yang dikemukakan oleh PAS di Kelantan dan di Terengganu dalam pilihan raya umum 1959 berjaya memasuki Dewan Rakyat.

Penggal pertama persidangan selepas merdeka mencatat sejarah mengumpulkan lapan orang pemimpin PAS sebagai anggota Dewan Rakyat. Tujuh daripadanya calon luar dan seorang lagi pemimpin nasional dari Kelantan sendiri, Datuk Asri Muda.

Selepas itu, belum pernah tercatat rekod seramai itu pemimpin utama PAS menjadi anggota Parlimen pada satu-satu penggal.

Dalam pilihan raya umum 1964, hanya Zulkifli Mohamad saja yang kekal bertanding di Kelantan, sementara kerusi-kerusi lain ditandingi oleh calon anak tempatan sendiri.

Haji Ahmad Perai menemui kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut digantikan oleh calon tempatan, tidak lagi dari luar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Ustaz Othman Abdullah menyertai Umno menjelang pilihan raya umum 1964; jadi tidak berbangkit lagi baginya untuk bertanding di Kelantan. Sebaliknya beliau menjadi calon Perikatan di Hilir Perak. Manakala Datuk Raja Haniafah tidak dapat menumpukan masa di Kelantan, maka beliau tidak lagi menjadi calon di negeri itu.

Manakala di Terengganu, Dr Burhanuddin al-Hilmi menghadapi kes mahkamah dan beliau hilang kelayakan bertanding. Hasan Adli dan Kadijah Sidik juga tidak lagi bertanding di Terengganu.

Zulkifli Mohamad satu-satunya calon dari luar bertanding di Pantai Timur pada 1964 dalam gelora isu konfrontasi Indonesia-Malaysia. Beliau berjaya mendapat peratusan undi dan majoriti yang tinggi. PAS dalam pilihan raya tu agak terpukul kerana menentang pembentukan Malaysia. Pendirian PAS itu sama pula dengan sikap Indonesia.

Zulkifli Mohamad pula, kemudian, menemui kecelakaan jalan raya sehari selepas memenangi pilihan raya umum 1964. Dalam pilihan raya kecil bagi mengisi kerusi yang dikosongkannya, PAS terus meletakkan calon dari luar iaitu Abu Bakar Hamzah. Pengundi tempatan terus memberi sokongan kepadanya untuk beberapa penggal.

Selepas PAS menyertai kerajaan campuran PAS-Perikatan pada 1973 dan setahun kemudian ikut membentuk Barisan Nasional bersama Perikatan, maka tidak lagi timbul orang luar bertandingi di Kelantan.

Cuma dalam tahun 1986, ketika parti itu dalam keadaan kalah di Kelantan, PAS Kelantan menerima Khalid Samad bertanding di Kuala Krai. Pilihan raya umum itu antara sejarah hitam bagi PAS, bukan sekadar penyertaan Khalid tidak membawa kejayaan.

Bukan sekadar calon dari luar tidak dibawa ke Kelantan, calon dari Kelantan sendiri kalah, hanya satu kerusi parlimen saja dimenangi oleh PAS di seluruh negara iaitu di Pengkalan Chepa dengan calonnya Nik Abdullah Arshad.

Kalau Kelantan, sebagai kubu PAS, parti itu hanya memenangi satu kerusi, maka tidak berbangkit isu pengundi luar ditolak oleh pengundi Kelantan.

Tetapi dalam kebangkitan semula PAS pada pilihan raya umum 1990, PAS Kelantan membawa dua calon dari luar iaitu Dr Daeng Sanusi Mariok dan Mohamad Sabu. Kedua-duanya telah diterima oleh pengundi masing-masing di Rantau Panjang dan Nilam Puri.

Dalam pilihan raya itu, PAS mengadakan muafakat Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan Parti Melayu Semangat 46. Ia bukan sekadar memberikan kemenangan semula kepada PAS di Kelantan, malah APU memenangi semua kerusi Parlimen dan DUN. Kedua-dua parti itu mengulangi kemenangan dalam pilihan raya Umum 1995.

Dalam dua pilihan raya umum selepas itu, iaitu 1999, tiada calon luar bertanding sebagai calon PAS di Kelantan.

Tiadanya calon luar itu bukan disebabkan oleh kebimbangan ia tidak disokong oleh para pengundi tetapi disebabkan keputusan PAS sendiri dan perkembangan menggalakkan PAS secara menyeluruh di seluruh negara.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, PAS membuka semula laluan kepada calon-calon luar. Salahuddin Ayub, kini naib presiden PAS, dari Johor tentunya sukar untuk memenangai pilihan raya di negeri asalnya. Sebagai ketua Pemuda PAS waktu itu, beliau sendiri mempunyai wibawa untuk diketengahkan.

Maka PAS Kelantan bersetuju memberi laluan kepadanya untuk bertanding di Kubang Kerian, kerusi yang pernah diwakili oleh Muhamad Sabu dan selepas itu disandang oleh Datu Husam Musa.

Ternyata pengundi Kelantan terus memberi sokongan kepada calon luar untuk berhadapan dengan calon BN yang terdiri daripada orang Kelantan sendiri dan antaranya orang tempatan.

Tetapi dalam pilihan raya umum ke-12, PAS Kelantan menambah calon dari luar daripada jumlah seorang kepada tiga orang.

Selain Salahuddin yang mempertahankan kerusinya, PAS membawa masuk Nasharuddin Mat Isa, timbalan presidennya bagi menentang calon menteri besar BN, Dr Awang Adek Hussein bertanding di Bachok. Seorang lagi, bendahari PAS Dr Hatta Ramli di Kuala Krai.

Pada pilihan raya umum 2004, Bachok dan Kuala Krai jatuh ke tangan BN. Bachok kubu kuat PAS yang tidak pernah dapat dirampas oleh Umno kecuali dalam 1986 apabila bekas wakil rakyat PAS beberapa penggal sebelum itu Zain Abdullah menjadi calon BN menewaskan calon PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Selepas itu Bachok jatuh semula ke tangan PAS. Tetapi pada 2004, calon PAS ditewaskan oleh BN yang meletakkan Dr Awang Adek.

Dr Awang Adek dilihat sebagai tokoh baru menggantikan Datuk Annuar Musa dan Datuk Mustapa Mohamad, maka dia dicalonkan bagi menjadi menteri besar.

Pada ketika yang sama, dia juga bertanding untuk kerusi parlimen. Nasharuddin dibawa untuk mencabar calon MB dan orang tempatan pula.

Kuala Krai yang dikuasai oleh PAS sejak 1990 jatuh ke tangan BN pada 2004. Kawasan ini diserahkan kepada Dr Hatta untuk merampas semula kawasan itu daripada BN.

Semua calon PAS dari luar telah membuktikan bahawa mereka diterima oleh pengundi Kelantan walaupun mereka berdepan dengan calon BN yang terdiri dari orang tempatan.

Bukan isu calon dari luar Kelantan itu tidak dibangkit oleh BN daalam kempen pilihan raya itu tetapi pengundi Kelantan telah berjaya melepasi kefahaman daerah dan kenegerian.

Orang Kelantan terkenal tebal perasaan kekelantanannya. Di mana mereka berada, mereka berkumpul sebagai satu komuniti sesama mereka.

Tetapi dalam kefahaman politik Islam, pengundi Kelantan mengutamakan perjuangan Islam, menerima calon luar dan menolak calon lawan walaupun mereka orang tempatan dan di kalangan keluarga terdekat.


Subky Abdul Latif, seorang wartawan veteran yang dikenali ramai dan juga pemimpin PAS, menulis analisis ini di blognya Setapak ke Selangkah (26 Mac 2008). Artikel ini diterbitkan sepenuhnya, selepas suntingan, dengan keizinan penulisnya.

Sunday, November 1, 2009

HADIS AL-IFKI (TUDUHAN PALSU) SUATU PENGAJARAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Al-hamdulillah, wassolatu wassalamu ‘ala rasulillah wa‘ala aalihi wasahbihi ajma‘in.

Marilah bersama kita merenung kembali satu peristiwa besar yang begitu menyayatkan hati, yang telah menimpa rumahtangga Rasulullah SAW. Ini ialah salah satu perancangan jenayah yang telah dilakukan oleh golongan munafiqin.

Apabila golongan ini merasakan sudah tiada lagi jalan untuk menewaskan Islam dengan cara berhadapan, samada secara berperang atau lainnya, lalu mereka mula menukar strategi perjuangan mereka.

Ini selepas Islam mendapat kemenangan yang besar -dengan pertolongan Allah- dalam peperangan Badar pada tahun 2H dan pukulan yang sengit juga menimpa mereka dengan tewasnya tentera Ahzab (Khandak) pada tahun 5H. Walaupun tentera mereka begitu ramai dan disertai oleh golongan Yahudi, Quraisy, Arab Badwi dan lain-lain, sehingga dengan kemenangan ini, Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya: “Sekarang kita akan keluar menyerang mereka, sebaliknya mereka tidak akan datang lagi untuk menyerang kita (Madinah)”. [Sahih Al-Bukhari No. 4110].

Golongan munafiqin memainkan peranan untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Mereka cuba mengadakan huru hara dalam masyarakat yang aman damai dengan pelbagai helah dan tipu muslihat. Ini agar umat Islam sentiasa berada dalam keadaan gelisah dan keluh kesah sehingga mereka tidak dapat menumpukan sepenuh usaha dan perhatian kepada islah mujtama', membaikpulih kerosakan yang berlaku dalam masyarakat dan menyebarkan dakwah Islamiah.

Kejadian yang amat memedihkan ini berlaku sekembalinya Rasulullah SAW dari serangan yang dilakukan terhadap bani al-Mustaliq (المصطلق)

Pada bulan Sya'ban tahun 06H, bani al-Mustaliq telah mengadakan satu komplot untuk menyerang Rasulullah SAW. Setelah berita ini sampai kepada Rasulullah SAW, Baginda keluar bersama tentera Islam. Turut keluar bersama tentera muslimin ini ramai golongan munafiqin, ini kerana mereka tahu Islam akan mendapat kemenangan. Mereka keluar bukan untuk berperang, tetapi untuk mendapat habuan perang ( ghanimah ).

Tentera Islam dan bani al-Mustaliq bertemu di suatu tempat bernama al-Muraisi' (المريسيع) , di mana tentera Islam telah mengalahkan mereka dengan mudah. Dalam perjalan pulang, golongan munafiqin yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, telah cuba mengapi-apikan kabilah Ansar dan Muhajirin, untuk melagakan dua golongan Islam ini, tetapi api fitnah ini dapat dipadamkan oleh Rasulullah SAW.

Telah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW, apabila keluar bermusafir Baginda akan mengadakan undian di antara para isterinya, siapakah yang akan mengiringi Baginda dalam musafir itu. Demikianlah sunnah Rasulullah SAW mengajar umatnya supaya berlaku adil terhadap semua isteri. Dalam peperangan ini, yang terpilih adalah Ummul Mukminin Aisyah RA, seorang yang masih muda dan berbadan kecil.

Setelah tiba di suatu tempat berhampiran Madinah, Rasulullah SAW bersama para sahabatnya telah berhenti rehat. Ketika ini, Siti Aisyah telah keluar untuk menunaikan hajat di suatu tempat yang terselindung daripada pandangan tentera Islam. Setelah selesai, beliau kembali ke tempat sekedup untanya dan mendapati rantai lehernya telah terjatuh tanpa disedari. Maka beliau terus kembali ke tempat tadi untuk mencarinya.

Pada waktu yang sama, tentera Islam telah diperintahkan supaya meneruskan perjalanan ke Madinah. Pemandu unta Aisyah menyangka beliau telah berada di atas sekedupnya dan terus menariknya serta meneruskan perjalanan.

Setelah Aisyah kembali ke tapak perkhemahan, beliau mendapati rombongan tentera telah berangkat tanpanya. Maka beliau terus berkelubung dengan hijabnya dan duduk menunggu di tempat untanya tadi, mudah-mudahan akan datang orang mencarinya selepas ini. Dalam keadaan cemas itu beliau menangis sehingga tertidur.

Kemudian datanglah Sofwan bin al-Mu‘attal al-Sulami yang berada di bahagian belakang rombongan, yang tugasnya memang mencari dan melihat apa-apa yang tercicir atau tertinggal. Setelah melihat seorang perempuan di tepi jalan, beliau begitu terkejut dan terus ber istirja' , iaitu menyebut kalimah “ Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji‘uun ” [ إنا لله وإنا إليه راجعون ] dan lebih-lebih lagi apabila beliau mengenali Siti Aisyah sebelum turunnya ayat Hijab.

Tanpa berkata sepatah pun, Sofwan merendahkan untanya untuk dinaiki Aisyah dan berliau berjalan membuntuti unta tersebut. Aisyah RA berkata: “Kami tidak bercakap walau sepatahpun kecuali istirja' Sofwan.” Akhirnya mereka tiba ke tempat rombongan tentera Islam tadi.

Apabila melihat Aisyah tiba bersama Sofwan, maka golongan munafiqin yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai melihat ini sebagai satu peluang keemasan untuk menabur fitnah jahat mereka. Mulalah mereka membuat cerita kononnya Aisyah telah berlaku curang dengan Sofwan. Malangnya tuduhan jahat ini juga telah termakan oleh sesetengah orang Islam sendiri sehingga ada yang menjadi ‘pembawa mulut', menyebar fitnah ini. Sebahagian yang lain pula mengambil sikap berkecuali dan mendiamkan diri sahaja.

Setelah tiba di Madinah, telah tersebar ‘ Hadis Ifki ' (tuduhan jahat) ini. Rasulullah SAW sendiri diam tidak bercakap, menantikan wahyu. Baginda juga telah bertanya pendapat beberapa orang sahabat, ada yang mengatakan ceraikan sahaja Aisyah dan ada pula yang membelanya. Wahyu pula tidak turun kepada Rasulullah SAW hampir sebulan. Ini adalah untuk menguji keimanan kaumnya dan untuk menzahirkan golongan munafiqin.

Setelah Aisyah RA mendengar berita tersebut, beliau menangis sehingga kekeringan air matanya, tidak dapat mengeluarakan air mata lagi dan tidak dapat tidur keduanya. Kata Aisyah: “Aku menyangka tangisanku akan memusnahkan kehidupanku.”

Hampir sebulan berada dalam keadaan demikian, pada suatu hari, datanglah Rasulullah SAW ke rumah isterinya Aisyah bersama ayah dan ibunya. Baginda SAW bersabda kepada Aisyah yang sedang asyik menangis:

Maksudnya: ((Wahai Aisyah, sekiranya engkau suci daripada tuduhan ini, nescaya Allah akan membebaskan engkau, sekiranya engkau tersasar, maka beristighfarlah, sesungguhnya sekiranya seorang hamba itu bersalah kemudian dia mengakui dan bertaubat, pasti Allah SWT akan menerimanya.))

Setelah mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, Aisyah berhenti menangis dan meminta supaya ibu bapanya menjawab bagi pihaknya, tetapi mereka tidak tahu apa yang harus diucapkan. Beliau lalu menjawabnya sendiri dengan berkata: “Keringlah airmataku kerana aku tahu tentang diriku. Kalau aku berkata aku dipihak yang benar, dan Allah mengetahui perkara yang sebenarnya, tetapi pasti kamu tidak akan mempercayainya. Tetapi sekiranya aku mengakui sesuatu yang Allah tahu aku adalah suci darinya, kamu akan mempercayainya. Maka tiada apa bagi aku dan kamu kecuali apa yang diucapkan oleh bapa nabi Yusuh AS :

Maksudnya: {Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan.} [Yusuf: 18].

Aisyah RA kemudiannya berpaling dan berbaring untuk berehat. Pada waktu inilah turunnya ayat yang membebaskan Aisyah RA dari segala tuduhan yang tohmahan dan fitnah ke atasnya. Ia juga menjanjikan hukuman terhadap golongan yang menuduhnya. Ini dapat kita baca sehingga ke hari ini di dalam surah An-Nur:

Maksudnya: {Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.} [An-Nur: 11].

[Lihat: Tafsir Ibnu Kathir]

Demikianlah secara ringkas kisah fitnah yang dilemparkan ke atas keluarga Rasulullah SAW.

Cuba kita bayangkan betapa besarnya jenayah yang dilakukan oleh si munafiqin Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya.

1. Bayangkan bagaimana keadaan Rasulullah SAW sebagai seorang nabi dan rasul. Seorang pemimpin, dituduh isterinya yang disayangi sedemikian rupa, dikotori tempat tidurnya, dicemari kehormatan rumahtangganya dengan tuduhan liar sehingga menjadi buah mulut percakapan orang serata tempat selama sebulan. Sedangkan Baginda tidak tahu apa yang hendak dibuat dalam kes ini.
2. Lihat pula bagaimana keadaan Abu Bakar as-Siddiq RA seorang yang benar dalam semua perkara, seorang yang dihormati dalam masyarakat, anaknya dituduh sedemikian rupa, sehingga keluar keluhan dari mulutnya, satu ucapan yang membayangkan satu penyeksaan yang ditanggungnya.
3. Juga Ummu Ruman, isteri Abu Bakar yang setia, ibu yang baik, anaknya ditinpa tuduhan palsu yang jahat. Sedangkan telah diasuhnya dengan penuh kasih sayang dan adab yang sopan.
4. Bagaimana pula perasaan orang yang dituduh, Aisyah binti as-Siddiq, perempuan yang cukup menjaga kehormatan diri, isteri yang patuh dan setia, isteri Rasulullah SAW, penghulu segala nabi. Dia dilempar dengan tuduhan yang sangat kejam, yang tidak berperikemanusiaan dan tidak ada siapa yang membelanya, menanggung azab sengsara seorang diri sebulan lamanya. Tidak ada teman hidupnya kecuali tangisan dan airmata. Berserah diri sepenuhnya kepada Allah, mengharapkan pertolongan dan bantuan, setelah terputusnya bantuan dari manusia. Betapa azabnya seorang isteri yang masih muda, menanggung azab seorang diri, sedangkan suami sendiri kelu lidah dalam perkara ini.
5. Betapa pula tersiksanya seorang mujahid yang berjuang menegakkan Islam dengan penuh ikhlas, Sofwan bin al-Mu'attal RA. Beliau telah ditohmah dengan satu jenayah yang besar, dituduh mengkhianati Rasulullah SAW yang dicintai dan dihormati, dengan mengadakan hubungan dengan isterinya.
6. Akhirnya bayangkan bagaimana keadaan masayarakat Islam pada masa itu, semua berada dalam keadaan keluh kesah tidak tenteram dan berpecah sesama sendiri dalam kes ini.

Demikian betapa besarnya jenayah membuat tuduhan palsu dan mengadakan berbagai cara untuk memporak perandakan ketenangan dan kedamaian umat Islam.

Peranan munafiqin dulu dan sekarang tidak akan terhenti merancang untuk menyusahkan umat Islam. Merek tidak mahu melihat Islam mendapat kemenangan dan umatnya bersatu padu membina negara dan mencapai kemajuan akhirnya.

Bagaimanakah sikap umat Islam dalam menerima berita dan apakah sikap kita terhadap pernacangan jahat golongan munafiqin?

Firman Allah SWT:

Maksudnya: {Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.} [Al-Hujuraat: 6] .

Pengajaran dari ayat ini, hendaklah kita berhati-hati ketika menerima satu-satu berita dan mengkajinya samada ia adalah satu berita yang benar atau satu fitnah.

Sekiranya kita menerima sesuatu berita secara bulat-bulat tanpa usul periksa nescaya ia akan memudharatkan masyarakat Islam.

Sayangnya pada hari ini, kebanyakan orang Islam bukan sahaja menerima berita secara membabi buta dan terus menghukum seseorang itu dengan apa yang didengarinya bahkan menjadi penyebar kepada berita palsu itu, sehingga perbuatan itu menambahkan penderitaan kepada orang yang difitnah dengan berita palsu tersebut serta mengucar-kacirkan masyarakat umum.

Oleh itu apabila menerima sesuatu berita, para muslimin hendaklah bersangka baik sesama mereka dan tidak mempercayai sesuatu yang tidak pasti apatah lagi menyebarkannya pula.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: {Mengapa pada waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata." Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang- orang yang dusta.} [An-Nur: 12-13].

Allah SWT memberi amaran agar jangan bercakap sebarangan membuat ulasan, mungkin kita menyangka isu yang diulas adalah perkara biasa atau remeh tapi dosanya sangat besar di sisi Allah SWT:

Maksudnya: “(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. padahal dia pada sisi Allah adalah besar.” [An-Nur: 15]

Akhirnya, umat Islam hendaklah menjaga lidah daripada menjadi penyebar fitnah atau pembawa berita palsu, kerana semua perbuatan dan perkataan kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah azza wajalla pada hari Kiamat, firman Allah SWT yang bermaksud: { Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggunganjawabkannya.} [Al-Isra': 36]

Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: Berkata Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW menaiki mimbar dan bersabda dengan suara yang kuat: “Wahai golongan yang masuk Islam dengan lidahnya, tetapi imannya belum sampai ke hatinya (munafiqin), jangan kamu menyakiti kaum muslimin, jangan menghina mereka, jangan juga mencari keaiban mereka, sesungguhnya sesiapa yang bekerja mencari keaiban saudaranya yang muslim, Allah akan mencari keaibannya dan sesiapa yang dicari keaibannya oleh Allah, Allah akan mendedahkannya walaupun (tersembunyi) di dalam rumahnya (kenderaannya).”

Pada suatu hari, Ibnu Umar memandang ke arah Ka'bah, kemudian beliau berkata: Sungguh besar kedudukan dan kemuliaanmu, tetapi lebih besar lagi kehormatan orang mukmin itu di sisi Allah daripada kamu. [HR Tirmizi].

Semoga Allah SWT menyelamatkan tangan dana lidah kita daripada perkara yang tersebut.


Akhukum:
Abu Anas Madani,
www.abuanas.com .
9 Julai 2008.



Sumber :

Tafsir Ibnu Kathir.
Ar-Rahiq al-Makhtum.
Majalah Suara Madinah –sessi 1994-1995.

PEMBUKA LORONG KEPADA NERAKA

Allah SWT mengingatkan mengenai kejayaan sebenar seorang hamba iaitu apabila ia telah selamat dari azab neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Yang bermaksud : "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah Ali Imran, ayat 185)

Ayat ini jelas menyatakan bahawa kejayaan yang sebenar bukanlah apabila seseorang itu mendapat harta yang bertimbun-timbun, tidak juga apabila memenangi pilihan raya, dan apa jua kemegahan yang manusia dambakan di dunia. Tetapi kejayaan yang sebenar ialah apabila manusia dapat menyelamatkan diri daripada api neraka dan sekali gus melayakkan diri untuk menghuni syurga Allah SWT. Inilah kejayaan yang besar. Sesungguhnya kejayaan inilah yang benar-benar didambakan oleh manusia apabila tibanya mereka di hadapan Allah SWT.

Sesungguhnya akan tiba juga saat di mana penghuni neraka akan mengemis setitis air daripada penghuni syurga yang barangkali penghuni syurga inilah golongan yang sering kali mereka tindas dan keji ketika berada di dunia. Firman Allah SWT :

وَنَادَى أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى الْكَافِرِينَ

Yang bermaksud : "Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: " limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang Telah dirizkikan Allah kepadamu". mereka (penghuni surga) menjawab: "Sesungguhnya Allah Telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir." (Surah al-A’raf: 50)

Lantas apakah sebab-sebab yang menjerumuskan seseorang itu ke dalam neraka. Ketahuilah, sesungguhnya penghuni neraka itu terbahagi kepada dua golongan yang memasuki neraka kerana sebab-sebabnya yang tersendiri. Kategori pertama ialah mereka yang akan menghuni neraka buat selama-lamanya. Mereka ialah :

1. Orang-orang yang syirik kepada Allah SWT samada dari sudut uluhiyah, rububiyah atau sifat. Tidak ada ruang kemaafan bagi golongan seperti ini apabila berdepan dengan Allah SWT. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT :

إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

Yang bermaksud : "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, Maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun." (Surah al-Maidah, ayat 72)

2. Kufur sama ada kepada Allah SWT, malaikat, para rasul, hari kiamat, kitab-kitab Allah atau qadha’ dan qadr daripada Allah SWT. Mengkufurkan salah satu daripada perkara-perkara ini dianggap sebagai menolak satu satu asas iman. Firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا* أُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

Yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud membezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. kami Telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan." (Surah an-Nisa’, ayat 150-151)

3.

Mengingkari kefardhuan salah satu daripada rukun-rukun Islam dengan menyatakan bahawa ia tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Demikian juga dengan mengingkari pengharaman perkara-perkara yang jelas haram melalui nas yang sahih serta ijma’ muslimin seperti mengingkari pengharaman zina, arak, mencuri dan sebagainya. Mengingkari kefardhuan dan pengharaman yang jelas ini boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam. Namun sekiranya ia mengingkari dengan sebab kejahilannya semata-mata, ia masih belum dikategorikan sebagai keluar daripada Islam.
4. Pempermainkan ketetapan atau apa jua yang berkaitan dengan Allah SWT samada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan. Pelakuan ini boleh menyebabkan tergelincirnya aqidah dan menjadi pelorong untuk terjun selama-lamanya di dalam neraka. Firman Allah SWT :

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ* لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ

Yang bermaksud : "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta maaf, Karena kamu kafir sesudah beriman. jika kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), niscaya kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa." (Surah at-Taubah, ayat 65-66)

5. Mencela Allah SWT, agama yang diturunkanNya atau nabiNya. Samada ia dilakukan dengan iktikad atau hanya sekadar permainan kata sahaja, ia tetap dikira sebagai satu dosa yang besar. Bahkan menyebabkan orang lain mencela Allah SWT pun ditegah apatah lagi sekiranya diri sendiri yang mencela. Firman Allah SWT

وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Yang bermaksud : "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan." (Surah al-An’am, ayat 108)

6. Menghukum dengan selain daripada hukum Allah dengan keyakinan bahawa hukum manusia lebih baik daripada hukum Allah SWT. Firman Allah :

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Yang bermaksud : "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah, ayat 44)

Adapun golongan yang tidak berhukum dengan hukum Allah kerana kejahilan atau kepentingan tertentu dengan tetap yakin bahawa hukum Allah jualah yang terbaik tidaklah tergolong sebagai golongan yang terkeluar daripada Islam. Namun ia tidak dimasukkan ke dalam golongan fasik atau zalim berdasarkan firman Allah dalam dua ayat selepasnya.

7. Orang-orang munafik iaitu yang menzahirkan Islam tetapi kufur di dalam hati mereka. Golongan ini lebih merbahaya daripada orang-orang kafir itu sendiri. Firman Allah SWT :

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka."

Demikianlah sebahagian golongan yang akan menghuni neraka selama-lamanya. Manakala kategori kedua pula ialah golongan yang menghuni neraka dengan sementara. Mereka ini ialah orang-orang Islam yang sempurna akidahnya tetapi bergelumang dengan dosa-dosa yang tidak diampunkan melainkan perlu dihukum di dalam neraka terlebih dahulu. Tempoh masa menjalani hukuman tersebut hanya diketahui oleh Allah SWT. Walaupun hanya sementara, tetapi hukuman ini tetap merupakan satu hukuman yang berat dan menyiksakan. Di antara golongan yang disebut sebagai penghuni neraka sementara itu ialah :

1. Penderhaka kepada kedua ibubapa. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari berbunyi :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْكَبَائِرُ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ قَالَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ ثُمَّ عُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ

Yang bermaksud : "Daripada Abdullah bin Umar RA berkata datang seorang badwi kepada Nabi SAW lalu bertanya, wahai Rasulullah, apakah dia dosa-dosa besar? Rasulullah SAW menjawab, syirik kepada Allah. Dia bertanya lagi, kemudian apa? Rasulullah SAW menjawab, menderhakai kedua ibubapa." (Hadis riwayat Bukhari)

2. Memutuskan hubungan silaturrahm. Ini juga dianggap sebagai dosa yang serius kerana boleh mengakibatkan hururara yang berpanjangan di dalam masyarakat. Nabi SAW bersabda :

لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ

Yang bermaksud : "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silatturahm)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah SWT juga berfirman :

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ* أُولَئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَارَهُمْ

Yang bermaksud : "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka Itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka." (Surah Muhammad: 22-23)

Kadang-kadang ada di antara individu masyarakat yang hanya akan menyambung hubungan silaturrahm dengan orang yang berusaha menyambungkannya dengan mereka. Jila tiada inisiatif dari orang lain, maka dia sendiri tidak akan bergerak untuk memulakannya. Ini adalah satu sikap yang salah. Rasulullah SAW bersabda :

لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنْ الْوَاصِلُ الَّذِي إِذَا قُطِعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا

Yang bermaksud : "Tidaklah yang menyambungkan silaturrahm itu orang-orang yang merasa cukup dengan apa yang ada, tetapi yang menyambungkan itu ialah orang-orang yang apabila terputus hubungan, akan berusaha menyambungkannya." (Riwayat Bukhari, Abu Daud dan Ahmad)

3. Memakan riba yang dianggap satu perang kepada Allah dan RasulNya. Firman Allah SWT :

فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Yang bermaksud : "Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." (Surah al-Baqarah: 279)

Firman Allah SWT lagi :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ* وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ* وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir. Dan taatilah Allah dan rasul, supaya kamu diberi rahmat." (Surah ali Imran, ayat 130-132)

4. Makan harta anak yatim sebagaimana firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

Yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)". (Surah an-Nisa’ ayat 10)

5. Penyaksian bohong. Ini kerana penyaksian seorang mukmin ialah sesuatu yang mulia. Maka mencemarkan kemuliaan ini dianggap sebagai satu dosa yang serius. Oleh yang demikian hendaklah setiap mukmin berhati-hati memberikan penyaksian terhadap apa jua perkara samada penyaksian berbentuk kata-kata atau tulisan. Rasulullah SAW bersabda :

لَنْ تَزُولَ قَدَمَا شَاهِدِ الزُّورِ حَتَّى يُوجِبَ اللَّهُ لَهُ النَّارَ

Yang bermaksud : "Tidak akan berganjak kaki penyaksi yang bohong kecuali Allah akan mewajibkannya masuk ke neraka" (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim dengan katanya, hadis ini sahih isnad)

6. Rasuah, khususnya dalam penghakiman agar memihak kepadanya sekalipun ia berada di pihak yang salah. Nabi SAW bersabda :

الرَّاشِي والْمُرْتَشِي فِي النّار

Yang bermaksud : "Orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah, berada di dalam neraka." (Riwayat Tabrani dengan perawi-perawi yang thiqat) Nasiruddin al-Bani menyatakan hadis ini dhaif namun beliau mensahihkan satu hadis lain iaitu : Allah SWT melaknat pemberi dan penerima rasuah.

7. Sumpah bohong khususnya yang mengkhianati hak orang lain. Nabi SAW bersabda :

مَنْ اقْتَطَعَ مَالَ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينٍ كَاذِبَةٍ لَقِيَ اللَّهَ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانُ

Yang bermaksud : "Sesiapa yang mengkhianati harta seseorang muslim dengan sumpah yang bohong, akan berjumpa dengan Allah SWT dalam keadaan Allah marah kepadanya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Menghakimi sesuatu tanpa maklumat yang jelas atau dengan sikap memihak. Rasulullah SAW bersabda :

الْقُضَاةُ ثَلاثَةٌ وَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ وَاثْنَانِ فِي النَّارِ فَأَمَّا الَّذِي فِي الْجَنَّةِ فَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَقَضَى بِهِ وَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَجَارَ فِي الْحُكْمِ فَهُوَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ قَضَى لِلنَّاسِ عَلَى جَهْلٍ فَهُوَ فِي النَّارِ

Yang bermaksud : "Hakim itu ada tiga golongan. Satu golongan ke syurga dan dua golongan ke neraka. Adapun yang ke syurga ialah orang yang mengetahui kebenaran dan memutuskan dengannya. Kedua ialah yang mengetahui kebenaran tetapi melanggarnya maka ia ke neraka dan ketiga yang menghakimi dengan kejahilan, dia juga akan ke neraka." (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh al-Albani)

9. Pemimpin yang menggunakan kuasa untuk menindas dan menipu rakyat berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Yang bermaksud : "Tidak ada mana-mana hamba yang diamahkan oleh Allah untuk menjaga rakyatnya lalu mati dalam keadaan ia membohongi rakyatnya kecuali Allah mengharamkannya untuk ke syurga." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah sebab-sebab yang boleh menjerumuskan seseorang ke neraka. Marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhi daripada sifat-sifat yang disebutkan di atas.





Ahmad Fadhli bin Shaari
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah
09 November 2008

BILAKAH RASULULLAH SAW BERHIJRAH KE MADINAH?

Setiap kali menjelangnya awal Muharram, kita semua akan diingatkan dengan peristiwa hijrah Rasul. Ini kerana peristiwa hijrah Rasul merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sejarah, bukan sahaja kepada kita kaum muslimin, bahkan juga alam keseluruhannya. Betapa tidak, hijrah telah mengubah corak peradaban dunia. Dan kesannya masih boleh dilihat dan dikecapi sehingga hari ini.

Umat Islam telah menjadikan peristiwa hijrah Rasul sebagai permulaan tahun dalam kalendar Islam. Kerana itu, setiap kali tahun Islam disebut, ia akan dinyatakan dengan hijrah. Sebagai contoh: “tahun 1429H akan meninggalkan kita tidak lama lagi, dan tahun 1430H pula akan menyusul”. Huruf H yang diletakkan di hujung angka tahun itu adalah singkatan kepada hijrah, sebagaimana yang kita semua maklum.

Disebabkan permulaan tahun hijrah adalah pada bulan Muharram, mungkin ramai yang keliru dan menganggap bahawa hijrah Rasul berlaku pada 1hb Muharram. Sebenarnya hijrah Rasul bukanlah berlaku pada bulan Muharram, bahkan ia berlaku pada bulan Rabiul Awwal. Syeikh Sofyurrahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. meninggalkan rumah pada malam 27 Safar tahun ke 14 daripada kenabian. Ia bersamaan 12 atau 13hb September 622M. Kemudian, baginda bersembunyi di dalam gua selama tiga malam, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan pada malam Isnin, 1 Rabiul Awwal, bersamaan 16 September 622M, baginda berdua beredar meninggalkan gua bersama dengan Abdullah bin Uraiqith, yang memandu jalan. Baginda sampai di Quba' pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, tahun pertama Hijrah. Ia bersamaan dengan 23 September 622M. Baginda berada di Quba' selama empat hari, iaitu hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Pada hari kelima, iaitu hari Jumaat, 12 Rabiul Awwal, baginda sampai ke Madinah. (Ringkasan kitab ar-Rahiqul Makhtum, m/s 154-166).

Persoalannya, kenapakah hijrah dimulakan pada bulan Muharram, sedangkan hijrah Rasul berlaku pada bulan Rabiul Awwal? Sebenarnya, permulaan bilangan tahun hijrah, sekalipun dihitung bermula dengan hijrah Rasul, namun ia hanya bermula pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a. iaitu pada tahun ke 17 Hijrah. Ada juga yang menyatakan pada Rabiul Awwal tahun ke 16 hijrah (1). Sebelum dari tarikh tersebut, umat Islam sudahpun mempunyai nama-nama bulan, namun mereka tidak menentukan tahunnya.

Terdapat banyak faktor yang mendorong Saidina Umar menentukan tarikh, antaranya ialah kerana kerana Saidina Umar menerima satu surat tentang pengumpulan harta, dan ia bertulis pada bulan Sya'ban. Beliau bertanya: Sya'ban yang mana satu, Sya'ban yang lepas, atau Sya'ban sekarang, atau Sya'ban akan datang? Ada juga yang menyatakan bahawa orang pertama yang menulis tentang tarikh ialah Ya'la bin Umayyah r.a.. Beliau telah menulis surat dari Yaman, kepada Saidina Umar dengan menulis tarikh, dan Saidina Umar menganggap baik perkara tersebut, akhirnya beliau ingin memulakan penentuan tarikh. Antara faktornya juga ialah Abu Musa al-Asy'ari telah menulis satu surat kepada Saidina Umar, menyatakan bahawa telah sampai kepada beliau banyak surat-surat daripada Saidina Umar tanpa tarikh (dan ini boleh menimbulkan kekeliruan). Lalu Saidina Umar mengumpulkan para sahabat untuk membincangkan tentang penentuan tarikh.

Setelah Saidina Umar r.a. mengumpulkan para sahabat untuk menentukan permulaan tarikh, timbul empat cadangan dalam menentukan permulaan tahun Islam. Empat perkara tersebut ialah daripada tarikh kelahiran baginda, atau dari tarikh baginda dibangkitkan menjadi rasul, dari tarikh hijrah atau dari tarikh kewafatan baginda. Lalu akhirnya mereka sepakat untuk menjadikan hijrah Rasul sebagai asas permulaan tarikh Islam. Mereka tidak menjadikan tarikh kelahiran dan kebangkitan sebagai asas, kerana terdapat khilaf tentang bilakah kedua-dua peristiwa tersebut berlaku. Dan tarikh kewafatan pula, sekalipun jelas waktunya, adalah tidak sesuai dijadikan permulaan tarikh, kerana ia merupakan tarikh yang amat menyedihkan. Jadi tidak sesuai tarikh yang sedar diambil untuk diulang-ulangi sebutannya. Kerana itulah peristiwa hijrah adalah peristiwa yang paling sesuai untuk dijadikan asas permulaan tarikh. Kerana inilah, bila timbulnya pelbagai pendapat tentang bilakah asas yang sesuai untuk dimulakan tarikh, Saidina Umar menyatakan kata-katanya yang masyhur,

الهجرة فرقت بين الحق والباطل، فأرخوا بها

“ Hijrahlah yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Maka jadikanlah ia asas permulaan tarikh ”.

Berkata al-Imam as-Suhaili, para sahabat sebenarnya mengambil asas tahun hijrah berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah Ayat 108 yang bermaksud:

“ Sesungguhnya masjid yang diasaskan di atas ketaqwaan (Masjid Quba') sejak dari hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya ”. Surah at-Taubah: 108. Terangnya lagi: “ Ini kerana sudah jelas bahawa hari tersebut bukanlah hari pertama yang sebenar (permulaan umur dunia). Bahkan hari pertama yang disandarkan kepada sesuatu yang tidak dinyatakan dalam ayat tersebut, iaitu zaman pertama kemenangan Islam, dan zaman pertama Nabi s.a.w. boleh beribadah dengan aman (tanpa sebarang gangguan) dan zaman permulaan pembinaan masjid ”. Kerana itulah sepakat para sahabat memulakan tahun Islam dengan tarikh hijrah, iaitu hari pertama Nabi s.a.w. dan para sahabat memasuki Madinah.

Dan setelah para sahabat sepakat untuk menjadikan peristiwa hijrah sebagai asas permulaan tahun Islam, mereka membincangkan pula, tentang dari bulan manakah kita akan mulakan perhitungan tahun. Maka timbullah pelbagai pendapat. Ada yang mencadangkan supaya dimulakan dengan rejab, dan ada pula dengan ramadhan. Namun Saidina Usman mencadangkan supaya dimulakan dengan bulan muharram. Antara alasannya ialah ia adalah bulan haram (bulan yang dihormati oleh masyarakat arab, kerana diharamkan berperang padanya), dan ia juga adalah masa kembalinya para jemaah daripada menunaikan ibadah haji. Dan antara sahabat yang juga mencadangkan bulan muharram ialah Saidina Umar dan Saidina Ali. Akhirnya, mereka telah memilih bulan muharram sebagai permulaan tahun hijrah, dan bukannya rabiul awwal. Dan antara sebab yang mungkin paling tepat kerana memilih bulan muharram dan bukannya bulan rabiul awwal ialah, kerana permulaan keazaman untuk berhijrah adalah pada bulan muharram. Ini kerana perjanjian Aqabah berlaku pada bulan zulhijjah. Dan perjanjian tersebutlah yang membawa kepada peristiwa hijrah. Dan bulan pertama yang muncul setelah zulhijjah ialah muharram, kerana itu sesuai dijadikan muharram sebagai bulan pertama, kalendar tahun umat Islam.

Inilah sebahagian fakta yang berkaitan dengan persoalan tarikh hijrah. Semoga fakta ini, sedikit sebanyak menghilangkan kekeliruan tentang persoalan bilakah sebenarnya berlaku peristiwa hijrah Nabi s.a.w. Hijrah sebenarnya mengingatkan kita tentang pengorbanan dan matlamat perjuangan umat Islam. Hijrah juga menginsafkan kita bahawa kita sentiasa bergerak menuju Allah SWT. Kerana itu kita sentiasa perlu menambahkan kebaikan dan amal soleh kita. Orang yang berhijrah adalah orang yang berusaha meninggalkan dosa-dosa dan maksiat. Dan perkara itu tidak akan tercapai melainkan dengan keazaman yang tinggi. Sama-samalah kita berhijrah kerana Allah untuk sampai kepada Allah. Dan ingatlah bahawa orang yang berhijrah sentiasa memerlukan bimbingan Allah dalam hijrahnya menuju Allah. Hijrah bukan kerana Allah adalh sia-sia,dan hijrah tanpa bimbingan Allah, tidak akan sampai ke destinasinya.

• Sumber utama artikel ini ialah kitab Fathul Bari, Syarah Sohih Bukhari. (Kitab Manaqib al-Ansar, bab at-Tarikh, juz 7, m/s 341, 342).

(1) Berdasarkan peristiwa ini, kita berpendapat bahawa fadhilat yang dinyatakan dalam membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun adalah palsu. Ini kerana pada zaman baginda, belum ditentukan lagi permulaan tahun. Dan tiada yang boleh menyatakan fadhilat seseuatu kecuali Allah dan rasulNya. Dan sesungguhnya agama Islam itu sudah sempurna. Dan amalan tersebut tiada dijumpai asasnya dalam kitab-kitab hadis.



Maklumat Penulis:

Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail
Sarjana Muda Syariah & Pengajian Islam, Univ. Mu'tah, Jordan.
tasekpauh.blogspot.com
UPI, KIAS
0136353463

SEJARAH RINGKAS IBNU KHALDUN: SARJANA MUSLIM SEPANJANG ZAMAN

Disediakan oleh:
Wazi bin Othman
Pensyarah KIAS



Nama beliau ialah Waliuddin Abu Zaid Abdul Rahman ibn Khalid ibn al-Khattab yang dikenali sebagai ibn Khaldun adalah seorang tokoh besar yang lahir pada abad ke 8H yang menjadi pencetus kepada perkembangan pelbagai sumber ilmu pengetahuan. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang berlatarbelakangkan ulama' dan umara' pada tahun 1332 M di Tunisia.

Beliau memulakan pengajian di bawah seliaan bapanya sendiri dengan pelbagai cabang disiplin ilmu. Kemudian beliau beralih pula kepada disiplin ilmu logik dan falsafah. Selepas itu beliau mula terjun dalam kancah politik secara langsung berdasarkan hubungan yang sangat erat dengan keluarga Sultan Maghribi. Selepas tiga tahun belau memegang jawatan dalam kerajaan beliau telah berpondah ke Bandar Fes Tunisia dan ke Granada . Selepas lama merantau beliau memilih untuk mengasingkan diri di maghiribi dengan bani al-Arif. Di sinilah beliau mula menghasilkam karyanya yang agung “ Mukaddimah ” yang menjadi rujukan sarjana Timur dan Barat.

Mukaddimah merupakan juzuk pertama dari karyanya “ al-Ibar “ yang membincangkan sejarah tamadun manusia serta perkembangannya. Buku ini menunjukkan kepada kita betapa luasnya ilmu yang dimilikinya di mana karya Mukaddimah ini diadun dengan pengalamannya semasa memegang jawatan dalam kerajaan dalam pelbagai jurusan dan pengembaraan ilmu. Sebab itulah kita dapati karya ini sangat teliti penulisannya. Beliau amat dikenali sebagai pengasas kepada ilmu sosial yang masih dikaji oleh para interlektual hingga ke hari ini. Menurut pandangannya, masyarakat yang kurang maju dari sudut sosio masyarakatnya lebih bersifat fanatik perkauman berbanding masyarakat yang maju yang jarang kedengaran berlakunya sentimen perkauman. Begitu juga dalam soal pendidikan yang dapat membentuk peribadi masyarakat madani boleh dibentuk dengan banyak mencontohi tokoh-tokoh ilmuan yang terkenal sebagai sumber inspirasi dan motivasi diri.

Beliau boleh dianggap sebagai sarjana penamat yang lahir pada zaman klasik. Sumbangannya dalam bidang kemasyarakatan tiada tolak bandingnya. Beliau wafat pada tahun 807 H/1406 M di Kaherah Mesir.

Thursday, October 22, 2009

Salam Peperiksaan

Sekarang tiba masa untuk kita semua sebagai mahasiswa menghadapi taufan dan ribut exam.Nah sekarang masing-masing sibuk mencari nota membelek nota,membaca buku dan tidak kurang juga ada yang menghafal formula-formula serta dalil-dalil sebagai bekalan menghadapi peperiksaan.

Bagaimanapun sudahkah kita betul-betul bersedia,tepuk dada tayalah diri sendiri.Mengambil kata-kata hukama' dan cendkiawan Islam untuk berjaya 2 perkara yang penting dalam mengisi kejayaan dan keilmuan yang kita pelajari :

1) Syariatullah - sebagai seorang muslim kita tidak dapat lari dari kebergantungan kita kepada Yang Maha Berkuasa.Jadi hendaklah kita meletakkan diri kita yang lemah serta asal dari keadaan jahil ini bahawa Allah s.w.t yang menganugerahkan kita segala hikmah kebijaksanaan dan ilmu.Bagaimanapun syarat pertama inilah yang kita pandang enteng dan mudah dan ada yang menyalahkan tuhan apabila keputusan yang keluar tidak seperti yang kita impikan sedangkan kita selalu bermunajat kepada-Nya.Namun mesti kita kena ingat dunia ni adalah tempat ujian bagi hamba-Nya.

2) Sunnatullah-Setiap perkara termasuk kejayaan tidak datang dengan sendiri melainkan kehendak Allah.Jadi tidak ada kejayaan melainkan ada usaha.Menjadi sunnatullah untuk memperolehi sesuatu perlu berusaha terlebih dahulu.Bab ni ramai yang mempercayainya kerana ia bersifat zahir dan praktikal.


Akhir kata dari penulis agr kita semua dapat menempuhi peperiksaan dengan baik dan sentiasa mengharapkan pertolongan dari Allah.Yang penting bukanlah keputusan sangat yang kita kejar tapi setiap ilmu yang diperolehi itu menjadi perkara utama untuk kita guna selepas pada ini.Salam Kebangkitan,Salam Imtihan,Salam keberkatan Ilmu.
InsyaAllah....

Sunday, October 11, 2009

Gelombang Usrah



Dewasa ini banyak perkara yang bertentangan dengan Islam dilakukan dengan sewenang-wenangnya dan di pamerkan di kalayak umum tanpa sedikit pun malu padahal jelas tidak mengikut syariat.Tambahan pula tidak di endahkan pihak berwajib yang mempunyai kuasa untuk menegah perkara itu.

Namun apabila di anjurkan sesuatu yang bermanfaat mentah-mentah di sekat dan ada yang di denda serta bermacam karenah birokrasi yang timbul apabila nak menganjurkan perkara keagamaan.Yang sedih sekali orang Islam sendiri yang terlibat dalam menghalang usaha-usaha murni sahabat-sahabat yang ingin membuat perkara baik.

Realiti telah menjadi sunnatullah kerja-kerja dakwah dan menggerakkan jamaah Islam akan diuji dengan mehnah tribulasi serta cubaan dan dugaan.Sahabat seperjuangan inilah kepahitan yang ingin Allah duga hambanya adakah kita akan terus malap dalam mengerjakan usaha dakwah ini atau meneruskan usaha walaupun diancam bermacam-macam perkara.

Usrah adalah merupakan sunnah rasulullah yang mana apabila Baginda diutus menjadi rasul Baginda telah mencari jalan untuk menyebarkan Islam kepada masyarakat pada waktu itu.Alhamdulillah setelah berjaya mengIslamkan keluarga terdekat Baginda rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam dipilih oleh rasulullah sebagai center atau pusat untuk mengadakan usrah dengan menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat.

Usrah telah menjadi amalan para sahabat Baginda seterusnya para tabiin dan tabi' tabiin sehinggalah ke hari ini.Usrah adalah dari bahasa arab yang bermaksud keluarga kerana perkataan keluarga lebih mendekatkan diri antara individu ang terlibat dalam usrah.Manakala usrah mempunyai banyak definisi antaranya usrah ialah satu kumpulan yang di ketuai oleh seorang da'ie dan beberapa orang ahli yang berkumpul untuk membincangkan tentang Islam dan isu-isu semasa.

Sebenarnya usrah mempunyai pengertian yang lebih luas contohnya mengambil kata-kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna yang dikatakan mujaddid kurun ke-19 yang mana telah dijanjikan oleh rasulullah akan lahir setiap 100 tahun mujaddid yang akan membawa sinar Islam.Menurutnya usrah bukanlah apa kita bincangkan dalam kumpulan tetapi usrah adalah yang lahir dari perbuatan sahabat-sahabat setelah berakhir usrah itu.Dalam erti kata yang sebenar mengamalkan segala yang kita pelajari dari usrah tersebut serta diterjemahkan kepada masyarakat.

Ayuh sahabat-sahabat kita teruskan usaha murni ini dengan memperlebarkan lagi tarbiah kita yang menjadi pengikat ukhuwwah di antara umat Islam.Tidak perlu lagi kita takut dan gerun dengan ancaman oleh segelintir manusia yang rosak hatinya.Yakinlah sinar Islam akan kembali gemilang sekiranya dua perkara yang wujud dalam diri seluruh umat Islam iaitu Keimanan dan Kesatuan.Jadi untuk merealisasikan perkara ini marilah kita sama-sama mewujudkan gelombang usrah.Kembalikan zaman kegemilangan Islam yang kita rindui.

Islam untuk semua.

Apa itu SPKG???

Ia adalah hasil pembelajaran berbentuk tingkah laku yang diukur melalui sistem dalam talian yang dibina di UKM.

spkgHASIL PEMBELAJARAN PROGRAM BERASASKAN BIDANG PENGAJIAN (15 HP)

Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) telah diperkenalkan kepada pelajar Tahun 1 sesi akademik 2008/2009. Sistem ini dibangunkan bagi membuat penilaian Kompetensi Generik (KG) pelajar, memantau proses penilaian KG dan megawal selia proses penilaian tersebut yang mana objektifnya ialah:

1. Memudahkan pengguna dalam mencapai maklumat secara interaktif dan mendapatkan maklumat yang mempunyai ciri-ciri mesra pengguna
2. Memudahkan penilai untuk mencapai maklumat pelajar yang hendak dinilai.
3. Membolehkan pihak pentadbir atau urusetia memantau kelancaran perjalanan proses penilaian.
4. Mengurangkan masa penilaian pelajar berbanding menggunakan kertas.

Pada akhir pengajian pelajar akan mendapat Diploma Supplement untuk memaparkan PNGK KG yang diperolehi sepanjang berada di UKM. Kompetensi generik pula ialah kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan graduan yang mempunyai ciri kebolehpasaran yang tinggi. Ia adalah hasil pembelajaran berbentuk tingkahlaku yang diukur melalui sistem dalam talian yang dibina di UKM. Aspek yang dinilai dalam pemarkahan termasuklah:


*
o HPP1- Pengetahuan
o HPP2- Amali dan Psikomotor
o HPP3 – Tanggungjawab Sosial
o HPP4 – Menghargai Alam Sekitar
o HPP5 – Etika, Moral dan Profesionalisme
o HPP6 – Kerohanian
o HPP7 – Komunikasi
o HPP8 – Kepimpinan
o HPP9 – Kerja Berpasukan
o HPP10 – Kaedah Saintifik, Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Autonomi Dalam Pembuatan Keputusan
o HPP11 – Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
o HPP12 – Pembelajaran Sepanjang Hayat
o HPP13 – Kemahiran Globalisasi
o HPP14 – Kemahiran Keusahawanan
o HPP15 – Kemahiran Pengurusan

Siapa yang akan mengukur SPKG

1. Fakulti
2. PPP(Pusat perkembangan Pelajar)
3. Kolej
4. Sistem merit pelajar
5. Penilaian kendiri
6. PPU(Pusat Pengajian Umum)

Pembahagian Pengukuran SPKG UKM

Kolej (51%)

Fakulti (13%)

PPP(13%)

PPU (13%)

Merit Pelajar (5%)

Penilaian Kendiri (5%)

Bagaimana Penilaian Dilakukan

KOLEJ (51%)

* Penilaian akan dilakukan secara berkumpulan menggunakan sistem mentoran SPKG
* Pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan mentoran dan penilaian hasil pembelajaran projek akan di laksanakan berdasarkan aktiviti, projek yang dilakukan di kolej kediaman.
* Penilai adalah terdiri dari pengetua kolej, timbalan pengetua kolej, pengurus dan felo

FAKULTI (13%)

* Penilaian dilakukan secara berkumpulan menggunakan sistem mentoran generik fakulti.
* Pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan mentoran dan penilaian hasil pembelajaran program akan dilaksanakan berdasarkan interaksi pelajar dengan mentor semasa aktiviti perjumpaan.
* Penilai terdiri dari pensyarah yang dilantik sebagai mentor
* Setiap pensyarah mempunyai antara 5 hingga 8 mentee

PPP dan PPU (setiapnya 13%)

* Pelajar dibahagikan mengikut set kursus
* Setiap kursus akan dikendalikan seorang pensyarah
* Pensyarah akan membuat penilaian Kompetensi Generik berdasarkan aktiviti yang dijalankan dalam kursus yang dikendalikan

Merit Aktiviti Pelajar dan Laporan Kendiri Pelajar (setiapnya 5%)

* Pelajar akan diminta memasukan senarai projek, jawatan yang disandang dan aktiviti yang dilakukan dalam sistem merit Aktiviti Pelajar.
* Pemarkahan akan diberikan kepada setiap aktiviti dan jawatan yang disandang
* Pelajar juga diminta menilai diri sendiri menggunakan SPKG pelajar
* Laporan kendiri akan menggunakan sistem secara talian.

Posted on October 7, 2009 by nadi-ukm

Tuesday, September 15, 2009

Kedatangan Ramadhan di rindui pemergiannya di ingati

Ramadhan datang dan pergi dengan cepat dirasai.Seluruh para syaitan dan iblis galak menunggu di lepaskan.Tak sabar lagi untuk menggoda dan menakluk hamba-hamba Allah ke arah kebinasaan neraka bersama-sama mereka.Namun hamba Allah tetap gembira,lega,dan tak sabar menunggu perayaan.

Mungkin itulah yang kita dilatih sejak kecil lg bila raya dapat duit tak perlu puasa lagi horrey horrey....ish ish...NAmun berapa orang hamba Allah yg memikirkan sejauhmanakah penerimaan puasa dan ibadat mereka sepanjang bulan puasa.

Adakah niat kita utk katam Quran tercapai?solat terawaih setiap malam?dapat buat tahajjud berape banyak?mungkin kita fikir alah ni sunat je bukan bayak pahala pun nauzubillah....aku buat by prkra besar lg... apa dia?betul ke kita buat dengan baik?tidakkah kita diajar bermula dengan kecil sesuai dengan kita.Bolehkah kita dpt kemenangan dengan mudah jika perkara yg dianggap kecil ni kita biarkan...

Kita sedia maklum panglima perang Salib pihak Islam pada ketika itu Salahuddin Ayyub memeriksa setiap askar n pejuang Islamnya pada waktu malam semata-mata untuk melihat sejauhmanakah hubungan mereka dengan pencipta dan pemilik segala sesuatu Allah rabbuljalil.Apa kecil lagikah perkara sunat ni?Askarnya yang tidak solat malam tidak dibenarkan berperang bersama-sama...Nah apa lagi yg kita nk bangggakan...

Bukanlah yang menulis ni baik dan sentiasa melakukan perkara sunat...namun kita semua pejuang Islam harus sedar dengan perkara ini....penulis berpesan kepada diri sendiri yg dhaif ini dan sahabat yang sentiasa berpenat-lelah untuk memastikan kemenangan Islam tertegak di setiap pelusuk dan ceruk tempat di bumi Allah ni untuk kita bermuhasabah sempena pemergian Ramadhan al-Mubarak dan sebelum kita menyambut kemenangan adakah Allah menerima amalan kita ni?

Akhir tinta marilah sama-sama beristigfar dan bermunajat kepada Allah dengan setiap dosa yang kita lakukan yang menghalang ibadat kita diterima Allah dan segala perjuangan kita diberi petunjuk dan jalan yang lurus demi kemenangan Islam serta pertolongan yang berterusan dari maha Besar....Takbiiiir!!!!!Takbiiiiir!!!!


sekian siru 'Ala barakatillah...

Thursday, September 3, 2009

FAHAMAN WAHHABI

Fahaman Wahhabi merupakan satu gerakan yang bertujuan untuk memurnikan perilaku umat Islam yang telah menyimpang daripada tuntutan agama yang sebenar. Ia mula diperkenalkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Fahaman keagamaan ini menyarankan agar kaum Muslim kembali kepada ajaran Islam murni seperti yang termuat dalam al-Quran dan Sunnah.

Melihat kaum Muslim pada zamannya sudah banyak menyimpang, Abdul Wahab menekankan kembali ajaran tauhid dan mengecam keras perlakuan yang mengotori kesucian tauhid seperti tawassul (doa dengan perantaraan orang atau benda supaya cepat makbul), ziarah kubur dan bidaah. Fahaman keagamaan ini kemudian berkembang menjadi gerakan sosial dan politik ketika Abdul Wahab bersekutu dengan Muhammad bin Sa’ud atau Ibnu Sa’ud, pemimpin dari Dinasti Sa’ud. Pada awal abad ke-20, persekutuan itu berhasil mendirikan negara Arab Saudi, yang menerapkan Wahhabi sebagai fahaman rasmi negara.

Abdul Wahab pengasas fahaman Wahhabi, lahir pada tahun 1703 di Nejd. Dia mendapat pendidikan agama dan belajar di Madinah. Setelah itu, Abdul Wahab meneruskan pengajian ke Suriah (Syria), Iraq, Kurdistan dan Parsi. Dia kembali ke Tanah Arab dan mula menyebarkan fahaman Islam yang murni, iaitu meyerukan agar kaum Muslim kembali kepada ajaran Islam seperti dalam al-Quran dan hadis. Ketika menetap di Daryah, dia menjadi pemimpin agama Dinasti Sa’ud. Pada masa itu, Dinasti Sa’ud merupakan sebuah kuasa tempatan yang sedang berusaha melebar dan memperluaskan pengaruh. Abdul Wahab telah mengambil kesempatan menandatangani satu `perjanjian kerjasama’ dengan Ibnu Sa’ud. Abdul Wahab dan para pengikutnya akan menyokong usaha Dinasti Sa’ud untuk memperluaskan pengaruh mereka.

Sebagai balasan, Dinasti Sa’ud akan menyebarkan ajaran Islam mengikut fahaman Abdul Wahab. Usaha ini berhasil dilaksanakan dengan sempurna pada awal abad ke-20. Abdul Wahab kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1787.

Timbulnya gerakan ini tidak dapat dilepaskan daripada keadaan politik, perilaku keagamaan, dan sosial ekonomi umat Islam. Dari segi politik, umat Islam di seluruh kawasan kekuasaan Islam berada dalam keadaan yang lemah. Turki Uthmaniah (kerajaan Uthmaniah) yang menjadi penguasa tunggal Islam pada saat itu sedang mengalami kemunduran dalam segala bidang. Banyak daerah kekuasaannya yang melepaskan diri, terutama daerah-daerah di daratan Eropah. Kelemahan ini juga menyebabkan kekacauan politik di daerah-daerah Timur (Arab, Parsi dan lain-lain). Keadaan ini menyebabkan timbulnya negara-negara kecil yang berusaha menguasai daerah-daerah tertentu.

Di samping kelemahan politik, perilaku keagamaan umat Islam pada masa itu merupakan faktor utama yang paling mendorong munculnya gerakan ini. Pada ketika itu, terutama di Semenanjung Arab, telah terjadi penyelewengan dalam memahami al-Quran. Semangat keilmuan yang pernah muncul pada zaman klasik telah pudar dan digantikan dengan sikap cenderung kepada perkara-perkara mistik.

Menurut Wahhabi, tauhid yang diajarkan Rasulullah s.a.w telah diselubungi kurafat dan fahaman kesufian. Masjid-masjid banyak ditinggalkan kerana rata-rata mereka lebih cenderung menghias diri dengan azimat, penangkal penyakit dan tasbih. Mereka belajar daripada seorang fakir atau darwis serta memuja mereka sebagai orang-orang suci dan sebagai perantara mendekati Tuhan.

Dalam keyakinan mereka, Tuhan terlalu jauh untuk dicapai manusia melalui ‘pemujaan’ secara langsung. Tidak hanya kepada guru yang masih hidup, kepada yang sudah mati pun mereka memohon perantaraan. Sebahagian umat Islam sudah meninggalkan akhlak yang diajarkan al-Quran, bahkan banyak yang tidak menghiraukannya lagi. Kota-kota suci Mekah dan Madinah telah menjadi tempat yang penuh dengan penyimpangan akidah, sementara ibadah haji telah menjadi amalan yang leceh dan ringan. Kabilah-kabilah yang kuat dapat menguasai jalur perdagangan utama, sedangkan penduduk awam pada umumnya berada dalam serba kekurangan. Pertanian dan penternakan yang merupakan mata pencarian utama kebanyakan penduduk tidak dapat menjamin kehidupan ekonomi mereka. Hal ini disebabkan oleh keadaan kekacauan, peperangan, perompakan yang dilakukan oleh kabilah-kabilah lain. Akibatnya, penduduk Nejd dan Semenanjung Arab kebanyakan hidup dalam kemiskinan.

Di tengah-tengah kancah kehidupan yang demikian lahirlah Wahhabi sebagai gerakan keagamaan yang berusaha memurnikan agama Islam dari segala aspek seperti yang dituntut al-Quran.

Tema utama dalam fahaman Wahhabi adalah tauhid, yang dianggap oleh Abdul Wahab sebagai inti paling pokok dalam agama Islam. Menurutnya, keesaan Allah s.w.t. itu terserlah dalam tiga aspek.

Pertama, tauhid rububiyah iaitu penegasan mengenai kesatuan Tuhan dan segala tindakan-Nya. Hanya Tuhanlah Maha Pencipta, Pemilik, dan Pemelihara alam semesta. Kedua, tauhid al-asma’ wa as-sifah (kesatuan nama dan sifat), yang tertumpu kepada sifat Allah. Ketiga, tauhid Ilahiah iaitu penegasan bahawa segala ibadah ditujukan semata-mata hanya kepada Allah.

Kaum Wahhabi juga mengecam amalan yang banyak dilakukan oleh kaum Muslim untuk meminta tolong kepada arwah orang-orang suci yang sudah mati, agar ibadah mereka diterima. Menjadikan Nabi Muhammad perantaraan antara seorang Muslim dan Allah juga tidak dibenarkan, kerana Nabi Muhammad tidak dapat memberi petunjuk kepada siapa pun yang disukai kecuali dengan izin Allah dan juga tidak diizinkan oleh Allah untuk memohon pengampunan bagi orang-orang musyrik.

Para pengikut aliran dan gerakan Wahhabi menamakan diri mereka `Muwahhidun’ atau `Muwahhidin’, yang bererti “mereka yang mengesakan Allah”. Sebutan “Wahhabi” sebenarnya berasal daripada lawan mereka, yang kemudian digunakan secara popular di Barat dan dunia pada umumnya.

Usaha untuk menyebarkan fahaman Wahhabi dan memperluas Dinasti Sa’ud mengalami pasang surut yang panjang. Usaha ini pernah menemui kegagalan pada beberapa dinasti keluarga Abdul Wahab dan Dinasti Sa’ud. Ia mula menampakkan kejayaan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ketika itu seluruh wilayah Hijaz telah dikuasai oleh fahaman ini. Pada tahun 1924, mereka akhirnya berhasil menguasai kota Mekah. Pada tahun berikutnya sekitar tahun 1925, mereka juga berjaya menguasai Madinah dan Jeddah.

Pada ketika itulah mereka mula mendirikan kerajaan Arab Saudi (al-Mamlakah al-Arabiah as-Saudi) dan menerapkan Wahhabi sebagai fahaman rasmi negara.

Bagi kaum Wahhabi, menjadi seorang Muslim tidak cukup hanya dengan menyebut dua kalimah syahadah. Lafaz syahadah itu tidak menjamin kaum Muslim bebas daripada melaku atau mengamalkan perkara-perkara syirik. Orang yang sudah mengucapkan syahadah, tetapi masih mengamalkan hal-hal yang berkaitan dengan amalan syirik (menyekutukan Allah), dicap sebagai orang kafir.

Kerana keyakinan teguh akan bahaya tawassul, kaum Wahhabi mengecam hebat amalan ziarah kubur atau pendirian bangunan di sekitar makam. Menurut Abdul Wahab, sebenarnya amalan menziarahi kubur merupakan perbuatan mulia dan bersifat soleh jika dilaksanakan sesuai dengan semangat ajaran Islam. Namun, kaum Wahhabi melihat bahawa amalan itu mendatangkan kesan buruk kerana menjurus kepada pemujaan bahkan penyembahan tokoh yang sudah mati. Oleh yang demikian, kaum Wahhabi berpendapat bahawa makam yang digunakan untuk tujuan pemujaan itu harus atau wajib dibongkar atau dimusnahkan.

Fahaman Wahhabi ini tersebar luas melalui sokongan pemerintah sehingga mencakupi luar negara. Fahaman Wahhabi juga disebarkan kepada kaum Muslim yang setiap tahun menunaikan ibadah haji ke Mekah. Namun demikian, pengaruh fahaman ini cukup terbatas kecuali di India dan Afghanistan, fahaman atau pengaruh Wahhabi begitu kuat dan kental.

Kaum Wahhabi juga mengambil berat tentang permasalahan bidaah. Bagi mereka, bidaah adalah segala ajaran atau amalan yang bukan berdasarkan daripada al-Quran, hadis dan teladan para sahabat Nabi Muhammad. Abdul Wahab menolak segala bentuk pembaharuan dan menolak pandangan yang menyatakan bahawa sesuatu yang baru itu boleh dilaksanakan sekiranya ia baik dan patut dihargai. Oleh sebab itu, mereka menolak amalan seperti perayaan Maulidur Rasul.

Kaum Wahhabi meletakkan ijtihad itu satu keharusan. Pintu ijtihad tidak pernah tertutup pada pandangan mereka, dan perbuatan taklid adalah dilarang. Mereka menyeru agar kaum muslim mengikut sepenuhnya ajaran al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad hinggakan mereka menolak semua ketetapan keempat-empat mazhab dalam persoalan hukum-hukum (Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki). Biarpun mereka secara umumnya mengikuti ketetapan atau panduan dalam mazhab Hanbali, mereka tetap melakukan ijtihad sendiri jika ketetapan mazhab itu dianggap bertentangan dengan al-Quran dan sunnah.

Fahaman Wahhabi mempunyai dua inti ajaran, iaitu yang pertama, kembali kepada ajaran yang asli. Ia bermaksud, kaum Muslim mesti kembali kepada ajaran Islam yang dianut dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, sahabat dan para tabiin.

Kedua, prinsip yang berhubungan dengan masalah tauhid. Pemikiran yang dicetuskan oleh Abdul Wahab ini sebenarnya merupakan reaksi terhadap suasana ketauhidan yang telah dirosakkan oleh fahaman-fahaman musyrik, bukan disebabkan oleh impak gerakan politik.

Sebagai usaha melakukan pemurnian tauhid ini, secara khususnya Ibnu Abdul Wahab menyusun Kitab at-Tauhid yang berlegar sekitar permasalahan tauhid, syirik, dan lain-lain dan bersangkutan dengan masalah akidah Islam. Menurutnya, kalimah `Lailahaillallah‘ (tidak ada Tuhan selain Allah) tidak cukup hanya diucap, tetapi harus dimanifestasikan dengan `Lamabudillallah‘ (tidak ada yang disembah kecuali Allah).

Melalui prinsip tauhid sebegini, Muhammad bin Abdul Wahab menyerang dan menghapus semua amalan buruk yang terdapat dalam masyarakat Arab. Menurutnya, orang yang menyembah selain Allah telah menjadi musyrik dan boleh dibunuh. Hal-hal yang termasuk syirik adalah meminta pertolongan bukan lagi kepada Allah tetapi kepada syeikh, wali, atau kekuatan ghaib, tawassul (berdoa dengan perantaraan syeikh tarekat atau wali) dengan menyebut nama nabi atau malaikat sebagai memohon syafaat selain daripada Allah.

Dalam usaha memurnikan ajaran tauhid ini, para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab merobohkan kubur-kubur biasa dikunjungi oleh mereka yang ingin meminta syafaat daripada orang yang telah dikuburkan. Pada tahun 1802, mereka menyerang Karbala kerana di kota ini terdapat kubur Saidina Hussein bin Ali bin Abi Talib, yang sangat dipuja oleh golongan Syiah. Beberapa tahun kemudian mereka menyerang Madinah dan menghancurkan kubah yang terdapat di atas makam-makam. Hiasan-hiasan yang ada di kuburan Nabi Muhammad juga dirosakkan. Mereka kemudiannya menyerang Mekah, dan di sini `kiswah’ (kain sutera) yang menutup Kaabah juga dirosakkan. Semua itu dianggap bidaah.

Dan di antara inti ajaran tauhid Muhammad bin Abdul Wahab yang lain iaitu meminta syafaat selain kepada Tuhan juga syirik, bernazar selain Tuhan juga syirik, memperoleh pengetahuan selain al-Quran dan hadis merupakan kekufuran, tidak percaya kepada kadar Tuhan juga merupakan kekufuran, demikian pula, mentafsirkan al-Quran dengan takwil adalah kafir.Oleh SITI SALIHA SIRIN

AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Sebaik-baik amalan di bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah”.

Oleh itu pada bulan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa melakukan sebanyak mungkin amalan kebajikan selagi mampu kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Antara amalan yang boleh boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat dan terawih secara berjamaah di surau atau di masjid, sedekah dan bersahur. Ini kerana ada sebuah hadis yang menyebut bahawa:

“Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadah 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya”.

Selain itu, terdapat juga hadis dari Jabir dari Nabi s.a.w:
“Apabila malam terakhir dari bulan Ramadhan datang, maka menangislah seluruh langit, bumi dan para malaikat, kerana musibah yang akan menimpa umat Muhammad” Rasulullah s.a.w ditanya: “Musibah apakah ya Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab: “Perginya bulan Ramadhan, kerana di dalam bulan Ramadhan itu semua doa-doa dikabulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipatgandakan pahalanya serta seksa pun dihentikan”. “Apakah ada musibah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan?”, “Kalau semua langit dan bumi menangis demi kepentingan kita, maka tentu kita lebih banyak menangis dan lebih menyayangkannya kerana terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan”.


Hadis ini menunjukkan bahawa amalan-amalan orang yang berpuasa sentiasa dalam pemerhatian Allah S.W.T. dan barangsiapa yang banyak berdoa dan ikhlas dalam amalannya, nescaya Allah akan memakbulkan doa orang-orang yang bertakwa.
Seterusnya terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya:
“Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir”, kata seorang sahabat, “Ya Rasulullah! Adakah kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?”, Jawab Nabi: “Mereka juga adalah makhluk Allah. Hakikatnya sedekah itu jatuh pada tangan Tuhan Yang Maha Merahmati”.

Ini menjelaskan bahawa amalan bersedekah ini sangat dimuliakan di sisi Allah walaupun sedekah tersebut dihulurkan kepada orang kafir. Ini kerana yang dinilaikan di sisi Allah ialah keikhlasan hati seseorang dalam menghulurkan hartanya kepada orang lain dan keikhlasannya dalam melaksanakan sesuatu ibadah.

Ianya juga meneladani sifat Ar Rahman dan Ar Rahim di sisi Allah S.W.T, di mana dengan sifat Ar-Rahman iaitu penyayangnya Allah kepada makhluk di syariatkan sedekah yang boleh diluaskan pemberiannya kepada semua makhluk sekalipun kafir. Begitu juga dengan sifat Ar Rahim iaitu Maha Pengasihnya Allah kepada orang-orang yang beriman kepadaNya, dikiaskan dengan perlaksanaan ibadah zakat yang hanya dikhususkan kepada umat Islam memberi dan menerimanya.

Sesungguhnya Islam itu tidak membebankan hambanya. Oleh itu orang yang berpuasa juga digalakkan melakukan amalan bersahur pada pertengahan malam sehingga terbit fajar dan sunat dilewatkan. Ini bagi mengelakkan mereka dari merasa lapar ketika melakukan ibadah puasa pada keesokan harinya.

Dari Zaid bin Thabit berkata: “Kami bersahur bersama Rasulullah s.a.w, lalu kami berdiri untuk menunaikan solat, saya bertanya: “Berapakah jarak antara keduanya?” Ujar Nabi s.a.w: “50 ayat (lebih kurang 15 minit)”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

أهلا يا رمضان
Ihsan Mimbar Ulama

CIRI CIRI JEMAAH ISLAM

1. Dasar perjuangan jemaah tersebut ialah Islam
Kita telah diperintahkan oleh Allah dan kita juga telah meyakini bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap dan menyeluruh seperti mana yang telah di sebut dalam ayat terakhir yang diturunkan oleh Allah swt: Maksudnya: "Hari ini telah aku sempurnakan bugi kamu agama kumu,telah aku cukupkan keatasmu, nikmatku dan aku redhakan Islam itu sebagai cara hidip kamu yang sebenar". (Surah al-Maidah ayat:3)

Di atas dasar keyakinan ini maka wajib bagi kita untuk meletakkan Islam di hadapan dalam semua ruang lingkup kehidupan kita.

2. Perlembagaan hidup yang utama adalah Al Qur'an dan As Sunnah

Hadith Nabi saw yang bermaksud: "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. selagi mana kamu berpegang kepada dua perkara ini kamu tidak akan sesat buat selama lamanya. iaitu Kitab Allah dan sunnahku "(Bukhari)

3. Rujukan dan panduan hidup yang utama adalah Al-Qur’an

4. Terbinanya jemaah itu adalah atas kesedaran umat Islam sendiri kerana tuntutan al-Qur’an dan sunnah.
Ia bukan kerana dengki, khianat, atau hasutan dan pihak lain. Tetapi Islam yang nak dibawa adalah Islam yang timbul atas kesedaran terhadap kewajipan mereka untuk menyampaikan dakwah dan kewajipan untuk menegakkan Daulah Islamiah.

5. Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar secara serentak.
Keadaan ini mengambarkan tasawwur Islam yang sebenar yang mana perlaksanaan dua perkara dalam keadaan serentak bahawa Islam itu adalah al-Din yang bencikan kepada kekufuran dan sangat memerlukan perkara yang ma’ruf sebagai landasan utama. Islam tidak boleh tertegak bersama terbinanya jahiliah di atas muka bumi.

6. Menyeru ke arah Islam yang syumul dengan menjadikan Islam sebagai Ad-Deen.
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya. Dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan".

Sebagai individu yang mengaku dirinya sebagai muslim tidak boleh mengambil dalam perkara-perkara tertentu yang dirasakan penting untuk diri sendiri dan tidak bercanggah dengan kehendak diri. Islam dengan agama lain adalah seperti minyak dengan air yang tidak akan bercampur walau dengan apa cara sekalipun kita lakukan. Islam adalah Islam, yang ada manhaj hidupnya sendiri dan manhaj itu tidak pernah ditiru dari mana-mana manhaj golongan kuffar yang ada di atas muka bumi ini.

7. Jemaah yang membina akal pemikiran manusia serta yang mengarahkan penghayatan terhadap Islam.
Ia mengutamakan keredhaan Allah tanpa mencicirkan dunia dalam kehidupan Islam adalah agama yang mementingkan kehidupan yang seimbang antara dunia dan akhirat. Manusia boleh mencari apa sahaja yang mereka mahu di dunia ini, tetapi mereka tidak boleh melupakan akhirat, sepertimana pepatah Arab yang mengatakan:

Maksudnya: Dunia ini adalah ladang bagi akhirat. Islam tidak pernah menganjurkan umatnya untuk hidup semata-mata kerana dunia atau akhirat. Islam bukannya agama yang menyuruh umatnya menjadikan maddiyyah sebagai wawasan untuk berjaya. Itulah sebabnya Islam tidak menggalakkan umat manusia melonggokkan harta kemudian lalai dengan perintah Allah, tetapi harta itu disedekahkan atau dihadiahkan kepada golongan yang lemah. Itulah sebabnya di dalam Islam ada zakat. Islam mendidik hati dan syakhsiah umatnya untuk taat kepada perintah Allah. Selepas itu manusia akan dapat apa yang dihajatinya di dunia dan di akhirat.

8. Jemaah yang menjadikan ulama’ sebagai pimpinan atau rujukan utama mereka selepas al-Qur’an dan al-Hadith, ijma' dan qiyas sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: (Ulama’ yang benar-benar menghayati Islam itu adalah pewaris kepada nabi-nabi)

9. Jemaah yang terawal dan tertua (jamaah yang pertama) di dalam satu-satu daulah. , dan mengamalkan Islam secara lebih menyeluruh dan sempurna serta meletakkan al- Qur'an sebagai perlembagaan.
Jemaah yang terawal dalam satu-satu kelompok manusia, itulah jemaah Islam yang wajib diikuti. Selagi mana syarat penubuhannya memenuhi kriteria yang telah disebutkan sebelum ini. Sekiranya ada sesuatu yang dirasakan tidak betul pada jemaah tersebut, maka betulkanlah dengan cara , (muzakarah/munaqasyah) atau berdebat (mujadalah) dengan cara yang baik di antara ahli jemaah. Bukannya dengan cara memprotes dari luar.

10. Jemaah yang tidak memilih orang tertentu sahaja menjadi ahlinya.
Jemaah ini boleh disertai oleh semua manusia, dan syarat utama untuk menggabungkan diri dengan jemaah ini adalah Islam, dan ahlinya mestilah taat sepenuhnya kepada pemimpin tanpa membantah, selagi mana pemimpin itu taat kepada Allah.

Rasulullah SAW ada bersabda: Maksudnya: "Tidak ada ketaatan yang boleh diberikan kepada makhluk lerhadap perkara maksiat yang dilakukan di sisi Allah".

Jemaah itu pula mestilah membela hak-hak Islam serta umatnya. Tidak ada ‘double standard’ dalam membela hak umat Islam sama ada terhadap golongan miskin atau kaya.

11. Asas perjuangan tersebut adalah ke arah penyempurnaan aqidah umat Islam.
Aktiviti utama yang ditekankan dalam jemaah tersebut adalah aktiviti yang lebih mementingkan aqidah umat islam. Mereka membela aqidah umat dan cuba mengelakkan umat dari terkeluar Islam. Mereka sanggup mempertahankan aqidah dengan berani dan berterus terang serta menolak segala bentuk amalan syirik. Mereka juga tidak mengambil sebarang dasar atau sistem dalam hidup mereka dengan sesuatu yang boleh menyebabkan syirik

12. Matlamat utama jemaah tersebut adalah untuk menubuhkan sebuah negara berasaskan pemerintahan Islam.
Ini kerana perjuangan umat Islam yang ada sekarang adalah lebih kepada mengikut waqi’ perjuangan Rasulullah di Madinah. Matlamat utama jemaah tersebut adalah untuk meletakkan semua umat Islam di bawah satu pemerintahan Islam, yang mengamalkan dasar-dasar dan sistem Islam di dalam pemerintahan secara kaffah (sepenuhnya). Ianya ditadbir oleh seorang pemimpin yang beragama Islam dan faqih serta boleh menjadi qudwah untuk semua dalam mencari kebaikan.

Mereka dengan berani dan tidak bersembunyi memperjelaskan kepada semua manusia bahawa cita-cita mereka adalah untuk mengembalikan Khilafah Islamiah dan melaksanakan perundangan mengikut ketetapan Allah. Untuk itu, mereka perlukan suatu kuasa untuk melindungi hukum-hukum Allah. Jika tidak ada kekuasaan bererti kebenaran tidak dapat dinyatakan dengan sebenarnya.

13. Jemaah yang menyerahkan seluruh pergantungan dan ketaatan (wala’) hanya kepada Allah SWT, walaupun tidak diterima oleh manusia atau makhluk lain.

Jemaah ini akur dengan segala ketetapan qada’ dan qadar Allah. Mereka redha terhadap apa yang patut di terima tanpa mengingkari perintah Allah. Yang penting mereka dapat menjalinkan hubungan dengan Allah sebagai hubungan antara tuan dengan hambanya tanpa ada sebarang sekatan atau hijab.

Jemaah Islam juga akan sentiasa bertentangan dengan kebatilan dan kezaliman(seperti yang berlaku terhadap Ikhwan Muslimin, Hamas dan mana-mana saja). Rasulullah SAW juga menyatakan di akhir zaman nanti, Islam sentiasa akan bertentangan dengan kebatilan dan kezaliman dan Rasulullah saw memerintahkan kita supaya tetap berpegang teguh dengan islam. Jemaah sebenar akan mendapat tentangan dari semua pihak. Tetapi tentangan itu adalah ujian dari Allah.by iskandar zulkarnain

Friday, August 21, 2009

SEBAHAGIAN TANDA-TANDA QIAMAT KECIL YANG SUDAH TERJADI

1. Penaklukan Baitul Maqdis.
2. Menyebarnya penyakit Ta’un Awwas (‘Amawas)
3. terjadinya bermacam fitnah
4. menyebarnya perjudian, zina, kecurian, dan muzik dianggap halal.
5. banyaknya kemusyrikan di kalangan umat Islam.
6. Budak wanita melahirkan tuanya.
7. Orang tua banyak bersikap seperti anak muda.
8. Tersebarnya penyakit kikir dan bakhil.
9. Banyaknya perdagangan dan pasar semakin berdekatan.
10. Mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenali.
11. Lenyapnya orang-orang Soleh.
12. Banyaknya kebohongan dan sumpah palsu.
13. Banyaknya kematian mendadak.
14. Wanita-wanita berpakaian tapi telanjang.
15. Banyak hujan tapi tumbuh-tumbuhan hanya sedikit.
16. Banyak huru-hara dan pembunuhan.
17. Disia-siakan amanat
18. Munculnya orang-orang yang mengaku sebagai nabi, bahkan jumlahnya mencapai 30 orang.
19. Banyaknya kaum wanita dan sedikitnya kaum lelaki, hingga perbandingan mereka mencapai 50 : 1.
20. Banyaknya perbuatan keji, pemutusan tali silatulrrahim dan buruknya hubungan antara tetangga.
21. Dihilangkannya ilmu dan kebodohan bermaharajalela.
22. Orang-orang gunung berlumba-lumba dalam membangun gedung.
23. Sering terjadinya gempa bumi, tanah longsor, perubahan muka dan kerusuhan.
24. Orang yang hina diberi kedudukan yang terhormat.
25. Penghalalan Baitullah dan penghancuran Kaa’bah.

DLL


Di ambil dari kitab Al-Bidayah wan Nihayah

SAYANG..................

Sebenarnya perkataan SAYANG itu mempunyai makna yang begitu luas sekali, setelah anda menonton ketiga-tiga jenis tayangan ini, bolehlah diklasifikasikan ayat SAYANG itu kepada tiga perkara yang berdasarkan kepada ketiga-tiga tayangan tersebut. Di dalam tanyangan yang bertajuk :

i. Tanda-Tanda Kebesaran Allah S.W.T:

Kita akan dapat lihat disini akan betapa hebatnya Allah, Maha Penciptanya Allah :

“Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa dan adalah singgahsana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (Hud:7)

Mesti dingat bahawa kita bukannya saja-saja diciptakan, kita mesti mengetahui akan tujuan penciptaan manusia. Oleh itu cubalah untuk membawa diri kita ke arah hidup untuk Islam. Cukup sayang seandainya kita masih belum berusaha ke arah itu.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku”. (Adz-Dzaariyaat : 56)


ii. Kezaliman Manusia Terhadap Makhluk & Diri Sendiri

Dapat diperhatikan disini betapa kejamnya manusia, betapa rakusnya manusia, betapa tamaknya manusia sekiranya gagal meletakkan sesuatu itu pada tempatnya (yakni gagal melakukan sesuatu perkara itu menurut tuntutan Islam).

“Dan barang siapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.”(Al-Maaidah:44)

“Dan barang siapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(Al-Maaidah:45)

“Dan barang siapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”(Al-Maaidah:46)

Oleh itu, cukup sayang sekiranya kita tidak melakukan sesuatu itu mengikut paksinya yang betul, yakni dengan tidak mengikut hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

iii. Penghinaan Ke Atas Umat Islam

Wajarkah setelah kita menonton bahagian ini kita masih boleh duduk dengan diam lagi? Ketika ini dimanakah kita? Apakah peranan kita? Penghinaan demi penghinaan yang begitu jijik di pandangan manusia yang normal yang dilontarkan ke atas Islam. Insaflah, sedarlah, bangkitlah untuk cuba memperbetulkan keadaan. Kalau bukan kita, siapa lagi? .........Amat sayang sekiranya tidak pernah terdetik sedikitpun di benak kita untuk memperbetulkan keadaan....

”Hari kiamat telah hampir dan manusia masih lagi bertambah tamak kepada dunia dan bertambah jauh daripada Allah.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibn. Majah, dan Hakim)

“Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum itu beliau akan terselamat daripada tipu helah mereka.”
&

“Pelajarilah bahasa orang Yahudi kerana aku tidak merasa aman mereka menulis untuk kita.”

Ingatlah, musuh Islam senantiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam.....

BERSABDA RASULULLAH SAW "Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"



Mohd Zumairi Bin Abdul Latif
Tad_973@yahoo.com
@
Tr_2428@yahoo.com
@
mohdzumairi@gmail.com

Peringatan buat muslimah

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
1. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)
akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
3. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad
4. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
5. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya
dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
6. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita
itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang
kuda yang dibuat daripada yakut.
7. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang
itu dengan doa keberkatan.
9. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
10. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
11. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya
untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
12. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
13. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
16. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
17. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
18. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
19. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika
wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
21. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam..
Ya Allah, adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya
menuju ke sana lantaran godaan syaitan & hawa nafsu

Harapan dan janji

YA ALLAH,
Pimpinlah Aku Menuju Cahaya Redhamu


RASULULLAH SAW & PARA SAHABAT
Selawat Ku Kirimkan,Al-Quran & Sunnah Jadi Pegangan


SITI KHADIJAH, RABI’ATUL ’ADAWIYAH
Semoga Pengorbananmu & Taqarrabku Setulus Kalian


PARA SYUHADA
Tunggulah Aku Bersama Kalian


AYAH,
Terima Kasih, Membesarkan Aku Dengan Titik Peluhmu
Semoga Bersemadi Dengan Senyuman

IBU
Terima Kasih Melahirkanku, Mendidik Mengenal Rabbku
Semoga Tabah Menjalani Kehidupan


ABANG, KAKAK, ADIk
Jadilah Pejuang Islam


SAHABATKU
Terima Kasih Menyedarkanku, Moga kita Dapat Menunaikan Janji Yang Telah kita Patrikan

Ramadhan

Dunia ini adalah kerajaan Allah SWT. Segala yang ada di alam ini adalah daripada kurniaan rahmat Allah. Manusia merupakan khalifah Allah, diciptakan untuk memuja Allah dan memikul amanah Allah. Hidup ini merupakan pemberian Allah dan kematian pula adalah qadar atau ukuran dari Allah. Dunia ini adalah kebun tempat manusia berusaha untuk mematuhi perintah Allah, dan akhirat adalah masa menuai dan menerima balasan daripada Allah. Orang yang berbahagia ialah mereka yang menurut petunjuk Allah dan Rasul-Nya, dan orang yang malang ialah mereka yang membelakangkan diri dari pengajaran Allah dan Rasul-Nya...


Ramadhan,
Kedatangan di nantikan,
kerahmatan di dahagakan,
kemuliannya menyinari alam,
kenikmatan tiada bandingannya,


Ramadhan,
Dalamnya terdapat malam lalatul qadar,
Lebih baik dari seribu bulan,
keampunan di harapkan,
keredhaan Allah di utamakan,


Ramadhan,
datang memberi berjuta hikmat,
buat hamba yg mengharap,
ketiadaan dirindukan,
pemergiannya ditangisi,


Salam ramadhan al-mubarak dan menjalani abadah puasa dengan ikhlas dan penuh pengharapan.

Tuesday, August 11, 2009

Kursus Pemantapan Akidah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberi kesempatan dan pertolongan kepada kita selaku hamba-Nya yang dhaif inimenjayakan program Kursus Pemantapan Akidah siri ke-2 ini yang di adakn di tempat yang sama iaitu Pusat Pemantapan Akidah Jelebu Negeri Sembilan.

Kursus ini berjaya diadakan selama 3 hari 2 malam dan bilangan semua yang menyertai 68 orang termasuk ajk dan fasilitator.Walaupun target asal ialah kita mensasarkan seramai 120 orang tetapi hanya separuh sahaja yang dapat datang itu tidak melemahkan pihak urusetia kerana kejayaan sesuatu program bukan hanya dilihat dari segi bilangan yang menyertai sahaja.

Namun bagi sesiapa yang menyertai program ini akan dapat menilai sejauh mana keberkesanan dari pengisian yang rencanakan dalam kursus ini.Mungkin sebahagian kecil kita kursus ini biasa sahaja kerana pengisian hanyalah ceramah berkaitan akidah dan konsep semata-mata dan program outdoor hanyalah jungle trekking tetapi sedarkah kita bahawa dalam membicarakan bab akidah sahaja kita gagal menghayatinya dengan sepenuh hati kita sedangkan Akidahlah pangkal yang mendekatkan diri kita dengan Allah taala.

Bagaimana pun ana yakin sedikit sebanyak kurusu ini dapat menyedarkan kita semua bahawa gerakan-gerakan missionari dalam usaha mengkristiankan umat Islam sedang giat berjalan di Malaysia khususnya.Gerakan-gerakan ini secara halus menarik umat Islam menjauhkan diri dari akidah yang sebenar.

Kita yang menyertai kursus ini amat rugi kalau kita sendiri terjerumus bersama laknatullah alaih.Marilah kita sama-sama berkongsi ilmu yang kita dapat semasa kursus ini bersama rakan-rakan taulan kita kerana mereka mungkin ingin menyertai kursus ini tetpi oleh erana kekangan masalah menyebabkan mereka tidak dapat hadir.

Akhir kalam ana berpesan pada diri ana yang serba kekurangan dalam bidang akidah khususnya dan sahabat-sahabat dapat mempraktikkan segala manfaat ilmu yang diperolehi dalam kursus ini kerana Allah taala denga mudah dapat membolak-balikkan hati kita.Kitalah generasi pelapis yang akan mewarnai kehidupan kita dengan nur Islam insya Allah.Amiiin ya rabbal Alamin..

Tuesday, July 28, 2009

kenangan





adik n anak saudara






kenangan semasa di sabah bersama keluarga angkat

Ketahui hak anda

Baru-baru ini di UPM,9 missinori Kristian termasuk dua pelajar UPM ditahan oleh pihak polis dalam cubaan memurtadkan anak melayu beragama Islam di universiti tersebut. Menurut sumber elajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka."Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Safwan Abdul Ghani dalam satu kenyataan.Persoalan di sini apakah tindakan dan langkah yang perlu kita lakukan jika situasi yang sama menimpa diri kita?.Adakah mendiamkan sahaja?melaporkan kepada pihak2 yang berkenaan?. atau berkata tak apa biasa je ni?. Ketahuilah hak anda sebagai orang Islam menurut undang-undang(Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Negeri). Pertama,perbuatan mereka ini sebenarnya jelas2 membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang diiktiraf dalam Perkara 4 PP sebagai undang-undang tertinggi negara. Kedua,Perkara 11(4) yang perlu dibaca bersama dengan Perkara 11(1) PP,Perkara 11(4)PP menyatakan “Undang-undang Negeri mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”Peruntukan di atas nyata dan terang melarang dan menyekat sebarang pengembangan apa2 iktiqad kepada orang Islam hatta ajaran Kristian,juga penyebaran risalah.Tindakan ini semua boleh dilaporkan kepada pihak polis dan pihak berkuasa agama.Di Selangor terdapat satu undang-undang yang bernama Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.Ia adalah satu enakmen yang diberikan kuasa dari Perkara 11(4) untuk menguatkuasa tindakan kepada kesalahan ini dan memberitahu kepada kita bahawa orang bukan Islam tidak sewenang-wenangnya boleh menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang bukan Islam.Oleh itu,saya seru kepada umat Islam di Malaysia usah ragu atau takut dan bersifat acuh tidak acuh dalam perkara ini.Kita perlu bertegas dan menentang cubaan jahat golongan pendakwah Kristian ini yang tidak akan berhenti dan berputus untuk memurtadkan masyarakat Melayu beragama Islam.Maka perangilah mereka melalui jalan undang-undang dan usaha bertangguh memberi maklumat kepada pihak berkuasa.Sekian Wallahua'llam.